-21-

24.7K 526 6
                                    

Syed Naufal sedang leka bermain dengan video game. Telefonnya berdering tapi dibiarkan saja.
Beberapa minit, telefonnya kembali berdering.
Dia menekan butang pause dan mencapai telefon bimbitnya. Nama mamanya terpapar diskrin telefon.

"Hello. " ucap Syed Naufal.

"Assalamualaikum, Fal. Hish, kenapa lah susah sangat nak jawab phone tu. " bebel mamanya.

"Tengah main game lah maa. Ada apa call ni ? " jawabnya.

"Ai ? Mama dah tak boleh nak call anak mama ke sekarang ni ? " soal mamanya.

"Bukan macam tu maksud Fal. " jawabnya. Kepala ligat mencari jawapan yang sesuai.

"Mama bukannya apa. Mama rindu dekat Naufal dan Nur. Lama dah tak datang jenguk mama dan papa ye. " kata mamanya. Sejak mereka pindah keluar, memang dah lama mereka tidak menjenguk mama dan papa.

"Ohh. Kami bukannya apa maa.. emm.. sibuk lah. " jawab Syed Naufal.

"Sibuk ? Sibuk apa nya. Kamu kan belum start kerja dekat company tu. Sibuk main game ? " bebel mamanya.

"Yelah yelah. Okay, petang ni kami datang jenguk mama dan papa ye. " pujuk Syed Naufal.

"Ye ke ? Betul ni ? Kalau macam tu mama masak sedap-sedap untuk Fal dan Nur ye. " jawab mamanya teruja.

"Okay. Bye. " ucap Syed Naufal.

"Bye. Assalamualaikum. " ucap mamanya. Dia sengaja tidak mematikan talian. Menunggu anaknya tu menjawab salam nya.

"Hemm. " jawab Syed Naufal ringkas.

"Assalamualaikumm... " ucapnya lagi.

"Ye. Walaikumsalam. " dia mengalah dan menjawab salam dari mamanya. Memang agak kekok kerana selama ni kalau mama atau papanya mengucap salam, memang cukup payah baginya untuk menjawab.

"Haa.. kan senang. Tak susah pun kan. " jawab mamanya dan mematikan talian.



"Yo, Fatty bam ! Jom pergi rumah mama. Dia call tadi bebel kita dah lama tak balik jenguk dia. " sergah Syed Naufal selamba menerjah masuk ke bilik Nur.

"Fal, boleh tak lepas ni kalau nak masuk bilik orang.. ketuk dulu lepas tu minta izin baru masuk. And one more thing, suka-suka hati je kan panggil orang fatty bam. " bebel Nur sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Eeh.. tadi dekat phone kena bebel dengan mama, ni dia pulak nak tambah. Sakit telinga ni tau. " rungut Syed Naufal.

Kata-kata suaminya tu, tidak diendahkan. Nur masih gigih mengeringkan rambutnya dengan tuala. Yelah kejap lagi nak keluar takkan nak pakai tudung dengan rambut basah ni. Setiap kali keluar asyik lupa je nak beli hair dryer.

Rambut dia kalau tengah basah.. nampak sexy. Ahakkkkksss..

"Nur baru lepas mandi ae ? " soal Syed Naufal.

"Taklah.. baru lepas balik joging. Yelah baru lepas mandi. Kenapa ? " soalnya kembali.

"Tak ajak pon. " usik Syed Naufal sambil membuat muka gatalnya tu.

"Eeee, tak payah nak mengada ae. Aku cungkil biji mata tu karang. " jawab Nur.

"Huishh, ganasnya. I like.. " usiknya lagi.

Nur hanya tertawa dengan gelagat suaminya yang kebudakan tu.

"Meh sini orang tolong keringkan. Nak tunggu awak tu berjam nanti baru siap. " kata Syed Naufal sambil menarik tuala yang dipegang Nur.

Belum sempat dia melalukan kerjanya tu, telefonnya berdering. Dia mencapai telefonnya dan melihat nama Nasya Kirana terpancar diskrin telefonnya. Syed Naufal segera keluar dari bilik dan menjawab panggilan tu.

Baru nak rasa tangan suami sendiri keringkan rambit aku, telefon dia pulak yang potong line. Geram betul. Bebel Nur dalam hati sambil menyambung aktiviti mengeringkan rambut.

"Hello. Kirana, ada apa u call ni ? "

"Eh, i dah tak boleh call u ke sekarang ? " soal Nasya Kirana dihujung talian.

"Bukan macam tu, em cepatlah u nak apa ? I tengah busy ni. " katanya.

"Sayang, jom keluar malam ni. Kita dah lama tak keluar sama-sama. Hari tu u senyap-senyap je tinggalkan i soarang-sorang dekat hotel tu. " rengek Nasya Kirana.

"Sorry. I tak boleh malam ni. Sorry sangat. Lain kali ye. " jawab Syed Naufal. Dan dia segera mematikan talian. Dulu hanya Nasya Kirana satu-satu perempuan yang diusungnya kesana kemari. Tapi sekarang, hatinya sudah betul-betul terpaut pada isterinya saja. Cuma dia hanya perlukan masa yang sesuai untuk menyatakan isi hatinya kepada Nur.


Cahaya. ✔Where stories live. Discover now