-11-

24.4K 514 5
                                    

Selepas majlis selesai, orang ramai pun telah beransur balik. Syed Naufal sedang duduk berbual dengan sepupunya, Hadi Irfan. yang pulang dari London bersama keluarga hanya untuk datang ke majlis pertunangannya. Itulah satu-satunya sepupu yang rapat dengannya, walaupun sudah berkeluarga hubungan mereka tetap rapat seperti dulu. Syed Naufal sering berkongsi cerita dengan sepupunya.

"Bro, aku tak sangka sekarang kau dah bertunang. Rasa macam mimpi ja." kata Hadi Irfan.
"Hahaha, aku pun tak sangka bro." jawab Syed Naufal sambil menghirup teh panas yang disediakan oleh isteri Hadi Irfan tadi.
"Lepas ni duduk rumah jelah kau. Yelah dah ada bini lah katakan." usik Hadi Irfan.
"No way bro. Kau tahu kan aku kahwin atas dasar apa ? Clubbing tetap clubbing. Aku tak boleh tinggal semua tu bro." jawab Syed Naufal.

Hadi Irfan hanya mampu ketawa dengan kata-kata Syed Naufal tu. Dia sangat kenal dengan perangai dan amalan-amalan sepupunya tu. Dia sedikit berasa kasihan dengan nasib Nur Aishah kerana terpaksa berkahwin dengan lelaki seperti Syed Naufal.

*****

"Bang, saya tak sangka apa yang kita impikan selama ni dah terjadi. Saya rasa bersyukur sangat bang." kata Puan Sri Siti Haliza.
"Betul tu. Saya pun rasa senang hati. Saya harap lepas mereka dapat menempuh alam perkahwinan nanti dengan kuat dan matang. Yelah, lepas berkahwin nanti mereka akan pindah keluar. Kalau terjadi apa-apa kita sudah tidak boleh masuk campur kerana itu dah pun menjadi hal rumah tangga mereka. Kalau Pak Hamid ada, mesti dia gembira dapat melihat Nur bersanding nanti." jawab Tan Sri Syed Akhbar.

Abah, Nur dah jadi tunang orang sekarang. Dan orang itu ialah Syed Naufal. Nur tak tahu samada apa yang Nur buat ni betul atau tak. Nur hanya serahkan segalanya kepada takdir Allah. Nur sangat rindukan abah. Semoga abah sentiasa tenang disana. Nur sentiasa berdoa untuk abah disana. Tanpa disedari air mata Nur mengalir dipipi. Sungguh dia tidak dapat menahan rasa rindunya terhadap abahnya. Sebak hati Nur memikirkan yang abahnya tidak dapat sempat anak perempuan tunggalnya bersanding diatas pelamin.

Syed Naufal mengiringi sepupunya keluar. Sudah sekian lama tak berjumpa, bila dapat jumpa macam ni banyak perkara yang ingin mereka ceritakan. Terlalu banyak benda yang mereka borakkan sehingga mereka tidak sedar yang hari sudah lewat malam.
"Okay bro, aku gerak dulu. Anak bini aku pon dah mengantuk tu." kata Hadi Irfan sambil memandang kearah anak dan isterinya yang sudah masuk ke dalam kereta.
"Okay. Tak puas berborak dengan kau bro. Ni kau balik London bila ?" soal Syed Naufal.
"Esok petang." jawab Hadi Irfan.
"Okay. Kalau macam tu esok kau singgah lah sini dulu sebelum balik. Makan tengahari kat sini." ajak Syed Naufal.
"Boleh jugak. Okay esok aku singgah sini. Okay aku gerak dulu bro." jawab Hadi Irfan sambil mengangkat tangan.
"Okay. Bye" jawab Syed Naufal sambil melambai tangan kepada anak Hadi Irfan yang berumur 3 tahun.

Syed Naufal menuju kedapur untuk meneguk segelas air sebelum naik kebiliknya. Langkahnya terhenti apabila melihat Nur yang sedap meneguk air.
Eh, perempuan ni asyek 24 jam pakai tudung je. Tak rimas ke ? Aku yang tengok ni pun rimas.

"Eh, fatty bam. Kau tak rimas ke ha pakai tudung je 24 jam. Aku ni rimas tengok kau pakai tudung je." kata Syed Naufal.

Nur tidak menjawab malah mengadiahkan jelingan tajam kearah Syed Naufal dan berlalu pergi meninggalkannya.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now