-22-

24.2K 505 4
                                    

"Nur dengan Naufal ni, sejak dah kahwin jarang nak datang jenguk mama dengan papa ye. Dah lah mama selalu tinggal sorang. Sunyi tau. " rungut Puan Sri Siti Haliza.

Syed Naufal dan Nur hanya tertunduk. Tak tahu alasan apa yang harus mereka beri.

"Alah ma.. sorry lah. Kami bukannya sengaja tak nak balik jenguk mama. Fal busy sikit. " jawab Syed Naufal.

"Busy apanya kamu tu. Bukannya kamu bekerja pun. Kamu tak ganti pun tempat papa dekat syarikat tu. Sebab tu lah mama selalu kena tinggal. Papa kamu tu asyik busy dengan kerja je. " leternya lagi.

Nur memilih untuk terus berdiam. Cukup lah hanya suaminya yang menjawab segala leteran mama.

"Fal belum ready lagi lah nak ganti tempat papa dekat syarikat tu ma. Fal takde masa. " jawabnya lagi.

"Banyaklah takde masa kamu tu. Fal, masih buat benda-benda tak berfaedah tu lagi ke ? Sudah-sudahlah tu. Jangan selalu tinggalkan Nur sorang dekat rumah. Fal dah ada tanggungjawab yang besar sekarang. " sambung mamanya.

Syed Naufal diam. Tidak menjawab leteran mamanya. Kadang-kadang dia merasakan apa yang dikatakan mamanya tu betul. Tapi dia masih belum bersedia untuk berubah.

Vroommm~
Bunyi deruman enjin kereta Tan Sri Syed Akhbar memasuki garaj keretanya. Semenjak Pak Hamid tiada, dia memilih untuk memandu sendiri ke pejabat.

"Hello Pa. How are you ? " ucap Syed Naufal sambil mengucup tangan papanya dan diikuti oleh Nur.

"Assalamualaikum bukan hello. Bila lah boleh ubah ni ? " jawab papanya.

Tadi kena dengan mama. Sekarang ni kena dengan papa pulak. Hadoii.. takde benda lain ke yang diorang nak leterkan. Getus Syed Naufal dalam hati.

"Assalamualaikum paa. Papa sihat ? " ucap Nur.

"Walaikumsalam. Papa sihat je. " jawab papanya sambil tersenyum.

"Amboi papa. Time Fal tanya khabar tadi, papa leterkan Fal. Time Nur, papa jawab, siap senyum lagi. Tak adil betul. " katanya sambil menarik muka.

"Aik, jelous ke ? " usik papanya.

Puan Sri Siti Haliza dan Nur tertawa melihat gelagat dua beranak tu.

"Fal, Nur malam ni tidur sini kan ? " soal mamanya.

Syed Naufal dan Nur memandang antara satu sama lain. Mereka bermain isyarat. Syed Naufal suruh Nur jawab. Nur suruh Syed Naufal jawab.

"Tidur je lah sini. Kamu berdua pon dah lama tak balik sinikan. Lagipun pakaian kamu kan ada kat sini. " tiba-tiba papanya bersuara.

Mereka terpaksa bersetuju untuk bermalam di rumah mama dan papanya.

Selepas selesai makan malam empat beranak tu berkumpul di ruang tamu. Kata papanya ada perkara yang nak dibincangkan.

"Khamis ni papa kena pergi ke London, ada urusan kerja. Papa rancang nak bawa mama dan kamu berdua sekali. Boleh kita jalan-jalan makan angin. " kata Tan Sri Syed Akhbar.

"Boleh jugak tu, bang. Saya pun dah lama tak melancong makan angin ni. " jawab isterinya teruja.

"Ha'ah paa. Nur setuju je. Nur teringin jugak nak berjalan-jalan di kota London. " sampuk Nur.

"Ha Fal, kamu macam mana ? Setuju tak. Kita akan pergi sana dalam 2 minggu. " kata Tan Sri Syed Akhbar.

"Ikut jelah. Dah kalau orang tu teringin sangat nak berjalan dekat kota London tu. Kalau khamis, maknanya lusa lah pa ? " jawabnya.

Nur menghadiahkan pandangan tajam kepadanya.

"Ha'ah lusa. Eh, dah nak isyak ni. Jomlah kita bersiap. Kejap lagi nak pergi solat berjemaah di masjid. "

"Err.. Fal.. " belum sempat dia habiskan kata-katanya dipotong Tan Sri Syed Akhbar.

"Papa harap kali ni kamu boleh ikut kami. Cuba Fal. Cuba slow-slow. " kata papanya.



Cahaya. ✔Where stories live. Discover now