KAHWIN PAKSA

2.4K 37 1
                                    

Aqisha Kirana sibuk bersolek di depan cermin. Hampir 2 jam dia berdiri di depan cermin sambil berpusing ke belakang dan berpusing balik ke depan. Dia sangat cermat dengan bergaya. Dia tidak suka keluar rumah selagi dia tidak yakin pada dirinya. Dia akan memastikan lengkap kesemuanya, dan barulah dia keluar dari biliknya.

Semasa membuka pintu utama rumahnya itu, Datuk Mustapha menyapa anak perempuannya,

"Aqisha, where you want to go? Come here sit down. I want to discuss something. " ajakkan Datuk Mustapha dan di sebelahnya Datin Laila.

"What pa? Qisha nak pergi party Sarah lah! " Aqisha memberontak.
"I said come here sit" Datuk Mustapha menunjukkan riak wajah yang serius.

"Erghhhhh what????" Sambil menunjukkan tangan menyoal.

Kedegilan Aqisha membuat papanya semakin marah. Aqisha memang seorang yang keras kepala, berbeza dengan adiknya Zahira yang suka membawa bincang.

"Heyy yg Qisha degil sangat ni kenapa? Hah? Papa suruh duduk je, kenapa nak kene degil?"

"Tak, masalah skrg ni papa nak ajak berbincang bukan pada masa yang betul okay? Qisha dah lambat tahu tak?" Aqisha memberontak sekali lagi.

"Kamu nak papa berbincang pasal benda ni dengan cara kasar ke lembut? Pilih yang mana kamu nak?!!" Datuk Mustapha meninggikan suara.

"Sayang, ikut lah cakap papa kamu ni, meh sini meh. " ajakkan mamanya membuat dia terpaksa mengalah. Dia menuju ke sofa sambil menghetak kaki dengan kuat.

"Okay what's the problem? " Aqisha menyilangkan kakinya.

Datuk Mustapha mengeluh kuat. Dia lega kerana berjaya memujuk anaknya bawa berbincang tentang hasrat hatinya.

"Hello paa, Qisha dah lambat, boleh cepat sikit tak? Please don't wasting my time!!!" Aqisha membeliakkan matanya.

"Papa nak kamu kahwin!"

Aqisha terbeliak bagai nak terkeluar kedua-dua biji matanya. Terkejut yang amat!

"What? Kahwin? Are you out of your mind? Dah kenapa pulak papa nak Qisha kahwin pulak ni? Hah? " dia berasa tidak puas hati.

"Aqisha, cuba dengar habis dulu ayat papa kamu ni. Jangan menyampuk please." Teguran mamanya.

"Tak, papa suruh Qisha kahwin? Mama rasa? I'm still young okay? Qisha belum puas lagi nak rasa hidup ni tahu tak?? Ergh!!!" Aqisha memberontak sekali lagi.

"Kamu jangan degil boleh tak??!! Mungkin lusa atau minggu depan mereka akan hantar rombongan meminang kamu. Ini keputusan papa. Lagipun keluarga dia tu baik-baik orangnya. Lagipun umur kamu tu dah 25 tahun Qisha. Apa yang mudanya? Papa percaya, bila kamu jumpa dia besok, kamu mesti suka punya. Trust me okay Sayang? " Datuk Mustapha kembali dengan nada suaranya yang lembut.

"No!!!!!! Kalau Qisha tak nak, means tak nak lah! Okay? Boleh tak hormat keputusan Qisha? Pa, ma apa nih? Tolong lah jgn buat Qisha mcm ni pleasee! I'm begging okay?"

Datin Laila mengalih tempat dari sebelah Datuk Mustapha ke sebelah Aqisha.

"Sayang, kami buat semua benda ni untuk masa depan kamu. Kamu mesti suka punya dengan pilihan papa. okay?" Datin Laila memujuk anaknya sambil mengusap belakang anak perempuannya.

Aku terus berlari ke dalam bilik sambil mata berair. 'What? Aku menangis??' Ergh! Dia sungguh geram dengan sikap desak-mendesak ni.

Dia menghempas pintu biliknya itu.

Sudah tiada mood untuk pergi ke party Sarah. Hatinya sakit kerana ibu bapanya suka mengongkong hidupnya! Baginya, dia sudah besar dan tak perlu hidup mengongkong ni.
'Erghh! Geramnyaaaaaaaa' dengusnya sendiri.

A Pilot and StewardessWhere stories live. Discover now