-42- LAST

28.3K 537 68
                                    

Tan Sri Syed Akhbar dan isteri berlari mendapatkan Nur yang terbaring. Tangan Nur menekan perutnya yang berasa sakit. Matanya dialihkan ke arah celah kakinya yang berdarah.

"Mama... darah.... " Nur sudahpun pengsan tidak sedarkan diri.

"Nur.. Nur... "

"Hei ! Perempuan, apa kau dah buat dengan isteri aku ni ! Kau keluar sekarang ! " teriak Syed Naufal mengumpulkan segala tenaga untuk mendapatkan isterinya yang terbaring dilantai.

"Fal... i.. " belum sempat Kirana menyambungkan ayatnya pipinya sekali lagi ditampar. Kali ini oleh Puan Sri Siti Haliza.

"Just get out from here. Saya takkan lepaskan kamu kalau apa-apa terjadi pada kandungan Nur. Keluar ! " tegas Puan Sri Siti Haliza memberi amaran kepada Kirana.

Tangannya ditekapkan kepipi yang terasa panas membahang. Kirana sempat menghadiahkan jelingan tajam sebelum beredar keluar dari bilik itu.

******

"Kandungan isteri encik selamat. Cuma ada pendarahan sikit saja. Saya nasihatkan encik dan isteri supaya lebih berhati-hati lepas ni. Jaga kandungan dan permakanan. " kata Doktor Liza, doktor yang merawat Nur tadi dan beredar keluar.

"Alhamdulillah. Mujur tak ada apa-apa yang berlaku pada kandungan Nur." kata Puan Sri Siti Haliza.

"Hurm, alhamdulillah maa. Haih, macam-macam nak berlaku. " keluh Syed Naufal yang sedang setia duduk disisi isterinya.

"Dugaan Fal. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. " kata papanya. Bahu anaknya diusap lembut.

Nur terjaga dari lena yang dia rasakan panjang. Matanya menangkap susuk tubuh suaminya yang sedang lena tidur disisinya. Air matanya mengalir terkenangkan tentang kandungannya. Kepala Syed Naufal perlahan diusap dan menyebabkan di terjaga.

"Sorry... " kata Nur. Rasa bersalah menyebabkan suaminya terjaga dari tidur.

"Its okay sayang. " balasnya. Pipi mulus milik isterinya diusap lembut.

"Baby ?"

"Baby okay. Doktor cakap cuma ada pendarahan sikit. " jawab Syed Naufal.

Nur menarik nafas lega.

"Kirana ?"

"Dah lah. Jangan cakap pasal dia lagi. Dia hampir buat sayang gugur okay. "

"Okay. Hem, patutnya saya jaga awak. Sekarang ni saya pulak yang sakit. Heee, tak suka lah. " rengek Nur manja.

"Alolo.. takpelah. kita jaga eachother. Nur jaga Fal, Fal jaga Nur. " kata Syed Naufal sambil mencubit pipi isterinya.

** Beberapa bulan berlalu, tiba masanya untuk Nur melahirkan anak sulung mereka.

Anak lelaki sulung yang diberi nama Syed Danial Naim bin Syed Naufal. Selepas peristiwa hitam yang berlaku kepada Nur dan Syed Naufal, mereka membuat keputusan untuk berpinddah semula ke rumah mama dan papanya dan membina hidup baru disana.

Selepas kejadian di hospital itu Nasya Kirana tidak lagi menganggu kehidupan mereka sekeluarga. Mereka hidup aman dan bahagia bertiga disamping mama dan papa tercinta.

"Paa.. Fal rancang nak pergi bercuti. Second honeymoon. " kata Syed Naufal. Nur yang baru saja ingin melabuhkan punggung di sebelah suaminya itu, terpaku. Dia memandang suaminya dengan pandangan kososng.

"Takde bincang pun nak pergi bercuti ? Kenapa tiba-tiba ?" soal Nur.

"Takpelah. Em, Dan boleh tinggal dengan tok mama and tok papa dia ni. Manalah tahu nanti balik dia dapat adik sorang."

"What ?! Jangan nak mengada ae. Saya ni penat bersalinkan Dan tu tak habis lagi. "

Peha Syed naufal dicubit geram. Tidak dihiraukan suaminya yang mengaduh kesakitan. Papa dan mamanya hanya tertawa riang melihat kegembiraan anak-anaknya.





Cahaya. ✔Where stories live. Discover now