MESEJ

1.8K 28 0
                                    

Aqisha bangkit dari tidurnya. Dia membelek telefonnya. Tak sangka baru pukul 6 am. Tak pernah dia bangun seawal itu. Dia bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Dia memakai telekung dan membentangkan sejadah.

Setelah usai solat, tanpa dia membuka telekungnya dia terus membelek telefonnya kembali. Dia membeliakkan matanya. Faiz whatsapp aku? Dia melompat dengan riang yang sedang memakai telekung. Dia merenung mesej itu.

Awak sihat? Sorry i'm little bit of busy here. Sejuk lah kat sini sayang. Don't worry about me. Hehe, i'm fine here. Tapi saya sakit lately ni sayang. akit winduu.. Goodnight sweetheart. Muah love you.

Aqisha tersenyum. Dia memejamkan matanya. Rindunya... Dan dia tak sangka, dia hampir menitiskan air matanya. Terlalu rindu.

Aqisha segera membuka telekungnya. Dia membalas mesej itu. Dia tersenyum. Dan dia bergegas ke dapur untuk memasak sarapan. Bihun goreng pun sedap gak.

Dia memulakan sesi memasak. Dia memakai apron dan memasak.

Setelah usai memasak bihun goreng, masa untuk hidangkan. Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor mamanya sambil menjamah bihun goreng itu.

"Hello?" Aqisha memulakan bicara.
"Yes darling? " Datin Laila membalas.

"Mama sihat? Qisha fikir nak pergi rumah mama harini. Qisha boring kat rumah ni sorang-sorang. " Aqisha sekadar tanya khabar.

"Oh, i'm fine here as well. Sure you can coming here darling. Rumah ni still rumah Qisha kan? Kenapa nak ask permision? Mama pun boring ni. Zahira and papa outstation pergi JB for new project with Zafa Holdings. Faiz mana Qisha? " Datin Laila membalas. Hampir dia menitiskan air matanya. Menahan rindu yang teramat pada anak perempuan sulungnya.

"Faiz flight ma.. Okay, i'll be there in 30 minutes kay? Bye mama." Aqisha mematikan talian itu. Dia sebak apabila mamanya bertanya tentang menantunya.

Selepas usai menjamah makanannya, dia terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas bersolek, dia terus ke ruang tamu untuk mencari kunci rumahnya. Aduh! Mana pulak kunci aku ni?? Dia mencari ke serata rumah. Dia membuka laci di kabinet televisyen.

"Yes! Jumpa pun!" Aqisha mengambil kunci itu dan dia terlihat sesuatu di bawah kunci itu. Aqisha membeliakkan matanya. 'Ni bukan gambar aku masa kecik ke?' Lama Aqisha perhatikan gambar itu.

'Jangan cakap dia mantera aku sejak kecil' omel Aqisha di dalam hati.

Dia mengambil gambar itu dan memasukkan dalam dompet itu. Dia keluar dari rumah itu dengan pantas. Dia berjanji dengan mamanya dalam masa 30 minit dia akan datang, tetapi sekarang hampir 45 minit kerana kuncinya yang hilang tadi.

Aqisha memandu dengan laju seperti biasa. Aqisha masih memikirkan tentang hal tadi. " Kenapa gambar aku masa kecik ada dalam rumah dia?" Aqisha bertutur sendirian.

Sudah tiba di kediaman rumah mamanya. Aqisha memarkir keretanya. Dia keluar dari perut keretanya dan menuju ke pintu utama rumah banglo itu.

"Assalammualaikum. Mama?" Aqisha memanggil Datin Laila.

"Ya allah. Mama risau tahu tak? Cakap tadi 30 minit je. Mama tunggu lama tau sayang." Datin Laila menghulurkan tangan kepada anak sulungnya. Aqisha menyambut dan menyalami tangan ibunya.

"Sorry ma, tadi Qisha kemas rumah sikit." Aqisha membalas sambil tersengih.

"Dah jom jom makan. Mama masak favourite Qisha tahu tak? Have a seat." Datin Laila menarik kerusi untuk anaknya.

