Bab 32

5.2K 139 16
                                    

Picture: Isyraf Danish as Rayyan Nuraiman (God, please...!)


"HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO RAYYAN NURAIMAN...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..."

Semua tetamu yang hadir pada malam parti itu menyanyikan lagu Happy Birthday To You kepada aku dengan penuh bersemangat. Dua jantan tu of course menyanyikannya sambil duduk di sebelah aku. Sayang dua ekor makhluk Tuhan tu. Kalau takde dorang, aku tak tahu apa akan jadi dengan diri aku.

Si Syahid memberikanku sebuah helmet berjenama Arai berwarna hitam yang sememangnya selalu aku bualkan kepadanya bahawa aku inginkan satu. Si AD pula hadiahkan aku sebuah headphone berjenama Razer model Kraken. Aku memang pernah cerita yang aku inginkan sebuah headphone tapi tak sangkalah pulak sampai jenama Razer dia belikan. Ni buat aku lebih sayang ni.

Si Zahira, walaupun takde hadiah yang dia berikan, tapi dia telah sediakan kek red velvet yang turut mempunyai aiskrim di dalamnya. Sejak pagi tadi, dia bersilat seorang diri di dapur menyediakan kek tersebut. Dan hasilnya juga memang secantik orangnya. Memang tak salahlah aku kahwin dengan dia ni. So far, memang tak pernah lagi aku terpaksa menanggung kelaparan. Ada sahaja makanan yang dia masak.

Dua pakcikku yang kembar tu pula menghadiahkan aku sebuah kereta waima aku masih belum mempunyai lesen lagi. Aku tahu sangat tujuannya itu. So that kalau aku behave badly, dorang akan ambik balik kereta tu since guna nama Papa Adi. Bijak kepala otak dua orang kembar ni. Yalah, pakcik siapalah katakan.

Rasanya kalau arwah papa dengan mama hidup lagi, mesti hadiah yang aku terima lagi istimewa. Contohnya pada tahun lepas, arwah papa hadiahkan aku motor dan mama pula menghadiahkan aku sut Brioni sepasang. Brioni hengko! Siap pakej dengan kasut Nike sepasang lagi yang harganya RM 1200 sepasang tu. Haih!

Itulah antara kesalahan aku yang rasanya kesallah sebanyak mana pun, ianya takkan mengubah apa-apa. Aku telah membunuh kedua-dua orang tuaku yang telah menjagaku dari kecil sampai ke besar. Kalau mereka semua yang hadir ni tau, mesti aku akan jadi lelaki paling dibenci dalam dunia ni sampailah aku mati. Sampai mati pun aku takkan maafkan diri aku ni.

Majlis sambutan hari jadi itu berlangsung dengan meriah. Jemputan datang melebihi dari yang aku jemput. Aku tak tahulah pulak yang Papa Adi dengan Papa Ari pun ada ajak kawan-kawan dorang datang. Rasanya penuh seisi rumah aku dengan orang. Tapi walaupun ramai, ianya tidak guna sekiranya yang seorang itu tidak ada. Serious talk! Aku masih berasa kesal atas apa yang aku lakukan kepadanya semalam. Kalau dia boleh bertahan dengan perangai aku, kenapa aku tak boleh?!

Aku pun keluar daripada rumah dan pergi ke taman halaman rumah. Aku duduk di atas buaian dan mengeluarkan handphone. Di wallpaper sahaja aku sudah sebak menahan rindu. Gambar Adam menggigit bibir sambil membuat peace. Aku kemudian membuka gallery. Hampir penuh gambar aku dan dia berdua bersama. Setitis air mataku jatuh ke atas skrin handphone.

Aku membuka WhatsApp. Ternyata dia online. Aku mulai menghantarnya mesej. Aku runtuhkan segala dinding keegoanku. Tapi belum sempat aku menekan send, seseorang menegur.

"Okay, now I know..."

"Rose! What the hell you doing here?"

"Nothing. Nak tengok yang you betrayed my cousin. God I seriously didn't expect this kind of unfaithful. At least not from you."

"Rose, you are uninvited here in my party, okay. Get your fucking big ass outta my house."

"Oh, really?! Jangan jadi bodoh boleh tak?! Bini kau yang tengah pregnant tu sepupu aku. For sure dia akan invite aku. Or sebenarnya kau takut sebab aku dah tau rahsia kau?"

Tampan (Teruna 3)Where stories live. Discover now