#6

169 10 0
                                    

Ana lari terkocoh-kocoh ke arah bus stop. Bus stop agak jauh dari kediaman elitnya. Fuh, selamat pun aku dari mamat tu. Malunya alahai!

Setibanya dia di bus stop itu, beberapa mata liar menge'scan' dirinya dari atas ke bawah. Eee, susah la jadi orang tantek ni. Beberapa orang di situ memberi pandangan jelik ke arahnya. Ada yang mengekek ketawa.

"Ma,kenapa akak tu pakai baju terbalik? Dia tak reti pakai baju ke?",tanya seorang budak itu kepada ibunya.

"Haish,tak baik cakap macamtu kat orang gila",balas ibunya.

Kuang hasam betul! Digelarnya perempuan cantek macam aku ni orang gila. Ada ke patut? Muka Ana dah merah padam. Manala aku nak sorok muka aku yang cantek ni? Jatuh saham.

Ana hanya tersenyum sumbing ke arah beruk-beruk yang baru terlepas dari zoo itu. Dalam hati, dia je tau betapa panasnya!

Ana masih tercegat di situ memandangkan kerusi menunggu penuh. Naik segan dibuatnya apabila orang-orang di situ tak lepas memandangnya macam badut sarkas. Dia hanya tunduk ke bawah. Nak cari tandas awam nak perbetul baju pun takde masalahnya. Terpaksa la dia tahan malu. Masih kedengaran bisikan halus yang pastinya sedang mengata dirinya. Macam tak pernah tengok orang pakai baju terbalik je.

Bas yang ditunggu-tunggu pun datang. Yes! Finally , nak kematu kaki aku tercegat kat sini. Berduyun-duyun manusia berebut-rebut naik bas. Ana hanya tunggu tarzan-tarzan yang tak bermoral ni naik dulu supaya dia dapat naik dengan tenang. Haih, takkan masa sekolah dulu tak belajar beratur dulu kot nak naik bas?

Ana pun menapak naik selepas keadaan reda. Kelihatan penuh warga bangladesh di tempat duduk.Haish patut orang panggil banglasia. Semua tempat duduk telah diambil. Matanya tertumpu ke arah tempat duduk kosong. Yes!

Lalu dia menerkam dengan pantas ke arah itu. Takut-takut dirampas oleh orang lain.

Terus dia melabuhkan punggungnya. Fuh lega. Serasa ada makhluk di sebelah sedang memerhatikan tingkahnya. Kepalanya segera ditoleh ke tepi.

"Hai,adik maniss".


Tulusly ,Where stories live. Discover now