Mikhel dan Fassih menunaikan solat subuh dengan khusyuk. Mikhel mengimamkan Fassih.
Selepas usai solat, masing-masing membersihkan diri. Fassih mencadangkan selepas pukul 11, mereka ingin keluar makan atau membeli cenderahati untuk dibawa ke Malaysia dan bersiar-siar di Eiffel Tower.
Sesudah keluar dari hotel, mereka menuju ke salah sebuah restoran melayu untuk bersarapan. Nama kedai itu "Malay's Food" (hanya rekaan semata-mata). Mereka berdua memesan nasi lemak lauk ayam dan Kopi untuk Mikhel serta Nescafe untuk Fassih.
Sambil menunggu makanan, Fassih cuba memulakan bicara.
"Haa, haritu kat airport, kau cakap kau gaduh dengan bini kau? Betul ke?" Fassih bertanya untuk menolong kawan baiknya.
Mikhel angguk. "Susah lah nak cakap. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku dah try sweet-sweet dengan dia, cakap baik-baik, aku layan dia macam princess tahu tak, apalagi yang dia nak sebenarnya?? " Mikhel meraup wajahnya.
"Boleh tak kalau aku nak tahu sebab apa?" Fassih cuba nasib.
Mikhel menunjukkan riak wajah yang serius."Tak, macam ni. Aku cerita satu-satu okay? Haritu aku bawak dia pergi makan kat luar, fikirkan nak pujuk lah sebab aku kan nak flight, aku tahu dia tak berani duduk sorang-sorang kat rumah. Then, aku bawak lah dia pergi makan kat hotel 5star jugak ar. Then aku pergi tandas. Srsly aku tak tahan gila nak berak masa tu." Mereka gelak bersama-sama.
Fassih angguk tanda faham atas situasi itu.
"Pastu??" Fassih kembali serius.
Mikhel kembali dengan riak wajahnya yang serius."Pastu lepas aku keluar dari tandas, aku tengok dia dah takde kat table makan tu. Pastu boleh pulak hilang macam tu je, aku pun balik lah. Aku risau gila kott, yelah mana taknya, macam mana dia balik?? Sedangkan dia tak bawak purse pun masatu. Aku nampak dia bawak phone dia je. Pastu aku pun balik lah. Dalam 30 minit jugak aku tunggu dia. Bila dia dah balik, buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku tak tahu ar apa masalah dia. Aku dah lah pening masa tu, dia pulak buat hal. " Mikhel meraup wajahnya berkali-kali."Okay macam ni, apa kata kau cuba slow talk baik-baik dengan dia? Tapi Aku dengar yang dia tu degil orangnya. Pastu aku just nak tahu, dia tahu tak yang kau ni kawan baik dia masa kecik dulu? " Fassih bertanya untuk mendapat kepastian.
"Hey, takkan lah dia tak cam muka aku kot? Aku kawan dengan dia lama au, bukan baru semalam. " Mikhel menjawab dengan muka yang selamba.
"Hello! Dulu kau sendiri yang nak tunaikan janji kau dekat Kir. Bila dah kahwin, macam ni pulak? Wey, kalau dia marah-marah macam tu, maknanya dia tak tahu lah tu. Kalau dia tahu, besok atau lusa dia dah mengandung dah. Korg dah happy dah. Tahu tak? So means that yang dia tak tahu. And cara penyelesaiannya ialah you should to tell to her. That's it. " Fassih menerangkan pendapatnya.
"Tak, perangai dia yang jual mahal, tak boleh nak bawa berbincang, and satu lagi belagak gila. Kir yang aku kenal tak macam ni lah. Dia berbeza gila. Aku rasa macam aku kahwin dengan orang yang salah. " Mikhel menjawab dengan riak wajah yang hampa.
"Wey, kau tak boleh nak macam ni. Benda ni boleh bawak bincang. Kalau dia tak nak ikut cakap kau, kau kene guna cara kasar lah. Tapi jangan pulak kau sepak dia ke apa. Tu lelaki dayus pulak. Cakap baik-baik. Alaa tak rugi apa-apa pun." Fassih seperti guru kaunselor. Mikhel ketawa kecil.
