Kami bercium selama hampir 30 puluh saat. Aku perasan yang ketika itu, terpejam-pejam mata si Adam Aaron tu. Perasan je macamtu, terus aku tolak dia ke belakang.
"It meant nothing, okay!"
Dia masih terpinga-pinga dengan cermin mata melekat di mukanya. Sumpah doe mamat tu memang blur habis gila barabas!
"Puas hati korang!?" Aku dengan penuh sarkastik memaki penuh berhemah kepada Syahid dan AD.
"Kau memang daebaklah, Rayyan! Sumpah aku salute kau." Si Syahid beriya memuji.
"Kau patut tengok betapa layan muka dia bila dapat cium kau tadi tau. Muka high siaa!"
"Dia fikir aku nak sangat cium dia agaknya. No fucking way, okay!" Aku pun kemain lagi menafikan. Sedangkan batangku tadi pun separa tegak juga masa cium dia. Bibir dia manis, aku tak nafikan. "Apapun, jangan bagitau Lily. Mati aku kena pijak dengan high heels dia nanti."
"Mana sedap weyh? Lily ke Adam Aaron?" AD sengaja mencari pasal.
"Kau bukan manusia, AD. Kau seorang babi!"
Beginilah kami bertiga. Setakat babi, sial, kimak, lancau tu semua ibaratkan zikir bagi kami. Langsung tak mengenal erti sentap atau dengki dalam persahabatan. Gurau kasar tu umpama ajinomoto.
"Rayyan!" Suara seorang wanita menjerit jelas kedengaran di telingaku. Memang aku familiar gila dengan suara tu.
Aku menoleh mencari mana punca suara itu. Ternyata ianya datang daripada mama di dalam keretanya. Mukanya memang dah berkerut lagilah menggerunkan aku.
"Mana papa?" Itu soalan pertama yang aku tanya sebelum aku diraifalkan dengan berjuta lagi soalan mama.
"Mama mintak kamu petang ni je. Malam nanti balik rumah papa."
"But why? I behave okay along this week." Biasanya aku hanya akan dihantar ke rumah mama sekiranya aku berkelakuan nakal. Ni aku baik je kut.
"Mama ada nak buat dinner sikit kat rumah. Small gathering of my family and Papa Shahrul punya family."
"I'm invited?"
"Dah tu, you not my son?"
Selama ni bukan nak mengaku yang kau pernah kahwin dengan papa. Sekarang nak mengaku aku anak. Pelik Puan Hana Amanda Marseilla ni!
"So Papa Shahrul adalah ni?"
"Mestilah. Dia plan semua ni."
"Firash?"
"For surelah ada. Rayyan ni tak suka Firash ke? Selalu macamni kalau mama mention nama Firash."
Menyampah maybe? "Not really. Dia tu arrogant kut. Tak reti hormat abang tiri langsung. Ni cucu Anna Nicole kut."
"Alah, Rayyan. Dia adik Rayyan kut. Anak mama jugak. Beralahlah sikit. Dia selalu kata yang Rayyan yang asyik tak nak tegur dia."
"Of course. I abang kan? Uncle Adi dengan Uncle Ari pun tegur sendiri papa. Tak payah tunggu papa say hi." Pukimak punya adik tiri. Kau yang kerek lagi nak kata aku yang bajet. Babi!
"Dah-dah. Ni baju lawa sikit ada tak kat rumah mama. Papa takde kat rumah so kat rumah papa takde orang."
"Mana ada Rayyan letak baju banyak sangat kat rumah mama. Baju lawa semua kat rumah papa dengan kat rumah Singapore je."
Mama mengeluh sekejap. Kemudian aku melihat keretanya memasuki simpang menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur. Yes! Nak bawak aku shoppinglah tu.
"Call Firash, suruh dia naik train sampai KL Sentral. Kita shopping NU Sentral hari ni."
"Do we have to invite him? Tak boleh ke kalau kita berdua je?"
"Rayyan Nuraiman!!!"
"Okay, fine!"
