Kring!
Loceng berdering menandakan waktu rehat. Classmatesnya ramai sudah menerkam ke arah kantin. Mungkin sudah seminggu tak makan, tu pasal kebulur kot. Ana mengeluarkan bekal yang disediakan oleh orang gajinya dari beg. Dia menuju ke kantin seorang diri.
Hidupnya sangat sadis di sini. Walaupun sudah seminggu bersekolah di sini namun tiada seorang manusia sudi berkawan dengannya dek kerana tanda lahir di pipinya. Mereka jijik dengan dirinya.
Kelihatan riuh rendah pelajar-pelajar sekolah rendah Escuela Publica de Malaga di kantin. Mata Ana meliar mencari tempat duduk untuk menjamah bekalnya.
Sekumpulan pelajar-pelajar 'hot' sedang asyik bergossip. Yeay ada tempat kosong,bisik Ana. Tapi nak ke dorang terima aku? Argh persetankan jelah. Dia kenal mereka yang ajet-ajet bagus itu. Ntah saperlah yang hitam hati sangat pegi bagi anugerah title hot tu dekat dorang.
Ana terus menerpa ke arah meja itu.
"Maaf, tempat ni dah ade orang",ujar Maria Saproza sambil memandangnya sinis.
"Eh manusia buruk macam kau ni mana layak duduk sini, berambus sana",tambah Roberto la Huera. Mentang-mentang dirinya kacak. Kacak la sangat kan , tangan di bahu*
Semua orang sudah memandang dirinya. Pelbagai reaksi dilemparkan ke arahnya. Ada yang berkerut, jelik, jelir lidah pun ada, kejadah apa.
"Tapi,saya nak tumpang makan je",balas Ana perlahan.
"Eh kau ni tak paham bahasa ke?, tak sedar diri ke nak makan dengan kitorang?"cemuh Lucio Martinez menambah rasa di hati Ana. Mata Ana sudah bergenang air mata.
Semua tertawakan dirinya. Terbahak-bahak tak ingat diri. Terkeluar abes isi-isi makanan. Air liur juga tersembur tanpa diketahui puncanya. Ana yang masih memegang bekalnya kaku mendengar tawa yang mengejek dirinya.
Tanpa sedar, air matanya sudah mengalir hangat di pipinya. Dia lantas berlari pergi. Pergi dari manusia yang sering menghina dirinya. Tangannya menekup kedua telinganya. Diam! Dia sudah tak tahan mendengar dirinya dihina lagi. Dia terus berlari ke tandas. Sudah tidak dipeduli lagi mata-mata yang memandang pelik kepadanya.
Ana menangis semahunya di tandas. Tiada sorang manusia faham betapa remuknya hati dia. Bukan dia meminta dilahirkan buruk sebegitu. Mempunyai tanda lahir hitam di pipinya sejak lahir merupakan satu sumpahan ke atas dirinya. Sudah la dirinya keseorangan, dihina, diketawakan pula.
Feeling unwanted. Rejected.
Ana lantas sedar dari tidurnya. Berpeluh-peluh dirinya. Dia memerhatikan sekeliling. Mimpi rupanya. Mimpi itu masih menghantui dirinya. Ya, dia mengaku dia masih tak boleh 'move on' dengan setiap perkara yang menimpa dirinya. Ya Allah, Kenapa aku diduga sebegitu walaupun aku masih kecil? Ana mula mempersoalkan takdir Allah. Dia masih berada di bilik di rumah atuknya, Fernando. Berada dalam bilik yang mewah ini masih membuatkan dirinya masih kosong.
Malam itu, Ana tidur dalam tangisnya sendiri. Perit untuk terima segala ujian yang dialami selama ini.
Bersabarlah Ana, masih ada bahagia menantimu, aceewahh.
Ye, aku tiru ayat Siti Rosmizah. Tak puas hati?
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...