Bab 14

8.4K 176 20
                                    

Ahad tu, aku memutuskan untuk bersiar-siar dengan motor kesayanganku itu. Sejujurnya, perjalananku hari itu makruh kerana aku tidak tahu mana hala tujunya. Ketika ternampak persimpangan ke perumahan Adam, aku mengeluarkan handphone dan mendail nombor telefonnya. Ianya tidak mengambil masa yang lama sebelum dia menjawab panggilanku.

"Hello..."

"Hello, Adam. I ni. I ada kat playground your residences. Bawak helmet then datang sini."

"For?" It's Adam Aaron Lancaster so it's normal for this short words.

"Alah datang jelah. I bawak you jalan-jalan."

"Hmm k." Again, it's Adam Aaron Lancaster so itu pun dah dikira panjang bagi aku kalau bercakap dalam telefon. Sebab selalunya dia hanya akan balas "hmm, oh, what?, that's good.". Sabar jelah, nak.

Aku mengeluarkan rokok dari dalam poket. Walaupun di era globalisasi ni, banyak rokok elektronik dikeluarkan bagi menggantikan rokok ori, sorry. I go for classic one. In fact, smokers ni lebih beretika (jadah aku guna ayat ni) instead of vaper. Look, kitorang tak smoke dalam bangunan okey! Kitorang tak sembur asap depan muka orang kat public. Yes, aku tahu asap vape tu air but still, it smoke and can suffocate people with asthma. Tulah, dulu cikgu suruh belajar sains pergi ponteng kelas. 

Aku melihat sekeliling kawasan taman permainan itu. Keadaan persekitaran sangat bersih dan terjaga. No, aku tak kata perangai budak-budak situ baik. Kawasan perumahan ni mana ada budak kecil sangat. In addition, mostly budak-budak mana turn on dengan slides and swings ni semua. Dorang lagi turn on dengan Subway Surf, Angry Birds, Temple Run and tak terkecuali, game yang aku dah sampai level 47, Piano Tiles.

Aku kecewa dengan zaman yang aku sedang tinggal ni. Merata kita pergi, kita akan sentiasa melekat dengan gajet. Tak payah nak deny. Time korang tengah baca ni pun, korang buat benda yang sama kan. LOL. Haa maroh maroh!!!

"Sayang..." Seseorang mencuit belakang telinga kanan aku. Aku menoleh dan ianya adalah seseorang yang bukannya Adam. Rosemaria. "Kidding. Tunggu Adam ke?"

"Apa you buat kat sini?"

"Haih, my residences kut. You tu yang patut I tanya. Tunggu Adam ke?"

"Nothing to do with you about who I wait, Rose." Entah kenapa, hati aku mula memasang rasa benci kepada dia ni. Psycho gila kut.

"Clever answer. Really answering. Look, I'm not gonna tweet about it. Banyak lagi benda lain yang I boleh buat okey."

"Then go. You are not welcome here."

"Really?" Dia mengeluarkan handphonenya. Kemudian dia menolak aku ke tiang teratak dan menahan badan aku dengan belakang badannya. Tangannya dijulang dan dia menangkap beberapa keping gambar selfie yang memang pose kami berdua sangat mesra. Reminder: Aku still couple dengan Lily.

"Delete it, Rose!"

"Don't worry. Just for my memories jelah. I won't post it anywhere."

Aku menolak badannya jatuh ke lantai. Pergi jahanamlah nak kata aku dayus ke apa sebab perempuan ni sememangnya psycho. 

"This is all I get, okay. Thank you, Rayyan." Dia hanya senyum. 

Di luar teratak ini aku melihat Adam hanya memandang jengkel kepada kami berdua. Tapi dia tidaklah pula berganjak. Rosemaria kemudian berjalan ke arah Adam dan aku terdengar dia berbisik sesuatu berbunyi, "Enjoy bekas aku!"

Adam hanya menjeling melihat Rose berlalu dari situ. Dia memandang aku dengan penuh hairan. Tapi sebab dia Adam Aaron Lancaster, so he didn't give a fuck about it.

"Where we going?" Kan aku dah kata! He don't give a damn about it.

"PD. Okey?"

