Adam 16
Aku berada di bilik mayat hospital. Aku melihat Adam sedang menangis di suatu sudut sambil ditenangkan oleh Ariana Lancaster dan Alyssa Lancaster. Aku cuba mendekat dengannya. Wajahnya masih merah dan tangisannya masih sedu sedan kedengaran. Aku melutut di hadapannya dan cuba untuk menyentuhnya.
Panas. Panas sangat tubuhnya itu. Tak terdaya oleh reseptor aku untuk menyentuh tubuhnya. Tapi aku tak putus berharap. Aku cuba juga untuk menyentuh tubuhnya itu. Ada sesuatu yang seakan mendesakku untuk terus mencuba.
"Adam..." Aku cuba memanggil namanya. Tapi dia langsung tidak memberi sebarang respon. "Adam..."
"Rayyan, why you did this to me? Where did I go wrong?"
"Sayang, sayang, I'm here. In front of you. I'm talking to you now!!!"
"Why the hell I still hear your voice?! I love you so much, Rayyan!!!"
"Adam, calm down. He's gone! He still love you, I know that." Alyssa Lancaster menepuk-nepuk belakang badannya.
"Adam, I'm here..."
Sekujur tubuh dibawa keluar dari dalam bilik mayat. Adam, Ariana serta ibu mereka berlari mendapatkan tubuh tersebut yang masih di atas stretcher. Turut mengejar tubuh kaku tersebut adalah Uncle Adi dan Uncle Ari.
"Post-mortem kami mendapati bahawa Rayyan Nuraiman telah ditikam di bahagian dada menggunakan pisau. Pisau tersebut telah menikam bahagian kiri dadanya membuatkan jantungnya mengalami kecederaan yang agak serius. Dia meninggal atas kecederaan dalaman yang teruk."
Adam pengsan. Aku melutut di sebelahnya yang sudah tidak sedarkan diri. Tubuhnya masih terlalu panas untuk aku pegang.
Aku tahu aku tak boleh lagi meninggalkannya.
______________Syahid dan AD 18
Aku kini berada di sekolah. Hari ini adalah hari pengumuman keputusan SPM bagi Adam dan rakan sebatchku yang lain.
Dari jauh, aku melihat AD dan Syahid ketawa gembira di satu sudut. Aku berjalan melangkah ke arah mereka. Mereka saling bertepuk tampar dengan satu sama lain.
"AD, if only Rayyan still ada. Mesti dia antara orang yang happy kan sekarang." Aku mendengar Syahid berkata begitu. Langkah aku terhenti di situ.
"Dahlah, babi. Jangan bagi aku emo seorang. Dia bestie kita kan. Confirmlah terasa sial dia takde."
"Tapi kan, AD, aku terfikir jugak. Sedangkan kita ni pun dah separa meroyan hilang si sengal tu, apalah agaknya si Adam Aaron Lancaster tu rasa kan?"
"Tak payahlah bengap sangat. Kan mamat tu sekarang dah under watch from psychiatrist."
Adam gila ke?! Tapi ya jugak. Mana dia? Aku langsung tak nampak kelibat dia since pagi tadi. Mataku mula meliar memandang sekeliling. Mana dia kesayangan aku yang seorang tu!?
"Tapi dia dapat straight A kan SPM ni? Kira gempaklah jugak."
Adam dapat straight A!? Secara tiba-tiba hatiku dijentik rasa terharu. Aku berbangga mempunyai kekasih hati sepintar dia seumur hidup aku. Dia sememangnya bae material.
Tapi again! Mana dia?
"Tadi aku nampak Ambrose Lancaster. Dia kata adik dia tu ada performance hari ni kat Australia. Dia kata only with music, Adam tu akan bertenang. Good for him, I guess."
Wow! Again, Adam membuatkan aku berbangga dengannya. Ya Allah, aku bersyukur kau menurunkan dia kepadaku...
"AD, kalau kau perasan kat arah pukul lima, Zahira tengah jalan ke arah sini."

YOU ARE READING
Tampan (Teruna 3)
Fiksi RemajaIf you loved Amir Zakwan's story in Teruna n Jejaka, now read his son's. Rayyan benci gay. Baginya ianya menjijikkan. Tapi apabila dia sendiri dibesarkan dalam keadaan begitu, lagilah dia jijik kepada papanya sendiri. Satu cabaran Truth Or Dare me...