-6-

27.1K 582 12
                                    

Setelah selesai menunaikan solat isyak di masjid Nur bersama dengan Puan Sri Siti Haliza menunggu Tan Sri Syed Akhbar dan Pak Hamid di kawasan luar masjid. Setelah beberapa minit menunggu, Tan Sri Syed Akhbar muncul.
"Eh mana abah, paa ?" soal Nur kepada Tan Sri Syed Akhbar.
"Lah, papa ingatkan dia dah keluar tadi. Dia takde sebelah papa tadi masa solat." jawab Tan Sri hairan.
"Dia masih kat dalam lagi agaknya. Kita tunggu jelah dulu." kata Puan Sri Siti Haliza.

Setelah beberapa minit menunggu, Pak Hamid masih lagi tak muncul.
"Papa sri, Nur tak sedap hatilah jom kita cari abah." cadang Nur kerisauan.
Mereka bertiga masuk semula ke dalam masjid itu untuk mancari Pak Hamid.
"Abang, cuba abang cari dekat tempat wuduk tu." kata Puan Sri Siti Haliza.

Tuan Sri Syed Akhbar pergi ke tempat wuduk untuk mencari Pak Hamid. Sungguh dia terkejut apabila melihat Pak Hamid terbaring di lantai.
"Yaallah ! Siti ! Nur ! Mari sini tolong saya." jerit Tan Sri Syed Akhbar memanggil Nur dan isterinya.
"Abah !" jerit Nur mendapatkan abahnya yang terbaring.
"Yaallah bang. Apa yang terjadi ni ?" soal isterinya terkejut.
"Entahlah saya tak tahu. Saya datang je tengok dia dah terbaring kat sini. Sudahlah, pergi panggil orang ramai untuk tolong angkat Pak Hamid ni. Kita bawa dia ke hospital." arah Tan Sri Syed Akhbar.

*****

Sampainya mereka di hospital Pak Hamid di bawa masuk ke ruangan ICU. Nur hanya duduk menangis teresak-esak memikirkan abahnya di pangkuan Puan Sri Siti Haliza.
"Sudahlah tu Nur. Jangan menangis lagi. Semoga semuanya berjalan lancar kita doakan yang baik-baik ya." kata Tan Sri Syed Akhbar menenangkan Nur.
"Betul tu. Sudahlah sayang. Jangan menangis lagi. Mama dan papa kan ada dekat sini temankan Nur." jawab Puan Sri Siti Haliza sambil memeluk Nur.

Yaallah, kau selamatkanlah abahku. Aku tak mampu nak hidup tanpanya. Kau selamatkanlah dia Yaallah. Aku bermohon kepadamu.

Beberapa jam menunggu, doktor yang merawat Pak Hamid keluar dari ruangan ICU itu dam berjumpa dengan mereka.
"Doktor, macam mana keadaan abah saya ?" soal Nur terburu-buru inginkan jawapan.
"Maaf cik, kami dah cuba sedaya upaya. Tapi dia berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Jantung Encik Hamid sangat lemah sekarang. Saya minta cik bertawakal sahaja dan banyakkan bersabar. Cik boleh masuk kedalam." jelas doktor itu.

Tapp !
Seperti ada tamparan besar yang hinggap di pipi Nur. Dia jatuh rebah ke lantai, kakinya terasa sangat lemah.
Yaallah, sesungguhnya aku belum bersedia untuk kehilangan insan yang aku sayang. Dia lah satu-satunya abahku. Yaallah, kau kuatkanlah aku untuk menempuh segalanya. Nur menangis teresak-esak tidak peduli dengan orang-orang sekeliling yang memerhatinya.

"Nur, sudahlah tu. Nur kena kuat hadapi semuanya. Kami sentiasa ada disisi Nur. Mama dan papa akan sentiasa bantu Nur. Sabar ya sayang." kata Puan Sri Siti Haliza sambil memeluk Nur.
"Nur.... Nur tak tahu pun... selama ni abah ada sakit jantung. Isk isk iskk.. dia tak pernah.. bagitahu Nur yang dia... sakit." rintih Nur.
"Sudahlah tu Nur. Kita doakan yang terbaik. Mari kita jenguk Pak Hamid. Nur, kamu kena kuat ya." jawab Tan Sri Syed Akhbar.

Nur masuk ke bilik itu dengan hati yang berat. Dia cuba untuk berlagak kuat didepan abahnya.
"Abah, ni Nur abah." tegur Nur.
Pak Hamid membuka matanya yang terasa berat dan memandang ke arah anaknya. Dia kelihatan sangat lemah. Nur terlalu sedih melihat keadaan abahnya yang berselirat dengan wayar dan pelbagai alat perubatan.
"Nur, maafkan.... abah. Abah...dah buat.. kamu risau." jawab Pak Hamid dengan lemah dan tersekat sekat.
"Tak abah. Abah, abah kena kuat. Nur nak abah sihat semula macam dulu. Abah kena janji dengan Nur ya." jawab Nur.
"Maafkan abah Nur. Abah dah tak dapat... nak jaga Nur. Tan Sri saya nak... titipkan anak saya.. tolong jaga dia... untuk saya. Tolong.. janji dengan saya." kata Pak Hamid.
"Ya. Saya janji saya akan jaga Nur dengan sebaiknya." janji Tan Sri Syed Akhbar kepada Pak Hamid.

Nur sedaya upaya menahan air matanya daripada mengalir. Sungguh dia tidak kuat melihat abahnya dalam keadaan begitu.
Pak Hamid bergerak perlahan untuk mencapai tangan anaknya.
"Nur Aishah... terima kasih.. kamu sudah.. menjadi anak.. yang baik untuk abah."

Tuutttttttttttttt



Cahaya. ✔Where stories live. Discover now