"Good morning, maa." sapa Nur Aishah.
"Morning sayang.. jom sarapan. Mama dah siapkan sarapan ni." jawab Puan Sri Siti Haliza.
"Lah, mama dah siapkan sarapan ke ? Kenapa tak tunggu Nur, boleh lah Nur tolong sikit." omel Nur Aishah.
"Takpalah. Mama tak nak ganggu pengantin baru." usik Puan Sri Siti Haliza."Hish mama ni..." rengek Nur.
"Sudah pergi panggil suami kamu tu suruh turun sarapan.""Paa, maa. Esok kami nak pindah ke rumah baru kami." kata Syed Naufal.
"Eh, tak bincang dulu pun nak pindah. Tiba-tiba je." sampuk Nur Aishah.
"Lah, nak pindah ke ? Mama belum puas lagi nak kumpul dengan kamu berdua." jawab Puan Sri Siti Haliza.
"Fal tak bincang dengan Nur ke nak pindah ? Kenapa buat keputusan sendiri ?" soal Tan Sri Syed Akhbar.
"Fal dah bagitahu, paa. Fal dah cakap dah lepas kahwin nanti kita pindah rumah." jawab Syed Naufal sambil menjeling kearah Nur Aishah.
"Habis tu ?"
"Memang Fal ada bagitahu kat Nur paa. Tapi dia tak bagitahu pun yang kami akan pindah hari ni. Nur tak kemas apa-apa pun lagi. Lain kali nak buat apa-apa keputusan tu bincang lah dulu." bebel Nur Aishah.
"Siapa suruh lembab sangat." bisik Syed Naufal tapi masih boleh didengari oleh semua.Nur Aishah menjeling tajam kearah Syed Naufal.
Geram betul dengan mamat poyo ni. Suka hati dia je nak cakap aku lembab. Dia tu yang buat keputusan tak reti nak bincang dengan orang dulu."Eh, kamu berdua ni. Dah berkahwin pun masih lagi nak bergaduh macam budak-budak." bebel Puan Sri Siti Haliza.
"Hurm, takpalah kalau kamu berdua nak berpindah hari ni. Papa tak kisah." jawab Tan Sri Syed Akhbar.*****
"Eh, kau duduk termenung apa lagi tu ? Cepatlah kemas barang-barang kau. Hish, lembab betul lah." marah Syed Naufal melihat Nur masih lagi duduk termenung.
"Yelah, nak kemas lah ni. Suka hati je nak cakap orang lembab." balas Nur Aishah.Nur Aishah bangun mengambil baju-baju dan barangnya yang lain.
"Fal, Nur nak kena bawak semua barang ke ?" soal Nur Aishah.
"Yelah. Bawak semua. Btw, yang kau ber'Fal' 'Nur' dengan aku ni apehal ?" soal Syed Naufal pula. Pelik, selalunya Nur hanya gunakan 'kau' 'aku'.
"Nanti kalau mama dan papa dengar kita cakap pakai 'kau' 'aku' diorang pelik pulak nanti." jawab Nur Aishah.Sedang Nur mengemas barang-barangnya, telefonnya berdering tanda ada mesej masuk.
Hatinya berdebar ketika melihat nama yang tertera diskrin telefonnya.Khair Idham.
*****
"Mama, papa kami gerak dulu ya." pamit Syed Naufal sambil mencium tangan mama dan papanya diikuti oleh Nur Aishah.
"Baiklah. Kamu berdua jaga diri baik-baik ya. Jangan bergaduh. Mama dan papa tak sabar nak terima cucu ni." usik Puan Sri Siti Haliza.
"Eh mama ni. Kesitu pulak dia. Awal lagi lah maa." jawab Syed Naufal.Didalam kereta, Nur hanya diam membisu. Sejak dia membaca mesej yang dihantar oleh Khair Idham, lelaki yang telah mencuit hatinya selama mereka berlajar di Mesir dia terus diam dan berubah mood.
Apehal minah ni diam je dari tadi ? Muka pun masam je. Aku perasan lama dah. Sejak dia baca mesej dekat phone dia tadi. Siapa yang hantar mesej kat dia ? Kenapa dia terus berubah mood ?
Mereka sampai ke rumah baru mereka sebuah apartment mewah yang dibeli oleh Syed Naufal. Barang yang mereka bawa tidaklah terlalu banyak kerana semuanya sudah tersedia didalam apartment tu. Mereka hanya bawa bag pakaian sahaja. Kiranya macam masuk cuci kaki ja.
"Okay, kau pilih je lah mana-mana bilik yang kau nak. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Aku masuk bilik aku dulu." terang Syed Naufal dan berlalu pergi masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
Cahaya. ✔
RomanceArak dah menjadi minuman harian bagi Syed Naufal, anak tunggal kepada usahawan tersohor Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Night club pula dah jadi rumah kedua bagi dia. Naufal ni seorang yang suka bertukar-tukar pasangan seperti menukar...