Suasana dalam limosin itu sepi. Anastasia juga hanya mendiamkan diri. Dia hanya membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Kelihatan pemandu mereka, Pak Sahari tenang memandu tanpa bersuara.
"Buruk sangat ke Ana ni , tuk?" Ana tiba-tiba bersuara memecah kesunyian.
Fernando hanya tersenyum melihat cucunya itu.
"Cucu atuk ni cantik apa? Sapa kata cucu ni buruk? Biar atuk sumbat mulut dia dengan sambal adabi". Balas Fernando.
Dia faham perubahan sikap cucunya itu. Dulu sikap Anastasia bukan seperti sekarang. Dia dulunya yang periang sewaktu kecil berubah menjadi seorang yang lebih sukar didekati. Dia lebih prefer menyendiri. Fernando pasti walaupun cucunya tidak berkongsi banyak tentang dirinya , namun mesti ada sesuatu yang mengubah dirinya.
Baginya Anastasia masih tergolong dalam golongan rupawan. Matanya yang hijau , rambut ikal keperangan , kulitnya putih bersih. Cuma tanda lahir hitam yang setompok di pipinya itu agak mencacatkan rupa cucunya itu.
"Atuk!"jerit Anastasia mematikan lamunan atuknya yang berangan tak ingat dunia itu.
"Oit, mak kau hijau!"latah Fernando dek kerana terkejut punya pasal.
Haii, orang tua ni pun melatah ke? Geleng Ana. Eeew mak kau hijau? Macam pernah dengar tapi di mana ya?
"Ana tanya tadi , atuk diam je, siap boleh berangan lagi"ujar Ana dalam nada tidak puas hati.
"Ana , pandangan orang kat kita tak penting, manusia memang tiada yang sempurna. Walau selawa, seploles mana pun dia, mesti ada jugak cacat cela yang dia sorok. What matters is we accept who truly we are , our flaws"jawab atuknya.
"Tapi Ana baca buku-buku novel tu, semuanya perfect tuk, serba serbi sempurna bukan macam Ana ni buruk."balas Ana.
"Penulis tu mabuk ketum, syok sendiri kot"balas Fernando pendek. Tiba-tiba dia teringatkan novel melayu yang dia jumpa di bookstore tempoh hari yang berjudul 'Suamiku Suamimu juga'. Dia pernah juga terjumpa novel yang bertajuk 'Suamiku Encik Tapir'. Hebat pemikiran penulis-penulis sekarang. Fernando tergelak kecil mengenangkan nostalgia lama. Mungkin lepas ini dia serik untuk lalu di section novel melayu lagi.
Kroh! Kroh! Kroh!
Kedengaran kuat bunyi dengkuran Ana di sebelahnya. Mulutnya yang ternganga dan air liur basi yang mengalir bagaikan air terjun Niagara membuatkan Fernando tergeleng-geleng.Limosin yang dinaik oleh mereka belok memasuki kediaman elit yang menempatkan rumah-rumah banglo yang mewah. Bertuah juga lah Ana dilahirkan dalam keluarga yang berada.
Nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan?
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...