SEDIH

2.2K 24 0
                                    

Lagu Bruno Mars umpama alarm clock telah mengejutkan Faiz untuk menunaikan perkara wajib. Iaitu solat subuh. Faiz memandang ke sebelah. Memandang ke isterinya yang masih tidur dengan nyenyak. Faiz bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah selesai mengambil wuduk, tiba masanya untuk mengejutkan isterinya pulak.

"Sayang??.." Faiz mengejutkan isterinya dengan suara yang menggoda.

Aqisha masih liat.
"What time is it?" Aqisha bertanya untuk kepastian dengan mata masih tertutup rapat.

"6 pagi. Bangun lah. "
"What?! Omg! Still early lah! Dh lah! I ngantuk. Jangan kacau. " Aqisha masih meneruskan tidurnya. Kacau je mamat ni.

"Sayang, bangun lah. Dh nak masuk subuh ni. Jom kita solat sama-sama? "

Mata Aqisha masih tertutup rapat. 'Ya allah! Dh lama aku tak menyembah padamu. Aku rasa last aku solat maybe 10 years ago. Ya allah! Berdosanya aku.' Aqisha terus membuka matanya dan muka Faiz betul-betul berada di atasnya. Ish! Terkejut aku!  Aqisha terus bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.

"Sayang, ni saya letak telekung dekat atas katil ya? " Faiz meletakkan telekung di atas katil dan membentang sejadah.

Setelah Aqisha selesai mengambil wuduk, dia melihat Faiz sedang membentang sejadah. Aqisha bergegas memakai telekung. Mereka pun bersolat. Faiz mengimamkan Aqisha.

Setelah selesai menunaikan perkara wajib, Faiz menoleh ke belakang dan melihat Aqisha sedang menundukkan kepalanya.

Faiz mendekatkan badan mereka, dan mendongakkan kepala isterinya. Ternyata, Faiz terkejut. Dia melihat air mata Aqisha sedang mengalir.

"Awak kenapa ni? " Faiz bertanya untuk mendapat kepastian.

Aqisha masih menangis. Dia hanya senyap. "A-awak okay tak? A-da apa-apa yang saya buat sampai a-awak menangis mcm ni? " Faiz tergagap-gagap.

Aqisha mendongakkan kepalanya dan memandang ke wajah suaminya. Aqisha mengambil tangan Faiz dan mencium.

"I dh lama tak solat. Last i solat masa i umur 15 years old. Masa tu pun i jarang solat. " Aqisha menerangkan apa yang tersirat di dalam hati.

Faiz mengangguk. Dia faham perasaan itu. Dia pun bukan sembahyang 5 kali sehari. Kadang-kadang cukup, kadang-kadang tak. Faiz meratap wajah isterinya dengan sayu. Faiz membawa isterinya ke dadanya. Sambil mengusap belakang isterinya.

Aqisha hanya akur dengan tindakan suaminya itu. 'Wanginya mamat ni.' Takkan lah aku dh jatuh cinta dkt dia???? No!!! No!!!!!!
Aqisha meleraikan pelukan itu dengan kuat. Dia membuka telekung dan mencampak ke atas sofa. Dia terus berlari ke atas katil dan menyambung tidurnya balik. Dia menyelimuti dirinya sendiri. 'No!!! I can't falling in love with him! No! Aku cuma sayangkan Khel! Aku takkan cinta orang lain selain dia! That's my promise!'

************************************

'Dia ni kenapa?? Kjap okay, kjap tak okay! Minah ni mood tak tentu ke?' Omel Faiz di dalam hati. Sambil menjelirkan matanya ke atas. Faiz menyambung tidurnya di sebelah Aqisha. Dia memandang ke Aqisha dengan hati sayu. 'Please love me darling.'

************************************

"Awak, besok saya kerja tau. Next week baru saya balik ya?? " Faiz memberitahu isterinya sambil menjamah nasi goreng yang dibuat oleh Aqisha. Sebenarnya Aqisha terpaksa memasak kerana dia malas nak pujuk suaminya yang kuat merajuk tu.

