Aqisha masih ligat untuk bangkit dari tidurnya. Aqisha bangun dari katilnya. Dia ternampak sesuatu yang dia tidak suka. Iaitu DARAH!
"Arghh! Aku period!" Aqisha berlari ke bilik air. Bila dia melihat seluar dia, habis seluar dia penuh dengan darah haid.
Selepas usai membersihkan diri, dia pergi mendapatkan telefonnya. "Mana tahu dia ada balas." Aqisha bertutur sendirian sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.
Aqisha membuka whatsapp, dan ternyata dia ada balas.
Haha, Assalammualaikum. Sorry lupa. Maybe besok atau lusa, saya balik. Imy? Apa tu? Hahaha. I miss you too darling. Take care, love you.
Aqisha senyum sendirian. Aqisha tidak membalas. 'Mungkin dia sibuk.' Omel Aqisha di dalam hati.
Aqisha mendapat satu lagi peti mesej. Daripada syarikat MAS. "Kene duty lah pulak." Aqisha merungut.
Aqisha turun ke dapur. "Mama? " Dia mencari mamanya. Tiada sahutan. 'Mana pulak mama ni?' Omel Aqisha di dalam hati.
Dia ternampak ada sebuah kertas kecil di atas meja makan.
Qisha, mama keluar jap. Beli barang dapur dengan Pak Lan. Maybe lambat sikit. Don't forget to eat.
Aqisha tersenyum. Lantas dia membuka tudung salji dan makanan kegemarannya masih terhidang. Masih panas.
Aqisha masih menjamah makanannya. Dia berasa loya. Aqisha berlari ke singki untuk membuang makanan di dalam mulutnya. Kepala berpinar-pinar. Dia meninggalkan sisa makanannya di atas meja. Sungguh tak larat. Dia berjalan ke biliknya dengan perlahan sambil tangan mengurut kepalanya. Air mata sudah mula menitis.
Dia merebahkan badannya di atas katil. Dia memaksa diri untuk melelapkan matanya. Ya allah, sakitnya kepala aku! Kenapa ni? 'Faiz......'
Akhirnya dia berjaya melelapkan mata.
************************************
Faiz akhirnya tiba di Malaysia. Dia menuju ke parkir lot. Dia mencari kereta kesayangannya. Dia masuk ke
perut kereta dan menghidupkan enjin.
Semasa dia ingin memanaskan enjin, telefonnya tiba-tiba berdering. Faiz mencari telefonnya dengan kelam-kabut. 'Haa! Ada pun!' Rupa-rupanya panggilan dari mak mertuanya."Assalammualaikum faiz!!" Datin Laila memulakan bicara tapi suaranya agak termengah-mengah.
"Haa waalaikummusalam ma, kenapa ni?!! Faiz baru nak gerak balik rumah ni." Faiz menyatakan hasratnya."Kamu balik rumah mama! Tak payah balik rumah kamu, Aqisha ada dekat sini. Balik sini tau! Cepat cepat!!! " Datin Laila meninggikan suara sedikit membuatkan Faiz terkejut. 'Ada apa-apa terjadi ke??'
"Hello ma? Ma? Aik! Dah letak dah! Ada apa-apa terjadi ke? Haih, tak boleh jadi ni." Faiz memakai tali pinggang dan mula memandu. Dia berasa tak sedap hati.
************************************
"Sabar ya sayang ya? Kejap lagi Faiz datang tau." Datin Laila menyelak rambut anak sulungnya ke belakang.
Bunyi kereta seperti sedang memasuki kediaman rumahnya. Datin Laila cepat-cepat turun ke pintu utama rumahnya. Dia cuba mendapatkan menantunya.
"Ma? Kenapa ni? Call saya macam ada apa-apa jadi je? Awat ni ma? " Faiz berlari ke pintu utama sambil tercungap-cungap.
"Tak, isteri kamu pengsan tadi. Mama ajak makan, dia senyap je. Mama pun takut, terus call kamu. Tak sangka pula kamu dah sampai Malaysia. " Datin Laila menerangkan hal sebenar. Faiz berlari lintang-pukang apabila mendengar bahawa isterinya pengsan.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...