Makanan untuk makan malam sudah tersedia di atas ruang meja makan. Kali ni, Puan Sri sendiri yang memasaknya kerana anak tunggalnya itu telah berjanji untuk makan malam bersama. Dia memasak lauk-lauk kegemaran Naufal.
Ring ring ring !!
Telefon Puan Sri Haliza berdering menandakan ada panggilan masuk. Nama Naufal terpancar diskrin telefon.
"Hello Assalamualaikum,Naufal." Puan Sri Haliza menjawab panggilan itu.
Tanpa menjawab salam dari mamanya "Ma.. malam ni Fal tak jadi dinner kat rumah tau. Fal dah ada janji dengan kawan nak dinner sama-sama."
"Lah. Kan Naufal dah janji nak dinner sama-sama dengan mama dan papa. Mama dah masak lauk kegemaran Fal ni." kata mamanya hampa.
"Alah takpelah maa. Lagipun kami dah lama tak jumpa. Lain kali kita dinner sama ye maa. Okay bye." jawab Naufal dan terus mematikan talian.
Puan Sri Haliza hanya duduk di meja makan menunngu suaminya.
"Ha. Kenapa awak sorang je ? Naufal mana ? Kata nak dinner sama. " kata Tuan Sri Syed Akhbar.
"Hurm. Dia telefon tadi, tak jadi katanya nak dinner dengan kawan-kawan dia. Kalau dinner makan makanan yang betul-betul sihat tu takpalah. Ni 'dinner' dalam nightclub." kata Puan Sri.
"Ehem. Sudahlah fikirkan yang baik-baik aja. Mungkin dia memang dinner dengan kawan dia tu. Dah lah jom kita makan saya dah lapar ni. Haa, mana Pak Hamid ? kata Tuan Sri.
"Entah abang panggil lah dia ajak makan sekali." jawab isterinya.
"Pak Hamid, mari kita makan sama." jerit Pak Hamid yang sedang mencuci kereta didepan.
Pak Hamid ialah satu-satu pemandunya yang dia segani dan hormati. Pak Hamid menginap di rumahnya sejak di mula menjadi pemandu kepada Tuan Sri Syed Akhbar. Dulu, semasa Tuan Sri Syed Akhbar tiba di Malaysia, dia terjumpa Pak Hamid dan isteri sedang duduk meminta sedekah di depan rumahnya. Kerana kasihan, dia memberi Pak Hamid penginapan dirumahnya dan menjadi Pak Hamid sebagai pekerjanya. Isterinya telah meninggal dunia semasa melahirkan anaknya, Nur Aishah. Kini anaknya sedang belajar di Mesir dan bakal menghabiskan pelajarannya pada hujung minggu ni. Semua pembelanjaan ketika Nur belajar ditaja oleh Tuan Sri Syed Akhbar.
"Pak Hamid, Nur balik hujung minggu ni ye ?" tanya Tuan Sri kepada Pak Hamid.
"Ye dia balik hujung minggu ni Tuan. Cuti lama lah dia sebab dah habis belajar. Cuma kene cari kerja je." jawab Pak Hamid.
"Wah. Tak sabarnya nak tunggu Nur balik. Rindu sangat dah ni. Dah lama tak jumpa dia." kata Puan Sri sambil tersenyum lebar. Puan Sri Haliza sangat sayangkan Nur. Dia menjaga dan melayan Nur seperti anaknya sendiri. Sejak kecil lagi dia membela Nur dan menyediakan pakai minum dan menguruskan perihal sekolah Nur.
YOU ARE READING
Cahaya. ✔
RomanceArak dah menjadi minuman harian bagi Syed Naufal, anak tunggal kepada usahawan tersohor Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza. Night club pula dah jadi rumah kedua bagi dia. Naufal ni seorang yang suka bertukar-tukar pasangan seperti menukar...