"Ana dah abes makan. Nak pergi naik atas", Ana yang sedari tadi hanya membatu tiba-tiba bersuara. Buat apa lagi dia di situ kalau dirinya hanya dilayan tak ubah seperti patung cendana?
Semua mata sudah tertumpu ke arahnya. Mereka yang kemain rancak berbual tak hingat dunia tadi semua terkesima dengan perlakuan Ana. Ewah macam la si Ana tu buat jenayah besar sangat kan nak terkesima bagai.
Ana sudah menolak kerusi dan bersedia mengangkat punggungnya. Pantas tangan neneknya memegang tangan Ana yang membuatkan Ana berhenti. Dahinya sudah berkerut memandang neneknya itu. Aik nak cari gaduh ke?
"Aik, Ana merajuk ke? Kamu tunggu jelah kejap. Ni nak abes makan dah. Kamu pergi lah jalan-jalan kat luar teman si Eazran ni", Marilyn sudah menjegilkan mata ke arah suaminya itu.
"Haaa Ana, kamu temankan si Eazran ni kat luar. Atuk dengan nenek nak kemas-kemas meja ni. Nanti atuk keluar", Fernando menyokong isterinya.
"Tapi...", Ana sudah tak puas hati. Pelik juga dia pun , macam lah takde si Temah itu nak kemas semua ni. Ada agenda tersirat dorang ni.
"No buts", atuknya segera memotong kata-katanya.
Eazran sudah bangun dan berlalu keluar. Ditinggalnya aku terkontang kanting sensorang kat sini?
Ana pun terus melangkah longlai keluar dengan hati yang terpaksa sebelum mendengar neneknya, Marilyn yang sudah terjerit-jerit memanggil nama Temah yang pekak badak itu.
******
Matanya menangkap susuk badan Eazran yang tengah berdiri di tepi kerusi batu sambil kepalanya didongakkan ke langit. Dah kenapa pulak mamat ni? Melihat bintang mungkin.
Segera Ana mendekati lelaki itu.
"Ehem", sempat dia membetulkan anak tekaknya sebelum duduk di kerusi itu. Kepalanya hanya menunduk. Acah-acah menundukkan pandangan. Padahal dia segan sebabnya sebelum ini tak pernah dia duduk berdua dengan lelaki bukan mahram ini. Takut ada orang ketiga. Atuk lah ni!
"Kau tak bagitau aku pun , kau ni cucu Fernando", tanya Eazran tiba-tiba memecah kesunyian. Dirinya dipalingkan ke arah Ana yang sedap duduk itu. Ana terus mendongakkan kepalanya memandang Eazran dengan keadaan separuh mulutnya yang ternganga.
Oh mak kau. Terkejut aku. Soalan darjah berapalah dia anjurkan kat aku ni?
"Hurmm, agak-agak kau bila eh aku nak inform kat kau benda penting ni? Jumpa pun baru dua kali. Lagipun tak kesah la aku ni cucu sape pun , janji aku comel", balas Ana sambil mengangkat bakul sendiri.
"Aku kenal atuk sejak kecik lagi. Selalu aku datang main kat sini memandangkan parents aku yang workaholic. Selalu aku kena tinggal dengan orang gaji. Atuklah yang selalu layan aku",tambah Eazran lagi.
Ana mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.Eh jap. Bila masa pulak aku tanya dia ni? Ana sudah mengaru kepalanya yang berkelemumur itu.
Ana lebih prefer diam. Dirasakan amat awkward di kala ini.
"Hurm, kalau aku tanya soalan sensetif sikit boleh?", tanya Eazran lagi. Dia jelah yang bercakap pun dari tadi lagi.
"Silakan", balas Ana.
"Boleh aku tahu, kenapa pipi kau tu", soal Eazran.
"Asal? Kau jijik ke?", jawab Ana lagi sambil mengangkat keningnya melihat reaksi Eazran. Semua orang jijik dengan tanda itu di pipinya. Jadi dia tak hairan sangat kalau lelaki itu pun sama. Dah kalau nama pun manusia , memang nak cari kesempurnaan. Piraahh!
"Eh taklah , tak baik kau tuduh aku camtu. Aku tanya jelah", nafi Eazran.
"Sejak aku lahir lagi , dah ada tanda lahir ni melekat dekat pipi aku", balas Ana. Teringatkan segala kejadian yang menimpa dirinya dek kerana tanda lahir itu saja. Dia mengeluh kecil.
"Tak baik kau mengeluh. Mesti ada hikmahnya. Allah tu nak uji kau", Eazran dah mula nak buat ceramah perdana.
"Kau takkan faham",kata Ana perlahan.
"Kawan?", tanya Eazran tiba-tiba dengan mata yang bersinar-sinar mengharapkan Ana sudi berkawan dengan dirinya. Terencat ke?
Alololo. Comel je buat mata camtu. Uwek , nak termuntah pelangi senja aku cakap camni.
"Okay, kawan!", Ana pun menjawab. Tapi dalam hatinya masih sangsi. Apa yang ada pada dirinya yang membuatkan lelaki itu sudi berkawan dengannya? Mungkin aku cucu atuk kot , Ana cuba bersangka baik.
Kelihatan Fernando yang terkocoh-kocoh keluar dari rumah banglo itu ke laman depan. Atuknya dengan Eazran bersalaman sambil membicarakan butir yang tak jelas. Ana sudah tak peduli lagi. Dia bingkas bangun dan masuk ke dalam. Penat.
Ana hanya memerhatikan tingkah Eazran dari dalam biliknya melalui tingkap. Eazran yang usai berbual dengan atuknya itu , terus berjalan pulang ke rumahnya. Jalan? Yelah rumah pun sebelah je. Namun, Eazran toleh ke belakang dan melambai ke arah. Haih , macam tau-tau je aku usha dia. Ana tak boleh mengawal senyumannya lagi. Dia happy!
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...