RINDU

3.3K 23 2
                                    

Aqisha telah memaklumkan kepada Pihak Pengurusan MAS bahawa dia terpaksa balik sendiri. Dia memberi alasan bahawa dia terpaksa balik kerana ada kecemasan. Tapi sebenarnya tak mahu untuk terserempak dengan Faiz. Dia ingin Faiz yang kejar dia. Dia harus balik ke Malaysia pada harini jugak. Dia segera mengemas beg luggange. Dan mengambil teksi untuk menuju ke Airpot.

Aqisha berjalan dengan langkah yang besar. Dia toleh ke kiri dan kanan. Mampus kalau terserempak ni. Dia harus berjaga-jaga. Dah macam pembunuh bersiri dah. Haih! Aqisha menuju ke pemeriksaan passport dan tiket. Aduh polis ni handsome lah pulak.

"Okay you may go miss" arah Polis kacak itu. Aqisha hanya memberi senyuman. Huish! FAIZ! I love Faiz. No! no!

Aqisha terus berjalan tanpa memperdulikan polis itu. Tiba-tiba telefonnya berdering tanda panggilan masuk. Dia melihat di  skrin telefonnya. Nama ni lagi! Takde nama lain ke? Asyik mamat ni je. Haih Faiz Faiz.

"Call lah banyak kali pun, kau fikir aku nak angkat? Baru kau tahu siapa Aqisha Kirana." Aqisha bertutur ke arah skrin telefonnya dengan perlahan. Kang cakap kuat-kuat, orang cakap gila pulak!

Aqisha mendengus dengan berat. Dia menuju ke landasan kapal terbang. Semasa dia menuju ke tangga kapal terbang, dia menoleh ke arah bangunan-bangunan yang terletak di belakang Airpot. Dia memejam mata tanda sedih kerana meninggalkan suaminya sendirian di Venice ni.

'Iam sorry Faiz. I nak you yang kejar i. Sebab selama ni i rasa tertipu dengan suami i sendiri. Sorry Faiz. ' tutur Aqisha di dalam hati.

Aqisha terus menaiki tangga kapal terbang. Dia mencari tempat duduknya sambil menyeka air mata yang jatuh dengan deras. Aqisha mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan tingkap. Dia merenung ke arah tingkap sambil merenung ke kota Venice yang kecil dari jauh.

***********************************
Faiz memandu keretanya sambil kepala menoleh ke kiri dan kanan luar tingkap. Dia mencari kelibat isterinya. Tangan kirinya tidak lari dengan telefon yang asyik menelefon isterinya. Tiba-tiba dia terlihat pada susuk tubuh yang semirip dengan isterinya. Dia keluar dari kereta, dia menepuk bahu perempuan itu.

"Yes???" Tegur gadis itu apabila ditoleh ke belakang.

"Opss sorry, i thought you was my wife" Faiz senyum kelat dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Buntu tidak tahu dimana dia ingin mencari isterinya lagi. Pencarian itu sehingga malam sehinggakan bawah mata Faiz bertukar menjadi hitam akibat terlalu penat dan lesu.

Faiz mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel dan berehat kerana besok dia akan ditugaskan untuk mengganti Kapten Aidil untuk terbang terus ke Turkey. Dia mengeluh berat.

Selesai mandi, Faiz memesan makanan dengan menekan butang di telefon di dalam bilik hotel itu. Perutnya sangat lapar. Dia memerlukan sesuatu untuk mengalas perut. Dia memesan Mushroom Soup, Garlic Bread dan Ice Lemon Tea. Dia tiada selera untuk memakan benda yang berat.

Selesai makan, dia mengambil keputusan untuk tidur. Badannya sangat penat. Dia memerlukan tenaga untuk bekerja esok.

"Goodnight Kir" tutur Faiz sebelum tutup mata.

************************************
Memandangkan cuaca di Malaysia berbeza di Venice, kerana di Malaysia sekarang pagi. Manakala di Venice, sekarang adalah malam. Aqisha merenung gambar Faiz yang berada di 'photo' pada Iphonenya.

"Goodnight Faiz." Lalu dia mencium skrin telefonnya. Aqisha merenung ke tingkap kereta teksi. Dia menyeka air matanya dengan laju. Takut pak cik teksi ni perasan pulak.

Aqisha mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mamanya. Dia sangat rindu akan ibu bapanya.

"Assalammualaikum" Aqisha memberi salam dan membuka kasut.