"What? Next week? Lamanya you pergi! You pergi mana sampai seminggu you kerja??!" Aqisha terkejut dengan pemberitahuan itu sehinggakan dia hampir tercekik. Tahu lah kerja, tapi takkan lah sampai seminggu???

"Saya kene kerja overtime. Saya kene flight pergi Paris untuk jual produk kat sana. Nak import produk kat Paris. Asal? Takut ke?" Faiz menjongketkan keningnya sambil tersengih.

"What?? Kenapa i nak kene takut? Takpe lah. You nak pergi? Go ahead. And jangan balik dh okay???! Got it?" Aqisha menolak kerusinya dan menghentakkan kakinya sambil berjalan ke bilik muziknya.

Ya allah!! Kenapa dgn aku ni????? What is wrong with me???! Aqisha menghempas pintu biliknya. Aqisha berjalan mundar-mandir. Aqisha mengeluh berat. Aqisha mendengus kuat!

Tabiat Aqisha bila marah ialah bermain alat muzik. Salah satunya adalah piano. Dia suka akan muzik. Faiz telah menyediakan bilik muzik khas untuk Aqisha. Dia pun pelik, macam manalah Faiz tahu bahawa dia suka akan muzik.

Aqisha bermain piano dengan bersungguh-sungguh. Dia bengang. Jadi dengan bermain piano, dia boleh meredakan kemarahannya itu sedikit demi sedikit. Semasa Aqisha sedang khusyuk, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu biliknya itu.

Aqisha berpura-pura tak dengar. Dia bermain piano itu dengan lebih bersungguh-sungguh. Dia menekan keypad itu dengan kuat sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

"Awakkk??? Saya ada kunci spare. Awak nak buka ke tak pintu ni?? "
Aqisha masih tak endah. Dia masih bermain dengan pianonya.

Aqisha melayan alunan muzik itu sambil tutup mata. Dia mahu khusyuk. Tidak  mahu sesiapa mengacaunya.
"Awak?? " Aqisha terpaksa memberhentikan lagunya apabila dia terdengar suara. Aqisha menoleh ke belakang dan melihat Faiz sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu.

"Heyy! Siapa benarkan you masuk ke bilik i ni haa?? " Aqisha bertanya.

"Haik?? Ni rumah saya. So suka hatilah saya nak bukak ke, nak tutup ke. "
Faiz menjawab selamba sambil berjalan ke sisi isterinya. Faiz duduk di atas kerusi yang sudah tersedia khas untuk bermain piano.

Faiz menoleh ke kiri dan tenung ke Aqisha dengan lama. 'Aku tahu kau akan rindu aku. Aku tahu yang kau akan suka aku Aqisha. ' omel Faiz di dalam hati sendirian.

Faiz menekan keypad piano itu sambil bernyanyi. Dia bermain lagu Bruno Mars yang bertajuk When I Was Your Man.' Lahh!! Kau suka lagu Bruno Mars ke??' Omel Aqisha di dalam hati.
Aqisha hanya memerhati segala pergerakan jari Faiz di keypad piano. 'Merdunyaaaa' .

Aqisha memusingkan badannya ke Faiz. Dia memegang tangan Faiz tanda menyuruh berhenti. Mereka bertentangan mata. Aqisha terkaku. Baru dia sedar bahawa mata Faiz berwarna coklat. 'Cantik mata mamat ni'.

"Yes?? Amacam? Sedap tak suara saya?" Faiz mendekatkan wajahnya ke wajah Aqisha. Aqisha terpaksa ke membelakangkan badannya sedikit demi sedikit. Faiz makin dekat dan ia boleh membuat Aqisha jatuh dari kerusi piano itu.

"Arghhhh!" Aqisha menjerit dan Faiz sempat menampung badan Aqisha dari belakang. Faiz betul-betul berada di atasnya. 'Cantiknya mata dia. No!!! ' Aqisha menolak muka Faiz dan terus berlari keluar dari bilik muzik itu sambil menutup mukanya.

A Pilot and StewardessWhere stories live. Discover now