Pada malam itu, Nur Aishah tidak dapat melelapkan matanya. Jam didinding pun telah menunjukkan pukul 3:00 pagi, jadi dia pergi kedapur untuk meneguk segelas air membasahkan tekak yang berasa kering. Nur Aishah duduk didapur tanpa menyalakan lampu. Tiba-tiba dia mendengar seperti ada orang sedang membuka pintu rumah.
Alahai, siapa pulak lah tu. Setahu aku, takda siapa pun yang keluar malam tadi. Kalau keluar pun takkan lah nak balik waktu-waktu macam ni. Hish, pencuri ke ??Perlahan-lahan Nur Aishah menuju ke ruang hadapan untuk menyiasat siapakah yang cuba membuka pintu rumah tu. Sempat lagi dia mencapai pasu perhiasan yang diletakkan di atas meja makan tadi untuk langkah berjaga-jaga. Manalah tahu kalau betul pencuri, senang ja dia nak hentak pasu tu dekat kepala pencuri tu. Pintu dibuka dan ada seseorang yang masuk dan jalan berjengket seperti tidak ingin sesiapa perasan tentang kehadirannya.
"Hoi, siapa kau ha ?!" tengking Nur Aishah sambil ingin menghayun pasu itu kearah orang tu. Langkahnya terhenti selepas mulutnya ditutup oleh orang itu dan dia melihat..
Syed Naufal.
"Shushh, diam nanti mama dan papa dengar." bisik Syed Naufal sambil melepaskan tangannya dari mulut Nur Aishah.
"Eh, kau buat apa ni ha ? Kenapa kau masuk rumah senyap-senyap macam tu ? Kau curi-curi keluar ya ?" soal Nur Aishah bertubi-tubi.
"Weh, kau boleh perlahankan sikit suara kau tu tak ? Ya, aku curi-curi keluar. Kalau aku minta izin dengan mama pun mesti dia tak bagi. So, ni je lah cara aku nak keluar." bisiknya lagi.
"Heee, bau kau ni macam..... haaa ! Kau minum ae ?! Eh kau ni tak takut dosa langsung ke ha?" soal Nur Aishah meninggikan suaranya tapi dalam keadaan berbisik.
"Ya. Memang aku minum pun. Aku punya sukalah aku nak buat apa pun. Yang kau nak sibuk ni apa hal ? Eh kau jangan nak masuk campur hal aku ae. Ingat ae, kau jangan cuba nak bagitahu dekat mama dan papa pasal ni. Jangan buka mulut langsung. Kalau kau bagitahu diorang, siap kau !" jawab Syed Naufal dan terus naik kebiliknya meninggalkan Nur Aishah.Tanpa sedar, air mata Nur Aishah menitis.
Yaallah, lelaki seperti ini ke yang bakal menjadi suamiku ? Mampukah aku bertahan dengannya ? Mampukah dia membimbing aku ke syurgamu ? Yaallah, kau kuatkan lah aku untuk mengubah Syed Naufal menjadi lebih baik dan segera bertaubat kepadamu.*****
"Fal, mama sebenarnya tak sabar nak tunggu hari pernikahan kamu berdua nanti." kata Puan Sri Siti Haliza sambil menyiram pokok ditemani oleh anaknya yang sedang bermain telefon.
"Apa ni maa. Lambat lagikan." jawab Syed Naufal acuh tak acuh.
"Fal ! Lambat kamu kata ? Majlis pernikahan kamu minggu depan Fal. Haa tulah. Bila semuanya serahkan dekat mama dan papa ja, sampaikan tarikh perkahwinan sendiri pun tak tahu." leter Puan Sri Siti Haliza.What ?? Minggu depan ? Hadoi, makin semak kepala aku ni. Aku tak ready lagi lah. Tapi takpa, lepas ni aku bebas. Aku boleh buat apa je. Dah tak payah nak keluar senyap-senyap lagi. Yahooo.
YOU ARE READING
Cahaya. ✔
RomanceArak dah menjadi minuman harian bagi Syed Naufal, anak tunggal kepada usahawan tersohor Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Night club pula dah jadi rumah kedua bagi dia. Naufal ni seorang yang suka bertukar-tukar pasangan seperti menukar...