Dokumen-dokumen yang tadinya berselerak diatas mejanya sudah dikemas rapi. Syed Naufal mengeluh berat sambil bersandar dikerusinya. Dia mengerling jam tangan. Pukul 6 petang.
Gambar ketika dimajlis persandingannya bersama Nur ditatap. Senyuman manis terukir dibibir."Damn, i love you wife. " katanya sendiri dan berlalu pergi meninggalkan pejabatnya.
Perlahan Syed Naufal menapak masuk ke dalam rumahnya. Sejambak bunga yang dibelinya semasa dalam perjalanan pulang tadi, disembunyikan dibelakangnya.
"Nur. Im back. " jerit Syed Naufal. Tetapi tiada kata balas dari Nur.
"Sayang... " jeritnya lagi.
Emm, tengah mandi ke ?
Bag bimbit yang dibawanya tadi diletakkan di atas sofa. Syed Naufal menapak naik ke biliknya.
"Nur !!! "
Alangkah terkejutnya bila dia melihat yang Nur sedang terbaring dilantai. Terdapat serpihan gelas yang pecah akibat terjatuh. Syed Naufal segera mengangkat Nur dan dibawanya menuju ke kereta. Kereta dipandu laju menuju ke klinik terdekat.
Nombor mamanya segera didial. Alat handsfree dicapai dan dipasangkan ditelinga.
"Hello, Assalamualaikum maa. "
"Walaikumsalam. Ada apa ni Fal ? "
"Maa. Help me. "
"Kenapa ni sayang ? " soal mamanya. Risau mendengar suara anaknya yang panic.
"Nur. Dia pengsan kat rumah tadi. And sekarang ni Fal dalam perjalanan nak bawa dia pergi klinik. " terang Syed Naufal.
"Haa ?! Yaallah macam mana boleh pengsan ni.. Fal sabar ya jangan panic sayang. "
"Macam mana Fal tak panic maa. Balik rumah ja Fal tengok dia dah terbaring dekat depan toilet. "
"Sabar sayang. Drive carefully. Nanti mama dengan papa sampai. " jawab mamanya dan segera mematikan talian.
Syed Naufal memandang sekilas kearah Nur yang masih lagi tidak sedarkan diri.
"Sayang please wake up. "
Sampainya diklinik Nur segera dibawa masuk ke ruangan doktor.
"Maaf, Encik kena tunggu dekat luar dulu. Bila saya dah selesai nanti saya akan panggil Encik masuk. " kata Doktor yang bernama Izzati itu.
Beberapa minit menunggu dia dipanngil oleh Doktor untuk masuk kebiliknya.
"Encik ni suami Puan Nur Aishah? " soal doktor itu.
"Yes. "
"Tahniah, isteri Encik sudah mengandung 9 minggu. " kata Doktor Izzati sambil tersenyum.
Perlahan Nur berjalan sambil membetulkan tudungnya. Dia mengambil tempat duduk disebelah suaminya.
Tangan Nur digenggam erat. Tidak dapat dia gambarkan perasaannya saat tu."Terima kasih sayang. " ucap Syed Naufal sambil tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
Cahaya. ✔
RomanceArak dah menjadi minuman harian bagi Syed Naufal, anak tunggal kepada usahawan tersohor Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Night club pula dah jadi rumah kedua bagi dia. Naufal ni seorang yang suka bertukar-tukar pasangan seperti menukar...