Bab 25

5.8K 147 29
                                    

Picture: Bobby Campo as Amir Zakwan (Ya tohan!!! Kuatkanlah keimanan beta ni...)

Sudah seharian aku berada di hospital itu. Sejujurnya aku malas nak menunggu tapi rancangan pembunuhan yang baik memerlukan disiplin yang tinggi. Well, at least that is what Amy Dunne say in Gone Girl. Yeah, menyampah okey. After all dia buat kat aku sepanjang 16 tahun aku hidup, this is not much payment that I should get.

Aku duduk sahaja di luar bilik wad sambil bermain handphone dan membaca novel Cujo from Stephen King. Entah kenapa otak aku masih membayangkan yang mangsa gigitan Cujo itu adalah seseorang bernama Amir Zakwan. Huh, sebut nama pun aku dah naik jelak and geli dah rasanya. Benci, benci, benci!

Pagi itu, Uncle Adi dengan Uncle Ari datang. Walaupun dorang berdua ni anak-anak Harraz, tapi aku tak kisah sebab dorang ni baik dan yang penting, tak gay macam bapak dorang. Rayyan, kau boleh tak kalau nak bercakap tu, tengok cermin dulu. Whatever! Yang penting dorang baik dan selalu belanja aku makan and tengok wayang. And yeah, dorang kinda hot jugak actually.

"Rayyan, macam mana papa boleh jadi macam tu?"

"Entahlah, Bang Adi. Semalam Rayyan beli nasi goreng favourite papa tu. Sekali tiba-tiba pukul empat pagi macam tu dia semput."

"Ada udang ke dalam tu?"

"Takdelah pulak, Bang Ari. Rayyan punya je yang ada udang. Papa punya takde pulak." Takkanlah aku nak cakap yang aku memang gaul udang dalam nasi goreng dia and pindahkan udang tu dekat aku?! Memang menempah ajal bin maut namanya tu.

"Doktor kata alergik dia yang cause everything tu." Uncle Adi meringkaskan apa yang dikatakan doktor.

"Entahlah, Adi. Kesian pulak kat Abang Amir tu."

"Uncle Fazril dah tau?" Uncle Adi bertanya kepada aku.

"Dah. Rayyan dah inform awal pagi tadi sebelum Uncle berdua."

Mereka berdua mengangguk serentak. Memang sesuai sungguh dua orang ni jadi berkembar. Sebab memang daripada aku kecil lagi, memang dorang ni macam belangkas. Sekolah sama, sekolah berasrama penuh yang sama, kolej dan universiti yang sama sehinggakan tempat kerja yang sama. Memang Adi dan Ari ni pasangan kembar yang serasi. Aku haraplah yang bakal isteri dorang nanti bukan orang yang sama sebab kalau tak, mampuslah noks!

"So dia datang?" Uncle Adi bertanya lagi.

"Datang. Dia gerak from Perak pagi tadi. Maybe tengahari sikit sampailah kut."

Mereka mengangguk lagi. I couldn't say anything other than dorang sangatlah cute sebab apa-apa hal memang sentiasa akan buat bersama. Paling best kalau dorang marah each other. Teruk bagaimana pun pergaduhan tu, pasti end up akan cari satu sama lain.

Dalam dekat pukul sebelas gitu, dorang pun meminta izin untuk beredar. Aku pun mulakan plan aku. Semasa aku masuk ke dalam bilik wad kelas satu papa, aku melihat yang orang tua yang tak seberapa nak tua itu sedang tidur dan berehat. Aku mengeluarkan cellotape dari dalam poket.

First of all, aku menutup segala ruang udara yang ada di dalam bilik itu. Air vent aku tutup. Segala ruang kecil yang ada aku tutup dengan cellotape dengan sangat rapi dan tidak berkedut. Aku siap tiup-tiup sebagai jampi agar ianya menjadi. 

Selepas itu, aku terlihat sebuah suis elektrik yang dicucuk dengan charger pelancau yang aku malas nak ambik kisah since aku malas nak medic as recommended by every teachers in my school sebab aku agak power dalam bio and kimia. Hello, it's my life okay!

