Epilog ini juga adalah sedutan untuk manuskrip seterusnya iaitu Piano... Akan diberitahu bila postnya...
_____________________
Aku tersenyum memandang cermin. Bow tieku dikemaskan agar kelihatan lebih segak dan tampan. Hari itu, aku akan menjadi pianist untuk sebuah persembahan band pimpinan aku sendiri. Band yang dinamakan Voice Of Love itu ditubuhkan ketika aku membuat kerja sambilan di sebuah kelab malam semasa aku melanjutkan pelajaran di universiti beberapa tahun dahulu. Band ini mempunyai seorang pianist iaitu aku, Lana seorang penyanyi serta Fazrul sebagai gitaris. Semenjak kemunculan kami, industri muzik kembali segar.
Malam itu, buat pertama kalinya kami dijemput untuk membuat sebuah persembahan khas di Istana Budaya. Aku akui, sememangnya aku menggigil tambahan lagi aku sememangnya fobia akan situasi yang crowded.
"Lana..."
Gadis bersuara lunak itu berpaling memandang ke arahku. "Yes, Adam..."
"Can we do 'I Will Always Love You' for beginning?"
"Are you sure? I can't hit note at the early show like Whitney."
"No, we do Dolly's version. Can you?"
"Sure. Can I know why, Adam?"
Aku memandang skrin handphoneku. Terpamer gambar terakhir aku bersama Rayyan. Mataku terasa bergenang.
"It's my anniversary with him. So I want to dedicate it for him."
"Rayyan?"
Aku mengangguk. Selepas kematian Rayyan, hanya dengan Lana sahajalah tempat aku mengadu semua perkara. Dia seperti memahami setiap keadaan aku walaupun jarang sekali dia membantu. Dan ya, dia cantik. Macam Cameron Diaz masa muda. Boleh bayangkan tak? Itulah dia Lana Elizabeth Sta Maria.
Persembahan dimulakan. Sebelum persembahan dimulakan, Lana sempat memberikan sepatah dua kata kepada penonton.
"Tonight, the opening show is a request from our pianist. Today is supposedly to be anniversary for him and his lover but unfortunately his lover passed away few years ago. The song is titled 'I Will Always Love You' from Dolly Parton's version and I'm gonna sing it now."
Aku mula menekan not C dan perasaan aku sudah mula menjadi sedih. Jariku semuanya menggigil berserta dengan bulu romaku meremang. Terasa seperti Rayyan ada di sebelahku ketika aku bermain piano tersebut. Terbayang suaranya dan raut wajahnya yang kacak itu. Semuanya seakan terlintas semula.
Air mataku menitis. Aku terlampau mengikut perasaan sehingga aku tak sedar yang pianoku sudah terlebih key berbanding nyanyian Lana. Terpaksalah dia menyanyi dengan sedikit pace sebab rentak terlebih rancak. Sempat Fazrul menjeling ke arahku. Sorry korang...
Selepas habis persembahan pertama, aku meminta izin ke tandas sebentar. Sebenarnya aku sudah tidak berjaya mengawal rasa sebak yang bertandang dalam hati. Semua perkara tentang Rayyan kembali terimbas dalam kepala otak aku. Aku langsung sedikit pun tidak berjaya melupakannya walaupun perkara itu sudah masuk tahun kelapan tahun ni.
"Adam, are you okay?" Lana menegur aku.
"I missed him so much."
"Adam, mark my words. If you remember him, he sure remember you also. I'm sure that he also doesn't want to see you cried like this. Trust me, Adam."
Aku meletakkan tangan ke dada dan memejamkan mata. Aku dapat merasakan kehadiran Rayyan di sisi aku, menyokong aku untuk terus bangkit dari kedukaan. Betul kata Lana, aku tak sepatutnya menangis.
"Whenever you missed me, put your hands on your chest and close your eyes. Believe me, I maybe do the same things also."
Tapi kali ini, Rayyan tidak sama melakukannya. Dia sedang berada di atas sana memandang kepadaku. Aku tak mahu dia melihat aku bersedih. Pantas aku mengelap air mata dan kembali ke pentas persembahan. Dalam Bible sendiri pun ada menyebut bahawa:
Let all that you do be done in love - 1 Corinthians 16:14
Jadi aku tak mahu Rayyan melihat aku bersedih. Konsert ini semuanya atas dasar cintaku kepadanya. Rayyanlah punca semangatku terus hidup.
Konsert tamat lebih kurang jam sebelas malam. Jesus Christ, aku memang rasa mengantuk gila masa tu. Tak sabar rasanya nak pulang ke kondo aku dan tidur. Mujurlah esok hari Sabtu dan aku tak perlu mengajar. Huh!
"Adam, someone would like to meet you..." Pengurus pentas datang kepadaku dengan tergesa-gesa.
"Who is?"
"Here." Dia menunjukkan seorang budak lelaki berkaca mata dan berambut sikat tepi kepada aku. Melihatkan wajahnya, aku teringat seseorang.
Remaja lelaki itu berlari ke arah aku. Tapi dia agak cuai kerana sempat dia terlanggar kakinya sendiri ketika sedang berlari. Nerdo nampaknya budak ni.
"Bang Adam, I'm really your number one fan!"
Number one fan, itulah yang aku dengar daripada sejuta peminat aku yang lain.
"Rayyan..." Ya itulah wajah yang aku maksudkan.
"Aik, macam mana abang boleh tahu nama saya?"
"What's your name?"
"Aiman Nurayyan."
Aku tergamam.
_______________________________
Hah cukuplah teaser tu kan. Ni epilog dia je. Nak baca sambungan dia nanti, tunggu dulu ya. In the meantime, bacalah dulu LoliBoy, Blondie Melayu, Forever 21 and Mama. Thanks for your firm supports, guys!!!
![](https://img.wattpad.com/cover/65430462-288-k460379.jpg)
YOU ARE READING
Tampan (Teruna 3)
Teen FictionIf you loved Amir Zakwan's story in Teruna n Jejaka, now read his son's. Rayyan benci gay. Baginya ianya menjijikkan. Tapi apabila dia sendiri dibesarkan dalam keadaan begitu, lagilah dia jijik kepada papanya sendiri. Satu cabaran Truth Or Dare me...