*****
Seperti yang dirancang mereka sepatutnya berada di London selama dua minggu, tetapi mereka terpaksa balik semula kerana ada sedikit masalah dipejabat.
"Fal, Nur rasa dah tiba masa Fal tolong papa dekat pejabat. Kesian Nur tengok papa. Mesti dia risau bila dengar ada masalah dekat pejabat tu. " cadang Nur.
"Em, okaylah. Fal pun kesian juga tengok papa masih kerja dalam usia macam tu. " jawab Syed Naufal.
Syed Naufal mencapai telefonnya dan mendial nombor papanya.
"Hello, Assalamualaikum papa. "
"Haa. Fal ada apa ? Papa dekat pejabat lagi ni. "
"Em, papa Fal akan pergi pejabat esok dan mula kerja. Fal akan tolong papa okay. "
"Oh, baguslah. Papa dah pening ni. Semua salah staf bawah papa ni. Dia buat hal, habis tergendala projek kita dekat Penang tu. "
"Okay. Papa jangan risau. Fal akan tolong mana yang mampu. Papa jaga kesihatan ya jangan kerja lewat-lewat sangat. " kata Syed Naufal menasihati papanya dan mematikan talian.
Sampai saja kerumah, langkah mereka terhenti apabila melihat sejambak bunga yang besar didepan pintu rumah. Syed Naufal menunduk untuk mengambil kad yang diselitkan disitu. Perlahan dia membuka dan membaca kad itu. Selesai dia membaca kad itu dikoyak kasar, bunga yang berada dihadapan pintu rumahnya diambil dan dicampakkan ke tong sampah.
"Kenapa ni Fal ? Kad apa tu ? Siapa bagi ? " soal Nur bertubi-tubi.
Soalannya tu langsung tak dijawab. Syed Naufal hanya diam dan tersenyum kearah Nur. Cuba menutup rasa marahnya selepas membaca isi yang tertulis pada kad tu.
Melihat Nur sedang menapak kebilik dia, Syed Naufal melajukan langkah dan menghalang Nur dihadapan pintu biliknya.
Langkah Nur terhenti. Melihat suaminya tu sudah terpacak di depan biliknya.
"Lepas ni kosongkan bilik ni ya. " kata Syed Naufal.
"Eh, kenapa pulak ? " soal Nur kehairanan.
"Nur kan kena pindah bilik baru. " jawab Syed Naufal. Mulutnya dimuncungkan kearah bilik tidurnya.
Nur tertawa kecil mendengar kata Syed Naufal tu.
"Yelah. Esok Nur kosongkan bilik ni ya. " jawab Nur.
"Okay. Malam ni tidur bilik baru ya. " kata Syed Naufal sambil tersengih.
"Nur kemas bilik ni, biar Fal yang masak untuk makan malam nanti. " sambungnya lagi.
"Eh pandai ke nak masak ? " soal Nur.
"Eleh Uncle google kan ada. Kacang je. " jawabnya bangga.
"Okay. Suka hati Fal lah. "
YOU ARE READING
Cahaya. ✔
RomanceArak dah menjadi minuman harian bagi Syed Naufal, anak tunggal kepada usahawan tersohor Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Night club pula dah jadi rumah kedua bagi dia. Naufal ni seorang yang suka bertukar-tukar pasangan seperti menukar...