Aqisha duduk dan mengambil pinggan yang dihulur oleh Datin Laila.

"Ma? Sorry kalau Qisha dah lama tak datang sini. Qisha dah kahwin sebulan dah dan sebulan lah Qisha tak datang sini. " Aqisha menahan sebaknya.

"Ya allah. It's okay. Janji Qisha happy." Datin Laila senyum kembang. Rindu dengan anak perempuannya.

"So sayang, bila nak bagi mama cucu?" Datin Laila menukar topik. Terlalu sebak jika diimbas.

"Haik? Mama? We both busy lah ma. Takde masa nak jaga anak ni." Aqisha bertutur sambil menjamah makanan kegemarannya.

"Haha, kalau dah beranak, bagi lah mama jaga. Aqisha still nak kerja ke? Tak nak quit stewardess? " Datin Laila menjongketkan keningnya.

"What? Mama.. Mama tahu kan, this is my ambition from i small. So memang berat hati gila kalau Qisha nak quit ma.." Aqisha sudah tiada mood. Dia menuju ke sinki dan membasuh tangan.

"Aqisha? Relax lah. I'm just joking okay? Takkan lah mama nak gurau sikit dah tak boleh? " Datin Laila seakan-akan memujuk anak sulungnya.

" sorry ma.. Lately Qisha macam asyik-asyik badmood je. I don't know what's wrong with me. Ma? Boleh tak Qisha nak naik atas dulu? Nak baring jap. Penat gila." Aqisha menerangkan hasratnya.

"Pergi lah sayang. " Datin Laila hanya senyum tawar.

Aqisha menaiki tangga. Dia masuk ke biliknya. Rindunya.!! Aqisha merebahkan badannya ke atas katil. Aqisha melelapkan matanya. Penat!

************************************

Mikhel dan Fassih menuju ke kedai yang menjual macaron. Memandangkan harini ialah hari terakhir di kota Paris ni,  Fassih membeli sedikit cenderahati dan macaron untuk dibawa ke Malaysia. Mikhel memeriksa telefonnya. 'Mana tahu dia balas' omel Mikhel di dalam hati.

Yes! Ada satu mesej daripada 'My Wife' .

Waalaikummusalam. Hehe. Salam mana? I sihat. It' okay. You memang suka tinggalkan i sorang-sorang kat rumah ni. Sejuk? Dalam bilik ni lagi sejuk. Sakit windu? Haha.. I tak boleh nak tolong lah kalau you sakit rindu. Bila you nak balik? I rindu nak gaduh dengan you lah Faiz. Hehe. Imy

Mikhel membeliakkan matanya. IMY? I miss you??? Mikhel tersenyum melihat mesej itu. Mikhel memejamkan matanya. 'I miss you too Aqisha.' omel Mikhel di dalam hati.

Mikhel membalas mesej itu. Mikhel senyum.

"Woi! Apa senyum-senyum ni? Haha, nampaknya dah berbaik dengan bini ya Encik Mikhel? " perli Fassih.

"Nampaknya begitu lah. " Mikhel senyum kembang hingga ke telinga.

"Wey jom ah. Pergi sana. Aku lapar ni.. Ni kau punya macaron. It's okay aku belanja. Bagi dekat Mrs. Faiz yang dekat rumah tu. Hopefully dia akan sayang kau sampai bila-bila. Amin" Fassih mengaminkan kata-katanya. Mikhel jugak mengaminkan nasihat kawan baiknya.

"Haha amin. Thanks. You're the greatest friend ever. " Mikhel memeluk leher kawan baiknnya itu.

Mereka menuju ke salah sebuah kedai makan islam. Masing-masing fokus menjamah makanan.

Setelah usai mengisi perut, mereka balik ke hotel. Masing-masing sibuk mengemas barang untuk balik ke tanah air. Mikhel mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak. Fassih mengimamkan Mikhel. Setelah usai solat, mereka merebah badan ke atas katil.

Mikhel memejam mata. 'Besok aku akan balik sayang.' Dan akhirnya masing-masing tidur dengan lena.

A Pilot and StewardessWhere stories live. Discover now