Pedro Hamoz mencampakkan telefon iphone 6s nya ke katil. Hatinya agak terkilan. Geram. Berkali-kali sudah dia cuba menghubungi anak gadis bongsunya itu namun gagal. Terus dihenyakkan punggungnya di atas sofa dalam biliknya.
Pedro meraup mukanya. Dia tahu anaknya itu pasti berjauh hati dengan sikapnya , yang menyuruh dia balik ke Malaysia atas alasan lebih terjaga kerana ada ayahnya di sana. Disebabkan dirinya yang sering kali sibuk dengan urusan dunia, dia tiada masa untuk tengok-tengokkan anak yang itu. Isterinya juga sudah tiada.
Tuk! Tuk!
Pintu biliknya diketuk. Lantas tombol pintu dipulas. Seorang perempuan dalam lingkungan 20-an terus masuk walaupun tiada isyarat untuk berbuat demikian. Pedro menggamit tangannya ke arah perempuan itu.
"Padre, are you okay?",tanya Adriana de la Pedro Hamoz sambil mengambil tempat di sebelah padrenya.
"Eh Ria, kenapa kamu datang sini? Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Pedro khuatir.
"Takde pape la cuma risau tengok padre camni since Ana balek Malaysia",balas Ria lembut. Risau dia melihat papanya yang seperti tak tentu arah selepas keberangkatan Ana ke Malaysia.
"Haih, papa bukan apa Ria, papa ni risaukan Ana, sejak dia pergi 2 hari lalu, tak pernahnya dia contact papa, wassap pun diblueticknya, papa call pun dia tak jawab," keluh Pedro.
"Ala papa, maybe dia sibuk since dia kena register u kat sana. Mungkin la sibuk sikit kot. Papa jangan la risau, anak papa tukan dah besar, dah boleh kawen dah pun",gurau Ria. Dia tergelak kecil. Cuba menenangkan hati padrenya yang gusar itu.
Pedro hanya merenung lama wajah anak gadis sulungnya itu. Wajahnya yang putih bersih , matanya berwarna coklat gelap persis ibunya. Ana saja yang mewarisi anak mata hijaunya. Serasanya Ria saja yang boleh diharapnya, nak harapkan si Ana tu memang jauh panggang dari api! Ana lebih suka menjauhkan diri darinya setelah kematian isterinya. Ria saja yang boleh menenangkan diri , membantu mengendalikan syarikat mereka. Sedangkan Ana , satu kerja pun tak boleh buat! Tapi dia sedikit lega memandangkan ada Fernando di sana yang boleh tengokkan si Ana itu, monolog Pedro.
"Papa, papa?",tanya Ria yang melihat padrenya sudah jauh berangan ke dalam lautan pasifik itu.
Terus mati lamunan Pedro. Haih, kacau daun la!
"Nasib Ria ada kalau tak, papa tak tahu la nak buat apa".
"Dah papa, jangan nak risau-risau. Kan ada atuk kat sana? Ria yakin la even Ana nampak macam blur-blur ayam sikit tapi dia okay. Have faith k?".
"Okey la pa, Ria pergi dulu",sambung Adriana, menepuk bahu papanya perlahan sambil mengangkat punggungnya dan berlalu pergi.
Pedro hanya mengangguk.
"Lia, Ria betul ikut perangai awak. Selalu tenangkan saya bila saya risau. Dia aje yang boleh saya harapkan lia. Kadang saya terfikir macam mana awak handle Ana? Sebab kadang saya tak faham perangai dia macam awak. I wish you were here , sayang",ucap Pedro perlahan sambil menatap gambar isterinya yang terletak di atas meja sebelah sofa yang diduduknya itu.
Tanpa dia sedar, ada air hangat mengalir di pipinya. Sungguh dia rindukan isterinya itu!
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...