Tangannya digerakkan sedikit, mata yang terasa berat dibuka luas. Melihat sekeliling mencari kelibat isterinya.
*****
"Excuse me, you takde hak nak halang i masuk. Tu kat dalam tu, boss you tu boyfriend i tau and i ni girlfriend dia. So, you tu kerja jadi kuli batak je sedar sikit ! " sergah Kirana kepada setiausaha Syed Naufal yang menghalangnya dari masuk kedalam pejabat.
"Maaf cik. Tapi sekarang ni Tuan takde. " jawabnya tenang. Cuba mengawal perasaan marahnya yang membuak kerana dimarah begitu.
"Hah ? Dia pergi mana ? Eh, kau jangan tipu aku. " soal Kirana.
"Kata tadi Cik Kirana ni girlfriend Tuan saya. Takkan lah tak tahu yang dia kena tahan dekat hospital dah dekat 2 minggu. " jawabnya dengan nada sinis.
Huh, girlfriend konon. Kau ingat tuan tu nak sangat melayan kau ni. Perasan je lebih. Getusnya dalam hati.
"What ?!! Dia dekat hospital ? Kenapa ? "
*****
"Nur, dah siap ke ? Papa dah tunggu dekat dalam kereta tu.. " teriak Puan Sri Siti Haliza memanggil Nur.
"Sekejap mama. Nur nak bekalkan bubur untuk Fal ni." jawab Nur.
"Lahh.. kenapa kamu susah-susah masak.. dekat hospital kan ada sediakan."
"Mana lah tahu kalau hari ni Fal sedar. And lagipun mama makanan dekat hospital tu tak sedap lah. Nanti mesti anak mama tu taknak makan. " jawabnya.
"Haa. Yelah-yelah. Jom cepat papa tu dah tunggu dekat dalam kereta."
"Okay okay. Jom."
******
Di hospital, susuk tubuh Kirana berlegar-legar di ruangan kaunter. Bertanyakan dimana bilik Syed Naufal.
Tanpa mengetuk pintu dia melulu masuk dan tubuh lemah milik Syed Naufal dipeluk erat.
"Kirana, apa kau buat dekat sini ? Lepas." Bentak Syed Naufal dengan nada yang masih lemah tapi tegas.
"Sayang, apa dah jadi dekat you ni ? I risau tau bila dapat tahu yang you masuk hospital. " soal Kirana tidak mempedulikan riak wajah Syed Naufal yang menyampah.
"Baliklah. Kejap lagi kalau family aku datang apa pulak katanya nanti. " jawab Syed Naufal.
"No. I nak jumpa family you. Diorangkan bakal family i jugak kan. " balas Kirana.
Syed Naufal hanya diam. Malas hendak melayan kerenah Kirana yang merimaskan.
Tangan Syed Naufal ditarik dan digenggam erat. Pipinya dibelai halus.
"Eh, rimas lah. Kau boleh keluar tak ! " kata Syed Naufal cuba menepis tangan Kirana.
"Kirana !"
Tindakan Kirana tadi terhenti. Dia menoleh dan tersenyum sinis melihat Nur yang sedang tegak berdiri dibelakangnya bersama Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Dia gembira kerana Nur sempat melihat adegannya membelai Syed Naufal tadi.
"Apa kau buat ni ? Keluar sekarang ! " bentak Nur.
"Wuu, takutnya. " jawabnya sambil tersenyum sinis.
"Kirana. Kau keluar sekarang. " kata Syed Naufal tegas.
"No. I takkan keluar dari sini selagi you tak ceraikan perempuan ni depan i ! "
Tan Sri Syed Akhbar dan isterinya yang sedang melihat adegan itu menggelengkan kepala. Tidak mahu campur tangan dalam hal anak-anaknya.
Pangg!!
Dengan pantas satu tamparan hinggap dipipi Nasya Kirana. Tangannya ditekapkan dipipi yang merah.
"Kurang ajar. Berani kau tampar aku ae ! "
"Perempuan murah macam awak ni memang patut kena tampar. Sepatutnya lebih daripada tu. " jawab Nur sambil tersenyum sinis. Puas dapat melepaskan amarahnya yang selama ni dipendam.
Syed Naufal tidak senang duduk melihat pertelingkahan antara Nur dan Kirana. Dia cuba sedaya upaya untuk bangun dan meleraikan pergaduhan itu. Belum sempat dia bangun Nur sudahpun terjatuh dan terbaring dilantai akibat ditolak Kirana.
Jemput singgah baca story kawan saya helianthu_s hati-hati dengan hati dan putus terpaksa 💕💕
YOU ARE READING
Cahaya. ✔
RomanceArak dah menjadi minuman harian bagi Syed Naufal, anak tunggal kepada usahawan tersohor Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Night club pula dah jadi rumah kedua bagi dia. Naufal ni seorang yang suka bertukar-tukar pasangan seperti menukar...