"Kau pahal gelak? Aku tak buat any jokes eh? " Fassih kembali dengan wajah yang serius.
"Hahaha, kau sedar tak yang kau boleh jadi cikgu kaunselor? Ataupun kerja jadi kaunselor untuk rumahtangga yang bercerai-berai ni. Haha" Mikhel ketawa besar.
"Weyy, jap. Kedai ni satu lagi. Dari tadi lambat sangat makanan sampai lambat ni apahal? Aku dah lah lapar sangat ni. Haih. " Mereka serentak mencari makanan yang dipesan tadi.
"Wey, Fassih. Kau rasa perlu ke aku bagitahu dia pasal kerja aku? Eh tak! " Mikhel menggelengkan kepalanya. 'Dengan perangai kau macam ni, memang takkan lah aku bagitahu kau perkara sebenar.' Omel Mikhel di dalam hati.
"Wey, buat masa sekarang, kau kene sabar dengan perangai dia. Jangan sesekali marah dia. " Fassih cuba menenangkan kawan baiknya.
Makanan yang telah dipesan telah sampai. Mereka menjamah makanan itu dengan selera.
Selepas usai menjamah sarapan, mereka pergi ke Eiffel Tower. Untuk mengambil beberapa gambar disini untuk kenangan. Semasa perjalanan ke Eiffel Tower, Mikhel ternampak beberapa Butik Pandora. Mikhel tahu bahawa Aqisha memang suka akan benda yang berjenama Pandora. Baginya sangat berkualiti.
"Wey, jap! Aku nak masuk kedai ni dulu. " Mikhel memasuk ke dalam kedai itu. Sangat rambang mata. Terlalu banyak pattern.
"Yes sir. May i help you? " Staff itu menyapa Mikhel.
"Yes, i need your help. I'm looking for something sweet and cute. No cares about the price, but make sure the pattern is very sweet and cute. Any suggest? " Mikhel menerangkan citarasanya kepada pekerja itu.
"Oh, you looking for neckless, bracelet or ring sir? " Wanita itu bertanya lagi.
"All. I want them all. Would you give me any suggest?" Mikhel bertanya. Dia memang akui yang dia tidak reti untuk memilih barang -barang berkenaan dengan perempuan.
"Okay, maybe this pattern. Hope you like it. " Pekerja itu menunjukkan set itu. Memang semua ada dalam kotak itu. Mikhel tersenyum tanda suka.
"Okay, pack this for me. I want this." Mikhel mengeluarkan kad kreditnya.
Boleh tahan mahal jugak. Nak tak nak kene beli jugak. Kene pujuk makcik kat rumah itu. Kalau tak, sampai bila-bila dia tu merajuk.
Mikhel keluar dari butik Pandora itu. Dia mencari kelibat kawan baiknya. Mana Fassih ni?
Mikhel terlihat Fassih sedang membelek buku-buku serta majalah yang dijual di tepi jalan itu. Mikhel memeluk badannya. Menahan sejuk.
"Woi, jom ah. Sejuk ni. " Mikhel menepuk bahu Fassih dari belakang.
"Jap, aku nak beli buku ni untuk adik aku. " Fassih mengeluarkan beberapa not untuk membayar.
"Dah, jom ah. " Fassih menepuk bahu Mikhel pula.
Mereka bersama-sama menuju ke Eiffel Tower. Sesudah sampai di Eiffel Tower, mereka mengambil beberapa gambar. Mikhel tetiba ingat pada isterinya.
Mereka nekad untuk balik ke hotel. Mikhel melihat jarum di jamnya. Tak sangka sudah pukul 7 malam.
"Woi, jom ah. Dah pukul 7 dah ni." Mikhel mengajak Fassih supaya balik ke bilik hotel.
Masing-masing membersihkan diri. Mikhel membelek telefonnya. Dia sempat menghantar mesej kepada Aqisha. 'Tak balas pun, mungkin dah tidur kot.' Mikhel menarik selimut ke paras dada dan melelapkan matanya.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...