Ana menelek-nelek wajahnya di cermin solek dalam biliknya. Dipintalnya sekali sekala rambutnya yang ikal itu.
"Hurm,sampai bila sumpahan ni nak hilang?",soal Ana sendirian. Sudah tak terhitung berapa kali dia persoal takdir tuhan tanpa disedarinya.
"Bila aku nak jadi normal macam manusia lain eh?",monolognya lagi. Tanda lahir setompok di pipinya itu ditenyeh-tenyeh tanda geram.
"Nyah kau dari pipi aku, dasar parasit!",marah Ana lagi. Dah macam orang gila gamaknya. Ditepeknya bedak sekilo yang dibeli di watson pun belum tentu tanda itu akan hilang buat sementara waktu.
Semasa sakan melepaskan geram dengan benda alah di pipinya itu, matanya tertumpu ke arah jam tangannya.
Ya allah!
Macam mana aku boleh lupa ni!Ditepuknya dahi yang luas itu. Tagune betul la. Boleh pulak dia lupa yang pagi ni dia nak daftar masuk ke universiti di malaysia ni. Makin nyanyuk pun aku ni.
Ana terkocoh-kocoh mengambil tas tangannya dan bergegas keluar. Memangnya dia dah lama bersiap, tapi cermin tu yang melupakan dia tentang hal ehwal dunia. Ini semua salah cermin!
Dia terus keluar dari kediaman atuknya tanpa maklumkan kepada sesiapa. Langkahnya diatur dengan berhati-hati ibarat penyamun spender. Aduh serba salah pulak aku tak inform kat atuk ni. Tapi aku dah lambat ni. Lagipun dia cuba sedaya mungkin untuk mengelak daripada berjumpa nenek sihir itu.
Keluarnya dia dengan free hair. Spec matanya yang sebesar alam itu yang terletak elok di batang hidungnya yang mancung dan menyarung snecker kesayangannya yang sudah koyak rabak itu. Kubur masing-masing der, kata orang jahil. Ala macam korang tu pakai tudung sangat kan? Tunggu sampai seru dulu la , bak kata retis.
Walaupun dia seorang muslim pun, tapi kehidupannya di sepanyol tidak mencerminkan seorang muslim. Ibunya yang seorang melayu islam berkahwin dengan padrenya yang merupakan orang sepanyol. Namun , setelah ibunya meninggal sewaktu dia masih kecil , keluarga mereka semakin jauh dari islam sementelah mereka yang tinggal di bumi sepanyol itu. Semua membuat hal masing-masing.
Pak Sahari yang tengah membasuh limosin, perasan akan Ana yang kelam kabut keluar dari rumah banglo itu.
"Cik Ana, nak pergi ke mana tu kalut sangat tu?",tegur Pak Sahari ramah.
"Pak cik, saya nak ke u ni, nak register ni, pak cik tolong la bagitau kat atuk eh",balas Ana.
"Meh la pak cik hantarkan",sambung Pak Cik Sahari lagi.
"Takpelah pak cik, saya pergi sendiri. Belajar berdikari sikit. Pak cik tu jaga tepi kain sendiri dah la, sibuk je orang tua ni",gumam Ana sambil berlalu pergi.
Pak cik Sahari tergamam. Aik? Aku offer nak hantar pun kena cop penyibuk. Dia sudah mengeleng kepala, tak faham akan perangai gadis yang pelik itu.
Matanya menyoroti langkah gadis itu. Matanya terus terbeliak.
Ya allah!
Lantas dia terjerit-jerit memanggil nama Ana dari jauh.
"Haih, apa kena pulak orang tua tu, terpekik-pekik macam kera kena belacan",dengus Ana. Langkahnya dilajukan untuk lari daripada orang tua yang tidak disenanginya itu. Ntah kenapa dia tak betah dengan orang tua itu. Padahal Pak Cik Sahari tu takdelah tua sangat. Adalah dalam 60 an. Muda kan?
Ana sudah melepasi kediaman mewah atuknya itu. Fuh selamat juga aku dari orang gila tu. Rambutnya dikibas-kibas seakan diva. Naseb orang tua gayut tu tidak kejarnya, kalau ya , tak cukup tanah dia bermarathon rasanya.
Semasa dia melalui jalan yang menghala ke jalan besar itu, matanya tertancap pada seorang lelaki yang asyik membasuh kereta di halaman rumahnya.
Ya ampun! Handsommmme benar! Jerit dia dalam hati. Ala perempuan mana je tak gedik nampak jantan hensem yedok?
Ana pun berjalan catwalk sambil kontrol-kontrol ayu. Dia perasan si mamat tu perhatikan dirinya. Serba tak kena diri Ana dibuatnya. Ya allah, ada benda tak kena kat aku ke ni? Rambut serabai kot? Aku lupa mandi ke harini? Aku tak pakai kasut ke? Pelbagai persoalan menerjah dalam fikiran Ana.
Dah kenapa mamat ni dari tadi tengok aku, tak pernah tengok orang secantik aku ke? Dah tak reti nak tundukkan pandangan ke? Dasar mamat gatal! Macam-macam perkara yang terlintas di benaknya.
"Woi cik, pakai baju terbalik tu!",jerit lelaki itu sambil tangannya tertunjuk-tunjuk ke arah bajunya.
"Hah?!" Dia terus menelek baju bundle yang dibelinya. Terkejut beruk Ana dibuatnya. Bukan main dia control ayu tadi last-last dia yang malu. Mak aih, malunya aku! Merah abes muka Ana. Nak menangis je dia di situ. Tapi cukup la dirinya dimalukan. Lantas dia lari acah-acah cinderella yang mengejar kereta kudanya. Ewah banyak berangan kau Ana!
Lelaki itu hanya tersengih memandang Ana yang lari terkedek-kedek itu. Haih tak pernah lagi dia jumpa orang yang sebegini. Lalu dia pun sambung kerjanya membasuh kereta audi miliknya yang tergendala dek kerana gadis terencat itu.
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...