Selesai membeli belah sebentar tadi, mereka mengambil keputusan untuk balik ke hotel dan bersiap untuk menjamu selera. Faiz mempunyai plan tersendiri. Dia ingin membuat candle light dinner khas untuk isteri tersayang. Faiz meletakkan sebuah baju gaun paras lutut yang berwarna putih cream di atas katil serta sebuah nota . Aqisha pula sedang sibuk membersihkan diri di dalam toilet. Jadi Faiz memgambil peluang untuk keluar dahulu dan menyiapkan apa yang patut.
************************************
Aqisha keluar dari bilik air dengan hanya berkemban. Semasa dia ingin membuka almari, dia perasan akan sebuah baju gaun yang terbaring di atas katil. Dia menuju ke katil dan melihat ada sebuah nota yang tertulis
Awakkk, pakai dress ni ya? Saya tunggu di lobby.
Aqisha tersenyum kecil. Cantik! Dia mengambil baju itu sambil membelek-belek di badannya. Okay jugak! Hehe!
Aqisha menyiapkan diri memang memerlukan masa yang agak lama. Sebab dia ingin kelihatan cantik pada pandangan semua orang di sekelilingnya.************************************
Semasa Faiz sedang membelek telefonnya, Faiz melihat kelibat seorang wanita yang dia idamkan selama ini menuju ke dia. Faiz tercengang! Terbeliak! Ya allah! Sungguh indah ciptaan-Mu! Cantiknya! Baju yang dia pakai itu sangat padan dengan badannya yang agak ramping.
"So? How was i looked? Okay or not?"
Faiz masih kaku. Dia sangat terkejut!Aqisha memetik-metik jarinya ke mata Faiz.
"Faiz? You okay or not? Shall we?"Baru Faiz cuba hilang dari mengelamunnya.
"Haa, okay okay jom jom!" Faiz menyuruh isterinya memaut lengannya. Aqisha membuat muka. Dia terpaksa akur dengan perintah suaminya.Aqisha perasan Faiz memakai rantai. Tetapi dia memasukkan rantai itu ke dalam baju kotnya. Lama juga Aqisha tenung ke rantai itu.
Faiz menoleh ke kiri,
"Pandang apa? " dengan nada suara yang menggoda sambil sengaja mendekatkan mukanya ke muka Aqisha."Nothing." Aqisha menoleh ke depan balik. Malunyaaaa.. Dia pakai rantai?? Hahaha!! Macam perempuan.
Sampai di suatu tempat penuh dengan pokok bunga ros, Faiz cuba menutup mata Aqisha dengan kain berwarna merah. Dia membisik ke telinga Aqisha, " i love you~"
Sambil itu Faiz memimpin tangan Aqisha ke meja makan. Faiz membuka kain mata Aqisha setelah sampai di meja makan.
Setelah membukanya, tiba masanya Aqisha pula yang tercengang. Aqisha melihat sekelilingnya. Wowwww!!
Pergh!!!Cantiknyaa! Meja yang berada di tengah tasik. Hanya 3 buah meja yang berada di situ. Meja dan kerusi yang disusun dengan rapi, ditengahnya ada lilin panjang serta kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah meja sambil bermain violin. Mungkin lelaki itu diupah oleh Faiz. Dia memainkan lagu klasik. Sangat menyentuh hati. Takkan dia buat semua ni???! Banyaknya masa dia buat semua benda ni. Haha!
Faiz menarikkan kerusi untuk Aqisha. Aqisha mengambil tempat duduknya. Semasa Aqisha ingin membetulkan bajunya yang tersangkut pada punggung, tiba-tiba Faiz merapatkan mulutnya pada telinga Aqisha dan membisik sesuatu.
"Close your eyes darling~"Aqisha akur. Dia pun tak tahu kenapa pada malam itu dia sangar tenang dengan segala perbuatan suaminya. Satu pun dia tak membantah! Dengan mudah menerima semuanya.
Aqisha merasa ada sesuatu yang dipasang di lehernya. Setelah Faiz menyuruhnya membuka mata, Faiz kembali mengambil tempat duduknya. Dia duduk sambil memerhati isterinya.
"Cantik tak rantai itu?"
"Kenapa rantai i ada huruf F? Nama i Aqisha Kirana. Takde pun huruf F dekat nama i. "Faiz tergelak. Muka je cantik, tapi tak beberapa cekap sangat. Haha!
"Hello! Apa yang lawaknya?" Aqisha pun terikut gelak sekali. Dia pelik.
"Haha, tengok ni. Ni rantai saya ada huruf A. A bermaksud Aqisha dan F bermaksud Faiz. Sekarang faham?" Faiz mengeluarkan rantainya dari kotnya. Ouhhh baru faham!
"Oooouuuu... Hm okay!"
Boleh tahan jugak dia punya sweet! Haha!! Ni boleh cair ni.
Mereka berborak tentang macam-macam perkara pada malam itu. Aqisha hanya menjawab bila Faiz bertanya. Moodnya tiba-tiba berubah apabila seorang perempuan yang agak cantik juga asyik memandang ke Faiz.
Hish perempuan ni! Dia ni tak tahu ke aku ni isteri dia? Aduh!************************************
Faiz memerhati muka isterinya. Dia melihat muka isterinya sudah berubah.
"Are you okay darling?" Faiz memegang tangan isterinya."Hm okay. Dh lah! I nak balik! I ngantuk!" Aqisha terus beredar.
"Haa, okay jom!"
Faiz terpaksa akur walaupun makanannya belum habis lagi. Sangat membazir. Dia terpaksa ikut Aqisha dari belakang. Dia ni kenapa? Tiba-tiba marah pulak. Aku ada salah cakap ke?************************************
Faiz membuka pintu bilik hotel dan memberi Aqisha masuk dahulu. Faiz takut kalau isterinya tiba-tiba meroyan ke apa. Mungkin dia period kot. Mood tak tentu. Faiz senyum sendirian.
"You gila ke? Senyum-senyum kambing pulak tetiba. I nak tidur atas katil seorang! You jangan tidur sebelah i okay? Faham?!!! "
Faiz mengangguk.
Dia memerhati isterinya dengan pelik. Dia ni kenapa? Tadi okay je. Haih! Biarlah dia.
***********************************
Setelah Aqisha selesai mandi, dia mengambil tempat tidurnya dan sempat curi-curi pandang ke suaminya yang sedang tidur di atas sofa. Dia sayu. Kesiannya. Aku tak patut buat dia macam tu. Arh! Biarlah! Nak sangat kahwin dengan aku kan? Rasakan!!
Aqisha mengeluh kuat. Dia kesian kepada suaminya. Dia mengambil selimut lalu menyelimut badan suaminya.
Kacaknya!! Dia tengah tidur pun masih comel. Haih! Aqisha kembali ke katil dan melelapkan mata dengan perlahan-lahan.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...