"Cik Ana , bangun oi! Brekpast", jerit Mak Temah, orang gaji setia mereka sambil mengetuk-getuk pintu bilik anak dara itu.
"Ye , ye Ana bangun lah ni. Nape lah sume orang tak senang duduk tengok aku tido haish",rengus Ana kasar. Dia melihat alarmclocknya menunjukkan jam 8. Sengaja dia tak kunci jamnya. Yelah orang cacat mane bangun awal-awal hari cuti kan? Sembahyang subuh tak ni? Erk..
Ketukan sudah tiada daripada Mak Temah. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Katilnya yang bersepah itu tak dipedulikannya. Ana mencapai berus gigi dan mencuci muka. Mandi? Nanti-nantilah.
Sewaktu dia memberus gigi tu di depan cermin, dia terpandang refleksi dirinya. Dia terfikirkan sesuatu. Hal semalam. Mana mungkin manusia sesegak itu mahu berkawan dengannya. Pelik. Sedangkan sepanjang hidup Ana, semua orang pakat menjauhi diri darinya. Ana tiba-tiba ketawa berdekah-dekah di depan cermin bagai orang gila. Punca lawaknya masih tidak diketahui.
Usai menunaikan apa yang patut , dia terus keluar dari bilik dan menuruni tangga ke bawah. Matanya menangkap susuk tubuh atuknya dan neneknya di meja makan. Mak Temah juga turut sekali sambil tersengih-sengih serupa kerang busuk. Ewah Temah , syok lah kau ye.
"Hah Ana, kalau nenek tak suruh si Temah ni kejutkan kamu , sampai deepavali lah kamu baru bangun", perli neneknya. Main kasar. Ana hanya mencebik.
"Ana , duduk", arah atuknya sambil mulutnya terkumat kamit memulun nasik guring.
Ana lantas mengambil tempat duduk di sebelah Mak Temah yang ralit meratah ayam berempah itu.
Dia hanya mencedok mac and cheese ke pinggannya. Takut pulak si Temah ni sapu semua memandangkan dari caranya yang serupa kanak-kanak pelarian saja. Suasana di meja itu terus hening. Masing-masing khusyuk menjamah makanan. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik.
"Apanya kamu berdua sembangkan semalam?", Fernando tiba-tiba bersuara.
"Erm takde apa sangatlah tuk, kami officially jadi kawan tu je", jawab Ana acuh tak acuh. Dia hanya bermain-main sudu di pinggannya. Mukanya suram. Mulutnya menguap tanda sisa baki kantuk masih ada.
"Eh dah kenapa pulak ni, macam tak suka je. Bagus apa kamu ada kawan kat sini", soal atuknya kehairanan. Orang suka la ada kawan , dia sedih pulak. Berkerut dahi orang tua itu.
"Ermmmm, atuk rasa dia ikhlas ke? Bukan boleh caye sangat jantan ni", luah Ana sambil mengetuk meja. Emosi sungguh beliau.
"Oh, Ana nak kata dia nak amek kesempatan? Alah Ana oi, dia tu kaya jugak, orang berada. Lagipun atuk dah kenal dengan dia dari kecik, dia baik", ujar atuknya dengan nada confident. Masakan anak muda itu mau amek kesempatan? Ish , ish tak mungkin, Ana cuma over thinking.
"Memang lah, tapi dia kan ada rupa. Mana lah tau dia tu buaya laut ke player basketball ke", balas Ana. Hatinya tetap sangsi.
"Setahu atuk, dia nak kata apa benda tuh budak muda panggil bee ke crash pun takde. So , jangan risaulah. Dia ikhlas tu , atuk yakin", tambah Fernando lagi. Atuknya sengaja mengelip-gelip matanya untuk menyakinkan cucunya itu. Eleh ingat comel lettew.
Crash? Bee? Apa benda lah orang tua ni meracau?
"Yang atuk ni beria-ria nak back up dia ni pehal", soal Ana tak puas hati. Yelah even atuk dah kenal lama , tak semestinya semua atuk tau kan. Manusia ni rambut je sama hitam , hati tak tau ler. Kot jadi arang apa.
"Bukan back up. Cuma bersangka baik", balas atuknya lembut. Air kopinya disisip. Keningnya sengaja dijongket-jongket.
Ego Ana sudah tercabar.Mulut Ana dah panjang sedepa. Mudah sangat atuk dia ni percaya orang. Ntah-ntah si Eazran tu geng penculik van putih. Makk!!
Sampai camgitu sekali tanggapan Ana. Ish , ish, ish.
"Tapi kan , nape eh semalam atuk suruh Ana teman dia? Atuk ni tak belajar agama ke? Mana boleh dibiarkan laki perempuan bukan mahram duduk berduaan tanpa mahram si perempuan. Nanti ada orang ketiga iaitu syaitonirojim", panjang ceramah yang dilontarkan oleh ustazah Ana. Haih rasa boleh bagi ceramah kat surau dah ni.
"Yelah atuk tau. Tapi bersangka buruk tu baik ke?", balas atuknya pulak. Aduh pedass.
Main kasar eh atuk. Tagune. Dia terdiam seketika. Tiada hujah yang boleh dikemukan saat ini.
"Bukan apa Ana. Nenek ni berkenan dekat si Eazran itu. Sebelum atuk dan nenek kamu ni menutup mata , kami nak tengok lah ada orang baik jaga kamu", Marilyn yang sedari tadi hanya mendengar kini tetiba menyampuk.
Tersedak Ana dibuat sewaktu melanggah air susu dutchlady itu. Uhuk uhuk, dia terbatuk. Ni yang tak sedap didengar ni! Dasar drama melayu!
"Kalau gitu, nenek jelah yang kawen dengan dia. Ana tanak kawen dengan dengan penculik van putih tu. Titik", Ana terus bangun dan meninggalkan neneknya dengan atuknya dalam keadaan yang bingung.
Mereka sudah berpandangan sesama sendiri. Ade ke patut si Eazran tu diselarnya penculik van putih. Parah , parah.
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...