Aku pun mengambil handphone mama dan mula mendail nombor telefon Firash. Sebenarnya aku dan Firash ni sepatutnya sama sekolah. Tapi bulan satu haritu, aku merayu dia untuk cakap kat mama yang dia nak tukar sekolah. Nasib mama deal. Sebab aku tak suka orang kaitkan nama kitorang sama-sama. Benci!
"Hello mama..."
"Ni aku, Rayyan. Kau kat mana?"
"Kat sekolahlah. Tunggu mama ambik. Apa lagi?!"
"Kau kalau aku tanya tu boleh tak jawab elok-elok. Ni, aku dengan mama nak pergi NU Sentral. Kau naik tren eh datang sini. Aku dengan mama tunggu kat food court."
"Laa, Rash takde duitlah, bang."
"Kau jangan nak kencing aku. TouchNGo kan ada. Mama bagi kau RM20 sehari. Takkan dah habis kut!?" Pandai kan aku psikokan kepala ho budak tu.
"Yalah. Sure eh?"
"Sure!"
Panggilan dimatikan. Mama hanya tersenyum memandang wajah aku.
"Rayyan, dah berbelas tahun, Rayyan. Berbaiklah dengan Firash tu."
"I don't hate him. Ada Rayyan cakap?"
"It reflected at the way you treated him, okay. Mama ni bukannya bodoh sangat. Okay, I buy your reason that he is just your adik tiri but still, dia anak mama..."
"Mama, Rayyan penat. Give me a rest, please?"
Aku menyucuk telinga dengan earphone dan mendengar lagu. Mataku dipejamkan dan tangan diletakkan di belakang kepala. Lagu pulak lagu Fall Out Boy, fuh memang layanlah!
Aku tak tahu bila aku terlena tapi yang aku ingat mama kejutkan aku masa kitorang dah sampai kat NU Sentral. Aku dengan muka macam orang tak mandinya, turun dengan pakai baju sekolah je.
"Bawak baju spare tak? Coz tak logik nak masuk NU Sentral pakai baju sekolah."
"Tak bawak. Biar jelah. I'm always too handsome to handle."
Kami berdua masuk ke NU Sentral. Sebelum memulakan sesi membeli-belah, kami pergi menyantap dahulu di food court. Sepuluh minit menunggu, barulah muncul si Firash tu.
"You two duduk sini, mama other makanan sat." Tuu diaa, keluaq dah loghat Kedah mama kita.
Berdua dengan Firash, suasana cukup awkward. Tahu kenapa? Sebab dia ni aku syak bisex. Pernahlah sekali tu aku tidur rumah mama. Bila aku tidur, aku prefer shirtless. Dia suka tenung badan aku kemudian jilat bibir. Seramshitlah siaa. Memang semua lelaki dalam trilogi Teruna ni gay ke hape!? Dey, Daniel Darwisy! Cerita apa kau tulis ni!?
"Abang..."
"Diam! Nanti kalau ada budak sekolah aku nampak, kantoilah kau adik aku."
"Memang betullah, kan?"
"Jangan ingat aku tak tahu rahsia kau eh? Dahlah bisex, taste kat abang sendiri. GF kau tak kata apa ke?"
"Relakslah. Siapa suruh abang hot sangat?"
"Kau babi!"
Dia hanya ketawa. Eeeyai! Aku cukup jaki dengan perangai budak seekor ni. Kenapalah mesti ditakdirkan dia adik aku!? Kenapa!!!???
Tapi bila difikirkan, bukankah aku sudah selangkah ke arah itu? Kalau tak, takkan aku sanggup mencium Adam Aaron dengan penuh penghayatan tadi!? Tapi...
Tak, aku tak gay. Aku tak gay, bukan gay, dan takkan pernah menjadi seorang gay. Aku tak nak jadi macam papa atau Firash. No!
YOU ARE READING
Tampan (Teruna 3)
Teen FictionIf you loved Amir Zakwan's story in Teruna n Jejaka, now read his son's. Rayyan benci gay. Baginya ianya menjijikkan. Tapi apabila dia sendiri dibesarkan dalam keadaan begitu, lagilah dia jijik kepada papanya sendiri. Satu cabaran Truth Or Dare me...