-27-

22.7K 502 11
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah mamanya mereka berdua senyap membisu. Otak Syed Naufal ligat memikirkan cara nak pujuk Nur.

Biar marah dia reda dulu. Hadoi. Ni semua si Kirana tu punya pasal. Saja nak bagi aku masalah. Hadehh.

"Eh, tu kereta papa. Awalnya dia balik. " kata Syed Naufal kehairanan.

"Entah." jawab Nur dingin.

Haih, tak habis lagi merajuknya. Rungut Syed Naufal dalam hati.

Dilihat papanya sedang mengangkut bagasinya kedalam kereta.

"Papa awalnya balik ? " soal Syed Naufal.

"Haa.. papa balik awal. Kita akan berangkat ke London harini. " jawab papanya.

"Harini ? Bukan ke sepatutnya esok ? "

"Tak. Meeting papa habis awal. Apa salahnya kita bertolak awalkan. Haa, kamu berdua dah siap kemas barang kan ? " soal papanya. Syed Naufal mengangguk memberi jawapan.

"Good. Cepat masukkan barang kamu dalam kereta. Flight kita pukul 1 kejap lagi. " arah papanya.

*******

Perasaan teruja Nur tidak dapat disembunyikan dari riak wajahnya. Akhirnya angannya untuk menjejakkan kaki di London ni tercapai.

Terima kasih mama, terima kasih papa sebab dah laksanakan angan-angan Nur selama ni. Cehhh, macam menang award pulak.. hehe. Nur tersengih sendirian.

"Dah kenapa sengih-sengih dari tadi ? " soal Syed Naufal.

"Takda apa-apa. " jawab Nur menutup malu.

"Pergi mandi, segarkan badan tu. "

"Fal mandi lah dulu. Nur nak kemas bag. " kata Nur sambil menghulur tuala kepada Syed Naufal.

"Okay. Kemaskan bag Fal sekali ae. " kata Syed Naufal tersengih dan mencapai tuala yang dihulur Nur tadi.

"Nur tolong carikan baju Fal. "

Mukanya terasa membahang. Melihat Syed Naufal yang hanya bersamping tuala berdiri di hadapan bilik air. Siapa tak cair melihat badannya yang sasa tu. Nur menjadi tak tentu arah. Jantungnya yang berdegup laju seperti tidak dapat dikawal.

Hadehh.. dah 2 kali laki aku ni buat macam ni. Nak tercabut jantung aku ni tahu tak.

"Err.. baju Fal, Nur tak keluarkan dari bag lagi. " jawabnya.

"Kenapa muka Nur merah ? " soal Syed Naufal. Sengaja nak mengusik Nur.

"Mana ada merah. " jawabnya. Kedua belah tangannya menutupi pipi yang kemerahan.

Hidungnya menangkap bau wangian yang sering dipakai Syed Naufal ketika selepas mandi.

Wanginya. Aku suka bau ni. Yaallah, kuat kan lah iman aku ni ha.

Syed Naufal tertawa melihat Nur dan masuk kebilik air semula untuk memakai baju. Agaknya kalau dia pakai baju depan Nur mau pengsan si Nur tu.


Cahaya. ✔Where stories live. Discover now