-16-

25.3K 480 4
                                    

Betul cakap dia. Aku isteri dia yang sah, dan dia suami aku yang sah. Kenapa aku perlu bertudung depan dia. Tapi aku rasa macam belum bersedia nak dedahkan aurat aku depan dia. Em, lagipun dia dah janji yang dia takkan sentuh aku. Hurm... Keluh Nur Aishah dalam hati sambil bermain-main dengan rambutnya.

Nur mengerling jam didinding.
"Eh, dah pukul 1:15 ni. Tak balik-balik lagi. Suka lah tinggalkan aku ni sorang-sorang dekat rumah ni. Kalau kena culik karang macam mana. " bebel Nur seorang diri.

Nur membelek-belek telefonnya dan mendial nombor Syed Naufal.
"Hello ? Hello.." tutt tuutt tuutt

"Eh, putus pulak. Hish, dia ni dekat mana ? Bising sangat bunyi tu."

Beberapa minit kemudian telefonnya berdering.

"Hello Fal."
"Hello. Haa ada apa kau call ni ?"
"Pukul berapa nak balik ?"
"Alah.. kejap lagi aku balik. Kan dah cakap tadi tak payah tunggu." jawab Syed Naufal sedikit dingin.
"Nur bukannya nak tunggu Fal tapi..." talian diputuskan.

"Eh, orang belum habis cakap lagi dah letak phone." rungut Nur Aishah. Dia menekan-nekan alat kawalan tv dengan keadaan marah.

Fal, tolong berhenti buat kerja-kerja tu. Ingatlah halal haram, dosa pahala. Nur, tak putus-putus berdoa supaya Fal berubah. Kesian dekat mama dan papa. Kalau ada apa-apa berlaku, mereka juga yang kena tanggung malu. Nak ja dia cakap macam tu depan Syed Naufal. Tapi dia hanya mampu berkata-kata didalam hati.

Pintu rumah dibuka perlahan-lahan. Dia menyangkut kunci keretanya dan menuju ke ruang tamu kerana dia terdengar bunyi televisyen.

Lah, tv pulak yang tengok dia. Ehh.. dia tak pakai tudung. Wow, cantik. Walaupun tengah tidur, wajah dia cantik. Tenang sangat. Pakai baju tidur pulak tu, ni yang tergugat iman cekkk.. iman ??

Syed Naufal tidak sedar yang wajahnya dah semakin rapat ke wajah Nur. Dia seperti tidak dapat mengawal perasaannya.
Perbuatan Syed Naufal terhenti apabila dia lihat Nur sudah bergerak-gerak.

"Oi. Bangun. Oi. Bangunlah pergi tidur dalam bilik. Karang aku angkat masuk bilik aku pulak baru tahu." usik Syed Naufal.

Mendengar kata-kata Syed Naufal tu, bingkas Nur bangun dan membetul-betulkan rambutnya yang serabai.
Hish, busuknya bau makhluk ni. YaAllah bilalah dia ni nak insaf. Buat spoil mood aku je ni.

"Kenapa kau tak pakai tudung pulak ?" soal Syed Naufal.
"Saja." jawab Nur Aishah ringkas dan berlalu pergi masuk ke biliknya. Pintu bilik sengaja dihempas kuat tanda protes.

Dah lah tinggal aku sorang-sorang dekat rumah ni, lepas tu balik bau macam tu. Memang merosakkan mood aku lah. Nak doakan benda buruk-buruk suami sendiri.

Lahhh.. marahke ? Ke dia tahu apa yang aku nak buat kat dia tadi ? Hish, kau saja je nak pancing aku kan. Pakai baju tidurlah... tak pakai tudung lah.. waktu duduk dekat rumah papa dengan mama dulu takda pulak nak pakai baju tidur.. saja nak buat aku rasa tak senang duduk, saja nak usik nafsu aku.. kalau aku tak dapat kawal macam mana.

******

"Fal, fal ni takda kerja ke ? Bukan ke hari tu Fal janji dengan papa nak ambil alih syarikat dia lepas Fal kahwin." soal Nur Aishah yang rimas tengok suaminya asyik lekat dekat rumah takda kerja hanya makan tidur makan tidur.

Bukannya apa, kalau dia ni keluar pergi kerja.. ada lah sikit privasi untuk aku ni. Ni nak buat apa-apa pun tak boleh sebab hawau ni ada melekat kat rumah ni. Malam-malam buta baru sebok nak keluar tinggal aku sorang-sorang.

"Alah, tak ready lagi lah nak ambil alih syarikat tu. Malas lah." jawab Syed Naufal. Tangannya menyuap keropok supering kemulut tapi matanya lekat di kaca tv.
"Ada pulak macam tu. Kesian lah dekat papa. Dia dah makin berusia nak kena banyak rehat duduk rumah layan mama." kata Nur Aishah. Tapi kata-katanya itu tidak dihiraukan oleh suaminya tu.

Geram betul. Kita cakap dengan dia, dia buat dakk je.

Ring ring ring ~

Dari ruang tamu Nur mendengar deringan telefonnya dibilik. Dia berlari mendapatkan telefonnya.
Riak mukanya berubah setelah melihat nama yang terpapar diskrin telefonnya. Hatinya berbelah bagi nak jawab atau tidak. Dia kuatkan hatinya untuk menjawab panggilan tu.

"Hello, Assalamualaikum." Nur cuba untuk mengawal debarnya.
"Walaikumsalam Nur. YaAllah senangnya rasa hati Am bila dapat dengar suara Nur. Rasa macam terubat rindu Am."
"Setelah bertahun lamanya, masih ada ke rasa rindu tu ?" Nur memberanikan dirinya untuk membuka kisah lama. Dia inginkan penjelasan dari Khair Idham.
"Nur, janganlah cakap macam tu. Am sentiasa sayangkan Nur and i miss u so much. Am nak minta maaf pasal apa yang terjadi sebelum ni. Am tahu Am salah." jawab Khair Idham.
"Apa-apa jelah. Dan kenapa tiba-tiba Am muncul ? Am nak apa ?" soalnya lagi.
"Am nak tebus balik segala kesilapan Am pada Nur. Am nak hubungan kita kembali macam dulu."
"Am, Nur tak boleh cakap lama ni. Nur ada hal sikit. Ok, bye Assalamualaikum." Nur mematikan talian.

Mudahnya kau berbicara. Nak tebus segala kesilapan kau sebelum ni ? Nak hubungan kita kembali seperti dulu ? Bukan mudah Am. Untuk aku memaafkan kau.. ya aku sudah pun maafkan kau. Tapi untuk kembali seperti dulu... tak boleh. Aku dah jadi milik orang lain sekarang. Aku adalah milik suamiku Syed Naufal.

Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi mematikan lamunannya.

-Nur, esok Am nak jumpa Nur di containar cafe boleh ?-

-Tak sure lah. Mungkin Nur sibuk esok.-
Nur sengaja memberi alasan.

-Please, banyak benda yang Am nak jelaskan dekat Nur ni.-

-Okay. Tapi, tak janji.-

Nur menghempaskan tubuhnya diatas katil. Termenung memikirkan alasan apa yang dia nak cakap pada Syed Naufal untuk keluar esok.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now