"Sayang.... Bangun lah! Kenapa tidur dekat sofa ni? Wake up sayang..." Faiz menggocangkan sedikit bahu isterinya.
Aqisha masih tidak memberi sebarang respon. Dia membelakangi Faiz dan sempat menarik selimutnya bagi menutup muka. 'Ish menyampah lah dengan mamat ni.' Omel Aqisha di dalam hati.
"Sayang.........." Faiz menarik selimut yang menutupi muka isterinya. 'Aduh, aku tak boleh cair dengan mamat ni. Mati aku!' Bisik hati Aqisha. Aqisha menarik selimut kembali dengan kasar.
"Aqisha....... Kenapa ni? Awak tak suka ke saya datang sini? Saya datang sini sebab terlalu rindu dengan awakk.. Yes! I miss you a lot. Separuh mati saya rindukan awak tau." Faiz meluahkan perasaannya dengan lembut sambil tangan meliar-liar di kawasan lengan dan badan belakang Aqisha yang berlapik dengan selimut.
Faiz menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia berkerut dahi dan pelik dengan emosi isterinya. 'Dia tak suka ke aku datang sini? Minah ni kenapa?' Bisik hati Faiz.
Faiz menarik selimut yang menutupi badan Aqisha dengan kasar dan mencempung isterinya dengan pantas. Aqisha menjerit kerana terkejut dengan perlakuan suaminya.
"Faiz! Turunkan I! I nak turun lah Faiz!" Aqisha meronta-ronta untuk diturunkan sambil tangan kiri memukul dada bidang Faiz. Faiz mengacah-acah untuk melepaskan tangan di belakang paha isterinya tetapi isterinya sempat memaut leher Faiz kerana takut terjatuh.
Faiz mengambil kesempatan dengan mendekatkan bibirnya pada leher Aqisha. Aqisha menggeliat sedikit kerana geli dengan perlakuan suaminya. 'Boleh tahan berat jugak minah ni!' Bisik hati Faiz.
Faiz merenung mata Aqisha dengan lama sehinggakan Aqisha terpaksa memandang ke arah lain. Faiz perasan bahawa mata isterinya sembab. 'Takkan tak cukul tidur? Ke dia nangis?' Bisik hati Faiz. 'Cair habis weyy!' Bisik hati Aqisha.
"Faiz! I tak mandi lagi lah! Turunkan lah I! " Aqisha masih meronta-ronta untuk diturunkan sambil tangan kirinya membuka ikatan tangan Faiz pada belakang pahanya.
"Kalau abang tak nak? Sayang nak buat apa? Hm? I miss you Aqisha.. A lot." Faiz membisik di telinga kanan Aqisha dengan penuh menggoda.
Aqisha menutup mata tanda tidak mahu terggoda dengan godaan Faiz. Dia memandang ke arah lain tanda ingin membenci suaminya sendiri. Lama jugak mereka berada dalam keadaan sebegitu.
Tiba-tiba terdetik hati Aqisha untuk merenung mata Faiz dan yes! Faiz sedang merenungnya. Dan tiba-tiba mata mereka bertentangan. Faiz merenung bibir isterinya yang kering kerana masih belum mandi. Faiz mencuba nasib dengan membawa isterinya ke arah katil dan dibaringkan.
Faiz menindih badan isterinya dan menguak rambut Aqisha ke belakang. Faiz mencium bibir Aqisha dengan lembut. Tidak mahu terlalu rakus. Sebab Aqisha masih datang bulan. Takut tidak boleh menahan nafsunya.
Faiz merenung Aqisha. Faiz menggelus pipi dan di bibir merah Aqisha. "I love you Qish." Faiz meluahkan perasaannya dan mengangkat wajahnya.
"Abang tunggu kat cafe okay? Bye love you. " Faiz mengambil telefon dan membuka pintu hotel.
Aqisha memejamkan matanya menahan sebak setelah Faiz sudah keluar dari bilik hotel. 'Betul ke dia cintakan aku? Ke dia hanya ingin mempermainkan aku? Faiz...... I love you too' Bisik hati Aqisha sambil memegang dadanya tanda sebak. Masih ragu-ragu dengan fikirannya.
Setelah Aqisha usai siap bersolek, dia hanya mengenakan t-shirt, black legging dan boot berwarna merun. Dia menggayakan rambut 'messy bun' dan melilitkan shawl di leher. Dia mencapai telefon iphone6s plus dan menuju ke bilik hotel. 'Simple. Nak sarapan je pun, tak payah lawa sangat. '
Aqisha menuju ke cafe dan mata melilau mencari suaminya. Aqisha ternampak susuk tubuh yang sedang duduk sambil menjamah sarapan dengan tangan tidak berhenti membelek telefon.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...