#15

150 10 3
                                    

Buk! Buk!

Pintu bilik Saufi diketuk dengan ganas sekali. Bagaikan nak roboh saja dengarnya.

Sepasang mata galak yang sedang marak api kemarahan memerhati tepat pada figura yang sedang asyik berdengkur atas katil seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Saufi!", jerit Ku Zeeyra merangkap ibu kepada manusia yang tengah asyik lena diulit mimpi itu. Suara perempuan itu memetir bagaikan kilat yang menyambar ampaian Mak Temah. Hatinya sudah panas. Dia sudah mencekakkan pinggangnya.

Saufi yang tengah bermimpikan hidupnya dikelilingi chocolate itu terus tersedar dari alam barzakh. Maklumlah feveret memang chocolate sedari kecil lagi. Telinganya sudah menangkap gerangan suara itu. Aduh, mampus aku. Kelopak matanya dibuka perlahan. Sekawan tahi mata yang masih terkumpul di mata, menyukarkan bukaannya.

"Haa, mama nak apa?", tanya Saufi dengan riak tak bersalah. Suaranya masih serak basah gitu.

"Fi tak pergi tuisyen teacher intan ke? Arini kan sabtu? Fi jangan nak tipu kata kelas cancel lah apa lah. Tadi mama nampak si farehah kawan Fi jalan kaki pergi ", soal Ku Zeeyra dengan berang. Mana tak berangnya? Anaknya seorang itu cukup liat+baloq+penyegan+suka tuang(ponteng) bila kelas teacher intan. Dia sendiri pening dengan anak bongsunya ni. Orang dah hantor tuisyen tu, bukan nak pergi, keje nak memonteng je.

"Erkk",Saufi sudah hilang kata-kata. Kelu lidahnya. Yelah memang apa yang mamanya cakap tu benar belaka. Memang dia ponteng kelas bahasa inggeris pagi itu. Rasanya sudah acap kali dia buat perbuatannya yang tak bermoralnya itu. Cuma kadang-kadang kantoi, kadang tak. Ikut pada nasib la. Buat keja-keja keji ni memang kena berani tanggung risiko. Dia pun tabiatnya yang memang tido selepas semayang subuh. Selalunya pun zuhur baru bangun. Yelah cuti jelah dia boleh rehat , tak padan dengan nak exam spyem kan? Lagipun si intan tu suka sangat buat kelas pagi. Ewah last-last cikgunya itu yang dipersalahkan. Timing pun tak kena. Time aku relaks lah , si intan ni nak buat kelas pun adoiyai.

"Hah? Asal Fi diam? Betul kan? Ya allah apa nak jadi dengan anak teruna aku sorang ni", sambung Ku Zeeyra lagi. Kadang-kadang perangai anaknya, Saufi itu memang bikin panas hatinya. Bukan kadang lagi dah. Memang dah selalu. Kalau camni hari-hari, boleh kena penyakit darah tinggi ni.

Saufi sudah menyumpah seranah si Farehah, kawan sekelasnya itu dalam hati. Ceit kalau mama nak pergi market lah, kau rajin bagai nak pergi tuisyen. Kalau ye pun , ikut jelah jalan lain. Kau memang sengaja kan nak tengok aku kena membebel?

"Mama dah tak tahu nak cakap apa lagi kat Fi ni. Bukan budak kecik lagi , dah 17 tahun. Puas dah mama membebel tapi kamu still macam ni." Ku Zeeyra terus keluar dari bilik anaknya itu. Dia hanya boleh berdoa agar anaknya itu berubah. Memang keras kepala punya budak. Naseb dia masih ada hati nurani, kalau tak dah lama dia campak anaknya dalam kandang kuda.

Ekor mata Saufi hanya mengekori kelibat mamanya itu. Malas dia nak layan drama pagi-pagi. Perangai syaitonirojim mana dia ikut ni?

Dia lantas menarik selimutnya agar membaluti dirinya semula. Sambung tido lagi bagus!

Tulusly ,Where stories live. Discover now