Ada satu syarat untuk kau menjadi seorang pelajar rebutan kat sekolah dan syarat itu adalah kau kena menjadi seorang bad boy. Sebab apa, perempuan ni secara harfiahnya akan mudah tertarik pada bad boy. No matter betapa buruknya seorang lelaki itu tetapi sekiranya kau seorang bad boy, definitely berpuluh perempuan akan tergilakan kau. Dan tak kisahlah betapa muslimahnya seorang perempuan itu, kalau ada bad boy berkenan kat dia, gugur keimanan dia tau.
Semasa perhimpunan pagi itu, entah kenapa aku rasa seperti aku sedang diperhatikan. Ya, aku tahu sekolah ni sememangnya berpuaka tapi takkan siang-siang hari pun ada benda yang nak say hai kut. Macam tak logiklah pulak kan? Tapi memang ya, aku memang rasa seperti diperhatikan.
"Rayyan, aku tengok Adam kelas sebelah ni asyik usha panas kat kau je." Si Syahid mencucuk pinggangku menyatakan apa yang dia perasan.
"Adam? Adam mana? Kau tak tahu ke nama common macamtu ada berpuluh kat sekolah ni?!"
"Adam Aaron Lancaster!" Syahid berbisik perlahan.
Aku pun berpaling ke sekeliling arah untuk mencari yang manakah gerangan Adam Aaron Lancaster itu. Nama tu memang familiar sebab aku kenal mamat ni rasanya. Keluarga Lancaster ni memang antara penggiat muzik paling boom boom kebaboom kat Malaysia ni. Dan semestinya Adam Aaron ni dikenali. Tapi kat sekolah ni, aku tak sure.
"Dan nama pelajar yang terpilih untuk ke peringkat negeri bagi acara merentas desa adalah Rayyan Nuraiman bin Amir Zakwan daripada kelas 4 Gigih..." Suara cikgu dari atas mematikan pencarianku.
Aku dengan penuh SBRB (Sombong Bongkak Riak Berlagak) naik ke atas. Rasa nak aje tunjuk fuck kat semua cikgu yang aku pelajar penuh bermasalah ni dalam masa yang sama banyak menaikkan nama baik sekolah. Budak lain? Yang hado!
Semasa aku di atas pentas, aku perasan yang ada seorang pelajar lelaki sedang memandang tepat ke arahku. Dari raut wajah, memang itulah Adam Aaron Lancaster yang dikatakan Syahid tadi. Dan renungannya sangat menakutkan dan tak normal tau.
Semasa waktu rehat, aku membeli mi bandung dan segelas asam boi ais. Kantin ni pun setelah dah complain beratus kali barulah nak ada variasi makanan. Kalau tak, balik-balik hadap makanan yang sama jelah sampai aku boleh hafal menu tau. Tahun ni barulah ada mi bandung, laksam and tak terkecuali burger. Kan molek lagu tu?!
"Oh fuck!" Tiba-tiba seseorang terlanggar aku dan membuatkan air aku tertumpah ke atas lantai. Nasib baik baju aku tak terkena kuah mi bandung.
Aku memandang siapa yang durjana dan berani gila nak melanggar Rayyan Nuraiman bin Amir Zakwan ni. Oh, si Adam Aaron Lancaster ni rupanya. Muka dia memang dah cuak gila nak mampus masa tu. Tangan dia menggigil kut.
"Mana sorry kau?!" Saja aku tengking kat dia. Test psycho sikit.
Dia dengan tangan terketar-ketar memegang makanannya hanya memandang lantai. Pelik mamat seorang ni. Aku pun tambah lagi. "Kau reti cakap tak ni?!"
Dia kemudiannya terus blah dan berlari dari situ. Aku pulak yang terdiam berdiri kat situ macam orang bodoh. Sebab aku sendiri pelik, kenapa mamat tu macam tu? Dia kena verbally abused ke apa kat rumah?
Aku pun kemudiannya mengambil tempat di sebelah Syahid dan AD. Dorang berdua ni pun macam pelik lain macam je bila aku buat macam tu tadi.
"Adam tu macam sesuatu je kan?" Si AD mula membuka topik.
"Sesuatu like what?" Syahid mula memberi minat.
"Yalah. You know, girlfriend aku si Riana kan kelas dia. Riana kata, dia tu nak bercakap sekali sehari pun payah."
"Maybe dia rasa suara dia tu emas sangat agaknya. Yeah, he had such a golden voice kut. Once dia cakap, boleh starstruck aku." Syahid menyambung.
"Korang tengok kan apa jadi tadi ni kan? Look, takkanlah dia tak boleh say sorry kut? Bukannya aku yang langgar dia pun."
![](https://img.wattpad.com/cover/65430462-288-k460379.jpg)
YOU ARE READING
Tampan (Teruna 3)
Teen FictionIf you loved Amir Zakwan's story in Teruna n Jejaka, now read his son's. Rayyan benci gay. Baginya ianya menjijikkan. Tapi apabila dia sendiri dibesarkan dalam keadaan begitu, lagilah dia jijik kepada papanya sendiri. Satu cabaran Truth Or Dare me...