Ana duduk keseorangan di kafeteria sambil menongkat dagunya atas meja. Bosannya lahai. Ana baru saja habis kelasnya. Sengaja dia lepak-lepak di situ. Mahu balik rumah pun tiada siapa. Atuknya sibuk menolong neneknya berkebun. Rajin nau orang tua ni. Nak harapkan si Temah tu, asyik menghadap novel khayalannya saja.Dia hanya memerhatikan manusia yang lalu lalang di situ.
Agak sesak juga kafe pada hari itu. Nasib baik dia sempat menge'cop' tempat di situ untuk lepak. Mungkin duit ptptn sudah masuk, duganya. Ke hulu ke hilir manusia mengangkut dulang makanan. Bergelak ketawa. Gembira saja nampaknya. Sedangkan dirinya hanya mereput seorang diri tanpa kawan. Sadis!
Tangannya mengeluarkan handphonenya dari poket jean lusuhnya. Dari asyik termenung macam janda mati laki, baik aku layan tenet.
Ting!
Bunyi notification wassap masuk.From:papa
Ana okay ke kat sana?Ana mencebik membaca chat tersebut. Perlu lagi ke tanya? Rasanya belom masuk paper lagi aku telan racun tikus ke gantung diri ke. Dibiarkan saja chat tersebut bluetick. Kahkahkah, dia tergelak jahat dalam hati jelah. Dalam hati jelah nanti gelak di dunia realiti dicopnya aku ni retard pulak. Bencikah dia pada ayah sendiri? Entah lah, dia sendiri tak boleh menjawab soalan itu.Awas, jangan ditiru perangai anak derhaka sebegini.
So far, okay lah jugak life aku kat sini. Nenek pun tak buat hal dengan aku. Even hari-hari aku terpaksa menahan hati naik bas yang dipenuhi warga bangladeshi tapi aku akan bertahan! Tapi dia pelik , kenapa nenek dah tak buli dia macam dulu? Dulu aku lah yang jadi cinderella yang tak rela kena buat kerja-kerja hamba abdi bila dia datang melawat aku kat sepanyol bila papa , mama pergi outstation. Ana termangu seketika. Jarinya mengetuk-getuk meja.
"Hoi!"
Tersentak sekejap Ana dibuatnya. Apa main hoi-hoi ni. Tak aci betul.
Eazran yang datang dari mana entah ni terus menarik kerusi dan duduk di depannya. Tak tau malu betul mamat ni.
"Sorang je ke kat sini?", tanya dia sambil tersengih-sengih menampakkan gigi putih yang tersusun elok. Tak boleh blah do ayat.
Ana hanya mencuka. Soalan klise macam ni tak perlu nak jawab kot.
"Ada kau nampak saka aku duduk sekali ke?", balas Ana. Handphonenya diletakkan di atas meja. Fokus diberikan sepenuhnya pada makhluk di depannya itu. Yelah adab bercakap dengan orang. Bebudak sekarang nak cakap dengan orang pun , matanya menghadap skrin handphone. Mohon campak manusia gini dalam gaung.
"Oh", balas Eazran pula. Melayan saja loya buruk si Ana ni.
"Boleh aku tanya something yang agak personal? Tapi kau jangan terasa", soal Eazran lagi. Dia ingat aku kaunter pertanyaan ke asyik nak tanya.
"Yelah apa dia?"
"Benda ni agak lama aku fikir lah kan since aku jumpa aku first time. Kau kan dari keluarga Hamoz, keluarga yang kaya-raya tapi kenapa kau tak buang tanda kat pipi kau tu? Sorry", panjang berjela dia menanya.
Ana agak kaget. Tak sangka mamat ni tanya aku soalan yang menusuk tangkal hati aku.
"Kau tak payah tau lah"
Riak mukanya sudah berubah. Memang ramai orang yang sering tanya soalan itu. Dia hanya satu sebab tersendiri yang tak perlu orang lain tahu.
Eazran yang perasankan riak wajah Ana yang berubah itu terus bersalah serba salah. Aduh, tulah gatal sangat mulut ni.
"Sorry Ana, bukan aku bermaksud"
"Takpe" Ana terus memotong kata-kata Eazran.
"Aku rasa aku patut balik nanti atuk risau pulak kan, okay lah bai", Ana bingkas bangun dari kerusi. Handphonenya dan buku-buku yang entah apa-apa itu dicapai. Habis hilang mood dia.
Ditinggalkannya Eazran terkontang-kanting sensora
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...