Suasana malam di persekitran Venice sangat mengujakan. Aqisha menghirup udara yang sangat segar sambil di tangan membaca novel dan meminum kopi. Fikirannya masih tidak fokus akan novelnya. Fikirannya masih terngiang-ngiang akan kata-kata Faiz semalam.
"Ish! Macam mana Faiz tahu pasal Kir? Dia stalk aku ke selama ni? Seram sejuk lah pulak tetiba. Siapa Faiz sebenarnya ni?" Bebel Aqisha sendirian. Aqisha menutup novelnya dan mendengus berat.
Aqisha jadi tidak keruan. Aqisha mengambil keputusan untuk keluar dari hotel bagi memenuhi kehendak perutnya yang sudah berkaraoke. Aqisha memakai baju sejuk yang tebal serta memakai selendang yang dililitkan pada leher. Aqisha memakai boot dan mencapai dompetnya. Aqisha keluar dari bilik dan mengunci biliknya.
Aqisha berjalan perlahan dari keluar lif dan menuju ke lobby. Aqisha berjalan sambil membelek iphonenya tidak henti. Aqisha sibuk mencari kedai makan yang halal di sekitar Venice town ini. Tiba-tiba namanya dipanggil berkali-kali.
"Aqisha!!!!" Aqisha menoleh dan hatinya menjadi malas serta merta. "Nak apa mamat ni?!" Tutur Aqisha perlahan sambil mengeluh berat.
"You nak apa Fad?" Aqisha menjawab dengan nada malas.
"You nak pergi mana Qish?" Fadhil bertanya sambil tersenyum nipis.
Aqisha berkerut dahi. 'Suka hati je panggil aku Qish!' Bisik hati Aqisha.
"Siapa benarkan you panggil i Qish ha? I nak pergi mana pun, it's none of your bussiness lah Fad. " kaki Aqisha berjalan dan Fadhil menahan badan Aqisha dengan tangannya.
"Wait lah Qish. You ni sombong sangat lah. Okay, cuba you bagitahu i you nak pergi mana. Boleh lah i teman as a friend. Please..." Fadhil merayu sambil mata terkebil-kebil.
"Ish, you ni pekak ke? I tak perlukan you. I can handle it by myself. Thanks." Aqisha masih berjalan tanpa mempedulikan Fadhil yang muka sudah menjadi muram. Aqisha menoleh dan melihat Fadhil sudah berdiri kaku dengan muka menunduk.
'Ish suka buat aku rasa bersalah tau!'
Bisik hati Aqisha."Ish yelah! Cepat lah! I lapar tahap babun ni! " Aqisha memanggil Fadhil yang sudah merajuk. Fadhil tiba-tiba berubah menjadi gembira dan berlari keanak-anakan ke arah Aqisha.
Mereka mencari restoran yang menghidangkan makanan halal. Memang susah jugak sebenarnya nak mencari makanan halal di negara Eropah ini. Aqisha masih tidak berputus asa. Setelah 30 minit berpusing di sekitar Venice ini, akhirnya mereka senyum riang. Jumpa jugak kedai yang mereka inginkan iaitu d'Halal Restaurant.
Aqisha memesan Beef Soup with Mee Hun serta hot Chocolate manakala Fadhil memesan Fried Rice Pattaya beserta dengan Nescafe Tarik. Aqisha menjamah supnya dengan asyik. Malam-malam makan sup sedap gila wey!
"Qish, abang you apa khabar?" Fadhil memulakan berbicara bagi memeriahkan suasana yang sunyi.
"Abang? I mana ada abang. " Aqisha menjongketkan keningnya sambil menghirup supnya.
"Masa you flight yang terserempak dengan i tu? Tak ingat? " Aqisha masih menggelengkan kepala tanda betul-betul tak ingat sambil sibuk menjamah supnya.
"Alaa yang abang you salam tangan dengan i tu masa dah nak flight tu. Haa yang you both nak flight pergi Beijing. Remember?" Fadhil masih bertanya sambil tangan tidak henti menjamah nasi gorengnya.
'Abang? Beijing? Selama aku hidup 25 tahun, sejak bila pulak aku ada abang ni? ' omel Aqisha di dalam hati.
"Qish, you dengar tak i cakap apa ni?" Fadhil memetik jari di depan mata Aqisha.
"I heard you. Seriously i tak ingat Fad. I mana ada abang. You cakap apa ni?!!" Aqisha berkerut dahi. Dia masih tidak ingat. Akhirnya Aqisha meletak sudu dan garfunya dan menumpukan perhatian terhadap pertanyaan Fadhil.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...