Dia hanya memberi isyarat bahu tanda bersetuju. Minimalist sungguh mamat ni bila bercakap. Tapi okey jugak so dia takkan demand nak macam-macam.

Di atas motor, dia memeluk aku seerat-eratnya. Aku juga hanya mampu merelakan dia melakukan sebegitu. Nak kata aku suka, yes jawapannya adalah ya. Pelukan dia tu yang membuatkan aku rasa we really have something. Pelukannya itu mampu bawa aku terbang ke alam yang lain untuk seketika.

Kami berhenti seketika di R&R Seremban since aku belum breakfast dan perut aku dah mula menyanyi lagu Martin Garrix. Adam pula hanya minum dan menemani aku makan. One thing aku suka tentang Adam is, even he less talk but tak pernah pulak dia keluar phone time keluar. Teori aku menyatakan bahawa dia tiada siapa nak text so that is the reason why. Tapi Insta dia ada about 300k followers kut even dia tak pernah letak muka. All there is just suara dia nyanyi for 15 seconds cover and also gambar tangan pegang gitar.

"You okay with me, Adam?"

Dia mengangguk.

"Then kenapa senyap?"

"Not much to talk about."

"I love you..." Sengaja aku memancing.

"You don't have to say I love you to say I love you." Eleh, nak tiru lagu Troye Sivanlah tu.

"You love me?"

"Do I have to?" Dia tersenyum sedikit.

Kami menyambung perjalanan ke Port Dickson. Kami tiba di Pantai Batu 4 dalam pukul satu tengahari gitu. Aku membeli dua Brader Kopi yang ala-ala Starbucks wannabe tu untuk diminum bersama-sama dengan kesayanganku itu.

"I hate Rose." Tiba-tiba dia bersuara. Okay, I know this is gonna be a thrilling talk.

"Why?"

"She think she pretty so all the boys on the block chasing for her. Doesn't she know cheap thing attract more customers?"

Aku mencuit dagu Adam sebaik dia menghabiskan ayatnya. Dia memandang aku serius manakala aku memandangnya siap dengan menongkat dagu lagi sambil tersenyum. Memang penuh menggodalah pandangan aku tu.

"You, I'm serious. You want to see I talked, right?"

"Forget about her. I love you."

Pipinya merah menahan malu. Tangannya memegang tangan aku. Aku mencium tangannya. Oh ya, tempat kami duduk ni agak tersorok sikit so memang takde siapa yang nampak.

"I love you." Aku mengungkapkannya lagi.

"Sometimes, action speaks louder than words. But with you, I think you have done both. I love you too."

"Adam Aaron, since I know you, I knew we had something in common. Please forgive me for all my mistakes before." Aku tak sedar yang air mata lelakiku jatuh ketika aku menyebut kata-kata tersebut kepadanya.

"I don't love you if I don't. I never sleep a night if not when thinking about you. You are all I have in this world anymore after my family. Thank you for accept me in your life even it's late but love never know the late meanings right."

Tumpah lagi air mata. "You are the best damn thing I have in the world, Adam Aaron Lancaster. I love you so much."

"I love you too, Rayyan Nuraiman."

Selepas melihat matahari terbenam, kami pulang semula ke Kuala Lumpur. Selepas menghantarnya ke rumah keluarga Lancaster, aku terus memecut pulang ke rumah mama. Dan apa yang aku lihat adalah Lily sedang memeluk tubuh di hadapan rumah yang tiada orang itu. Maybe mama dengan yang lain keluar kut tapi apa hal si Lily ni sibuk menyemak.

"What is this, Rayyan?!" Dia menunjukkan skrin telefonnya. " know that you ni memang such a bastard!"

Aku melihatnya. Jelas terpampang di situ adalah Instagram Rosemaria dan mengandungi gambar aku dan dia sedang berpelukan tadi. Tanganku mengepal tanda menahan geram. Aku naik semula ke atas motor dan menghidupkan enjin.

"Nak pergi mana pulak tu?!"

Aku memandang garang kepada Lily. "You call it off last week. I ended it now!" Dan aku terus memecut ke rumah Rosemaria.

Such a bitch!!!

Tampan (Teruna 3)Where stories live. Discover now