Aku kemudian mencari ke mana wayarnya menuju. Kemudian aku alihkan sedikit wayarnya agar menghampiri dengan pintu bilik wad itu. Aku rasa korang sendiri dah tahu apa permainannya kejap lagi kan. Confirm punyalah siapa yang ambik fizik tu dah tahu.

Kemudian, aku mengeluarkan jarum dan mencucuk pada saluran yang membawa gas oksigen ke mulut dan hidung papa. Kedengaran punya 'shhh' menandakan bahawa gas oksigen sudah mula tersebar ke pelusuk bilik itu.

Selepas itu, aku pun keluar dengan pintu yang dibuka sedikit sahaja. Disebabkan bilik wad papa itu di hujung sekali, aku rasa kesannya nanti tak seberapa hebat agaknya. In fact, bukannya gas tu banyak sangat pun.

Sehinggalah...

"Rayyan, papa mana?!" Mama datang menyergah aku yang sedang menunggu di ruang rehat penjaga itu. Firash dan Papa Shahrul pun ada. Nak cerai pun ada lagi muncul dengan mama.

"Dalam bilik wad."

Terus mama menarik tangan Firash menuju ke arah bilik wad itu. Aku tak sempat untuk menghalang apa-apa. Aku mengharapkan orang lain yang menjayakan misi itu sebab yang aku dengar tadi Zahira dengan kakak dia yang nak datang. Bukannya mama.

Jantung aku berdegup semakin kencang ketika mama semakin menghampiri pintu wad papa. Tak henti-henti aku berdoa agar plan aku itu tak menjadi. Atau setidaknya bukan mama menjadi mangsa. Aku sudah mula tidak sanggup untuk melihat.

(Untuk melihat proses sebenar, sila tonton video di bawah)

BOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!

Satu letupan kuat kedengaran. Aku menoleh ke belakang dan melihat api sedang marak menuju ke arah tempat kami berdiri. Sempat Papa Shahrul menarik aku agar tunduk. Aku menutup mata. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?!

Satu bunyi benda jatuh kedengaran. Dan bunyi itu betul-betul di hadapan aku. Siap ada terasa bahang apinya lagi. Aku perlahan bangun dan membuka mata. Papa Shahrul sudah menutup mulutnya di depan benda itu.

Aku bangun duduk dan melihat benda itu dengan lebih teliti. Rambutnya seperti aku kenal warna brunette itu. Bajunya juga seperti aku kenal. Wajahnya walau sudah hangus terbakar tapi aku kenal sangat wajah itu.

"MAMA!!!" Aku mula mahu memeluk mayat yang sudah hangus itu tapi dihalang oleh Papa Shahrul. Tubuh hangus Firash juga tercampak tidak jauh dari mayat mama.

Aku berlari meredah api menuju masuk ke dalam bilik wad papa. Aku melihat tubuh papa sudah rentung dan masih dimamah oleh api. Aku terduduk. Aku langsung tak menjangka apa yang aku lakukan akan menjadi seteruk itu. 

Aku kemudiannya dibawa keluar daripada kawasan itu. Kaki dan tangan aku masih menggigil dan hati aku masih menyesali apa yang baru terjadi sebentar tadi. Mama dan papaku mati kerana sesuatu yang aku sendiri lakukan. Tangan yang mereka keluarkan ketika lahir ini pembunuh mereka akhirnya. Both of them are just 39. Firash just 13. Dahell am I thinking?!

Zahira dan Juwita tiba tak lama kemudian. Melihatkan wajah Zahira, baru aku sedar sesuatu. Aku buat semuanya kerana Adam. Aku bunuh kedua mama papa aku kerana seorang lelaki yang dah pasti takkan bersama dengan aku at the end of the day.

"Rayyan, what is happening?" Zahira berlari memeluk aku yang masih dalam keadaan trauma.

"I lost everything."

"It's okay, sayang. I'm always with you."

Dan aku tak sedar yang tangan aku dah membalas pelukannya semula. Tapi aku nampak sesuatu. Adam dan Ariana sedang berdiri di muka pintu lobi. Melihatkan aku dan Zahira sedang berpelukan, dia memusingkan badannya semula.

Shit! Aku penatlah semua ni...

Tampan (Teruna 3)Where stories live. Discover now