-1-

53.7K 818 33
                                    

Semakin rancak lagu yang dimainkan di night club tu, semakin rancak jugalah gerak tarian Syed Naufal bin Tan Sri Syed Akhbar sambil dikelilingi wanita-wanita cantik dan tidak kurang seksinya.
"Woaaa ! Come on guys. Lets dance ! Enjoy, malam ni aku belanja." jerit Naufal sambil melentok-lentokkan badannya mengikut rentak muzik.

Anak tunggal kepada usahawan tersohor dan terkenal itu seolah-olah sudah tidak dapat membezakan halal dan haram. Membesar bersama datuk dan neneknya di luar negara telah mengubah Naufal menjadi liar dan mengikut kehidupan harian gaya orang barat. Naufal langsung tidak diajar tentang agama islam malah rukun solat pon dia tak tahu.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 2:00 petang. Naufal membuka matanya yang berat sambil mengurut kepalanya yang sakit kerana terlalu mabuk. Lengannya berasa kebas disebabkan wanita yang tidur berbantalkan lengannya sejak malam tadi.
Dia bingkas bangun secara senyap dan mengenakan pakaiannya untuk pulang ke rumah.

Vroooommm
"Haa. Abang tengok lah tu, waktu macam ni baru balik rumah. Lepas tu mandi dan keluar balik. Dia buat rumah ni macam tempat persinggahan. Tolong lah nasihatkan sikit anak awak tu." kata Puan Sri Haliza kepada suaminya.
"Hemmmm." jawab Tan Sri ringkas penat mendengar bebelan isterinya tu.

"Morning paa, maa." sapa Naufal.
"Morning ?! Banyaklah kamu punya morning. Ni dah nak petang semula dah. Kamu pergi mana, Naufal ?" kata Puan Sri seakan memarahi Naufal.
"Alah maa. Biasa lah hujung minggu, macam tak biasa pulak." jawab Naufal selamba.
"Sebab dah biasalah kami ni tegur. Sampai bila kamu nak jadi macam ni. Ingat Naufal kamu tu dah lama hidup bergelumang dengan dosa. Bawak-bawak lah bertaubat. Kalau macam ni perangai kamu, macam mana papa nak serahkan syarikat tu pada kamu." Tan Sri Syed Akhbar yang hanya diam dari tadi akhirnya bersuara.
Haaa. Dia dah mula dah nak bentang mukadimah kat sini. Kata Naufal dalam hati.
"Tak ready lah paa." jawab Naufal selamba dan terus naik ke biliknya malas hendak mendengar 'bebelan' mama dan papanya.

"YaAllah. Abang tengoklah tu. Apa nak jadi dengan anak kita yang sorang ni. Sedih saya ni tau bang. Memang kita tak bela dia. Tapi saya yang mengandungkan dia dan melahirkan dia ni sedih tengok perangai dia macam tu." kata Puan Sri Haliza.

"Tan sri, kereta dah siap." kata pemandu Tan Sri Syed Akhbar yang juga menginap di rumahnya.
"Eh abang nak pergi mana pulak ni?" soal Puan sri.
"Abang nak pergi main golf ni dah janji dengan Dato' Amran." jawab Tan Sri dan berlalu pergi.
"Haih. Tak lekat dekat rumah. Asyik main golf aje. Kita ni suruh dia nasihatkan anak dia tu suruh duduk rumah eh dia pon sama." bebel Puan Sri Haliza sendirian.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now