"Waalaikummusalam." Jawab mamanya yang sedang sibuk menyelak majalah. Mungkin dia tidak perasan. Apabila mamanya beralih mata ke arah pintu utama, dia terkejut.

"Ya allah! Anak mama! Aqisha, mama rindu Qisha sangat-sangat!" Datin Laila memeluk anak perempuannya dengan erat. Datin Laila meleraikan pelukan dan merenung mata anaknya. Dia tidak dapat tahan dan menangis di depan anak perempuannya.

"Eyy apa mama ni! Nangis macam budak kecik ni. Mama? Ni Aqisha ada ni depan mama kan? Dah lah tak yah nangis." Aqisha menyeka air mata ibunya dengan lembut.

"I miss you a lot baby" Datin Laila memeluk anak perempuannya kembali.

"Eyyyy, ma? Ish stop it lah ma" Aqisha meleraikan pelukan dan gelak ketawa bersama ibunya. Aduh dah start dah! Dah macam dalam cerita bersamamu pulak! Menangis bagai!

"Haa ni datang sorang je ke? Mana Faiz?" Datin Laila menyoal akan anak perempuannya. Aqisha sudah berubah mukanya. Dia cuba mencari alasan.

"Tah, dia flight kot." Aqisha mengambil beg luggangenya dan dibawa ke atas bilik.

"Aqisha!!! Kot? Qisha tahu kan mama tak suka dengan perkataan KOT kan?? Kenapa ni? Qisha gaduh dengan Faiz eh?" Datin Laila memarahi anaknya yang tidak pernah berubah sikapnya yang angkuh dan sombongnya itu.

"Ma? Aqisha cerita nanti lah. Qish penat. Qish nak minta kebenaran nak duduk sini buat sementara boleh tak? Please ma?" Aqisha merayu kepada ibunya.

"Haih, yelah. Ni pun rumah Aqisha. It's up to you. Tapi Qisha kan dah ada suami. Ni Faiz tahu tak Qisha nak duduk sini? Dah bagitahu di dah?" Aqisha menggaru kepalanya.

"Dah. Dia tahu. Okay Qish nak mandi dulu kay? " Aqisha menarik beg luggagenya. Dia merindu akan biliknya. Dia merenung bilik tidurnya yang masih rapi dan kemas. Di sinilah banyak kenangan dia bersama Faiz. Aqisha memejam mata tanda sebak. I miss you Faiz.

Aqisha menangis apabila dia melihat gambar Faiz pada meja di tepi katilnya. Dia tidak kuat untuk menempuhi semua ini. Tiba-tiba dia terasa dengan kata-kata Fadhil, "Abang you akan pilot"

Dia hanya anggap aku adik dia selama berkahwin 8 bulan ni?? Sedangkan aku anggap dia selama ni suami aku. Cuma aku tak nak hebohkan sahaja di office. Tidak mahu semua orang tahu bahawa dia sudah berkahwin.

Aqisha menangis teresak-esak di atas katil. Terlalu sedih dan sebak. Dia tidak pernah menangis kerana lelaki sebelum ini. Dia terlalu cintakan Khel sampai dia sanggup tolak cinta Fadhil. Dan sekarang dia terlalu cintakan Faiz. Dan lupakan Khel. Aqisha mengeluh berat.

"Aku tak sepatutnya cintakan mamat bodoh tu! KHEL!!!! WHERE ARE YOU??!" Aqisha menangis sambil memegang lututnya di atas katil. Aqisha mengambil sekeping gambar di dalam dompetnya. Dia merenung gambar itu dengan sebak.

"Khel, mana awak? Awak tahu tak saya rindu awak. Sepatutnya awak yang kahwin dengan saya, bukan mamat bodoh tu. Awak dah janji dengan saya Khel... Saya minta maaf, sebab tak tunaikan janji kita. Saya dah jatuh cinta dengan suami saya. Saya sepatutnya cintakan awak sampai mati Khel. I really love you, but i need to love my husband." Aqisha merenung gambar Khel itu dengan sebak dan sedih. Aqisha menyeka air matanya dengan laju.

"Kenapa aku kene menangis pasal mamat bodoh tu?? What the HELL! Lepas ni, aku takkan menangis lagi pasal kau Faiz." Aqisha nekad. Dia tidak mahu menangis sebab benda yang kecil sahaja.

"GO TO THE HELL!" Aqisha laju menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

A Pilot and StewardessWhere stories live. Discover now