Aqisha bangun dari tidur. Dia mengambil telefon dan memeriksa jam yang tertera di kaca telefon. What? Pukul 10am??
Dia pelik. Tiada sesiapa yang mengejutnya untuk sembahyang subuh. Mana pulak mamat ni? Dia membuka pintu biliknya dan mengintai ke kiri dan ke kanan. Line clear!
Aqisha menuju ke ruang tamu. Dia menyelak langsir dari dalam. Kereta Faiz tiada. Dia pergi mana? Aqisha tiba-tiba teringat dengan pemberitahuan Faiz tentang penerbangannya ke Paris.
Dia menuju ke bilik air semula untuk membersihkan diri. Mandi, basuh muka, menggosok gigi, dan lain-lain.
Haih, apalah nasib. Aqisha mengeluh berat. Dia mengambil wuduk dan ingin qada' solat subuh yang ditinggal tadi.Membentang sejadah dan memakai telekung. Tiba-tiba terasa rindu pada orang yang memberi telekung itu. Hm.
Selesai menunaikan solat subuh tadi, dia kembali ke dapur. Memasak apa-apa yang patut. Dia membuka pintu peti ais, yes! Ada ayam. 'Masak ayam kicap pun sedap jugak.' Sesi memasak pun telah bermula. Memakai apron dan memulakan semuanya.
Selesai menanak nasi, baru lah menghadap ke ayam tadi. (Okay, saya takkan cerita kesemuanya)
Selesai semuanya sudah siap, masa untuk hidangkan. Nasib lah badan. Makan sorang-sorang jelah aku.
Sedang khusyuk makan, tiba-tiba telefon berdering. Bergegas naik ke atas, hanya untuk mengambil telefon. Memang lari lintang pukang lah citanya.
Aqisha menjawab telefonnya. "Hello? "
"Woii, kau dekat mana? Aku boring gila ni. Jom shopping" Sarah menelefon.
"Haa, okay okay. Aku siap dulu. Nanti jumpa jelah dekat location." Aqisha menjawab.
"Ouh ya, nanti aku send location. Okay chao" Sarah mematikan talian. Aqisha terus ke dapur semula untuk menghabiskan sisa-sisa yang belum dihabiskan. Aqisha menjamah makanannya. Selesai menjamah, dia bergegas ke bilik untuk bersiap. Bersolek ala kadar sahaja, memakai dress paras lutut berwarna merun, memakai gelang pandora dan memakai boot yang berwarna hitam. Maklumlah kena jaga karrier sebagai pramugari.
Selesai bersiap, dia bergegas ke pintu utama. Mengambil kunci kereta dan mengunci pintu. Dia memasuk ke perut kereta kesayangannya. Dia menghidupkan enjin kereta dan menekan punat di kuncinya untuk menutup gate.
Tiba di tempat yang dijanjikan iaitu Pavillion Shopping Complex. Dia mencari Mcdonald's iaitu tempat yang dijanjikan oleh Sarah. Sarah melambaikan tangannya kepada Aqisha.
" Woi! apalah yang lama sangat?? " Sarah memarahi kawan baiknya. Sambil mencium pipi ala-ala Datin gituu.
" I'm truly sorry, traffic as usually" Aqisha menjawab.Mereka masuk ke setiap butik-butik yang berjenama. Maklumlah, nak hilangkan stress, shopping is the best way.
***********************************
Kapten Mikhel dan Kapten Fassih bertugas pada hari itu. Mereka menuju ke landasan kapal terbang.
"Kau okay tak? Muka macam gaduh dengan bini." Fassih memerlinya sambil ketawa besar.
"Boleh tahan ar" Mikhel hanya menjawab dengan malas.
"Lah? Takpe, takpe. Nanti kita ikhtiar." Fassih menjawab.
Sesudah sampai di landasan kapal terbang, masing-masing fokus dengan memeriksa setiap punat dan semuanya seperti biasa. Telefonnya dimatikan dan menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberi. Mikhel memberi isyarat supaya kapal terbang akan terbang tak lama lagi.
Selepas 12 jam memandu kapal terbang, akhirnya sampai di Paris. Masing-masing keluar dari airport.
"Wey, aku pergi toilet jap." Kata Fassih.
Mikhel hanya mengangguk. Dia membuka kembali telefonnya. Sambil menunggu telefonnya buka, tiba-tiba bunyi satu teguran dari belakang."Hai kapten. " Mikhel menoleh ke belakang, ternyata perempuan gedik menegurnya.
"Ouh hye Nad." Mikhel hanya memberi senyuman tawar.
"So, lepas ni you free tak? I fikir nak ajak you jalan-jalan pusing Paris ni. Sebab i tak de kawan lah." Nadia seakan-akan merayu.
"Hm maybe not, because i'm really looks like tired and maybe i just need a rest in my room. " Mikhel menjawab dan seseorang menyampuk.
"Haa, i free. Boleh je kita chill out sama-sama." Fassih mencuba nasib.
"Haa it's okay. Haa tu teksi i dah sampai. Bye" Nadia hanya menunjukkan muka yang kelat. 'tak kuasa aku nak melayan mamat ni'
" Hahahaha..." Mikhel gelak terbahak-bahak.
"Kau pahal? Tak pernah tengok orang kene reject ke? Ke kau nak aku reject kepala kau? Gelak pulak." Fassih bengang.
"Woi! Chill lah. Haha, takpe nanti jelah aku pujuk kau, aku penat gila ni." Mikhel meninggalkan Fassih. Dia terus menuju ke teksi untuk berehat di hotel.
Fassih mengikut dari belakang. Dia masih bengang. Dia naik ke dalam perut teksi dan masih bengang dengan apa yang terjadi.
Mereka menuju ke hotel. Hanya untuk berehat dan membersihkan diri. Sesudah mendapatkan kunci bilik, mereka menuju ke bilik yang ditetapkan. Mikhel sempat merebahkan diri di atas katil buat sementara.
Tiba-tiba Fassih mengejut Mikhel untuk bangun dari tidur.
"Woi! Bangun lah. Pergi lah mandi dulu. Solat pun tak! Nak dekat habis maghrib ni. " Fassih mengejutnya dengan menggoncangkan kaki Mikhel.
"Dah pukul berapa ni?" Mikhel mamai.
"Dah pukul 8:20 dah! Bangun! " mata Mikhel terbeliak. Tak sangka dia tidur hampir 2 jam. Mungkin terlalu penat.
Mikhel bergegas ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib.
" Khel! Aku nak keluar jap. Boring lah duduk dalam bilik ni lama-lama. Kau nak join tak? " Fassih bertanya.
" Kau nak pergi mana?" Mikhel keluar dari bilik air dengan pakaian lengkap serta wuduk.
" Nak round-round je, nak ambil angin. Nak join tak?" Fassih masih bertanya.
" haa, boleh jugak. Tunggu jap aku solat dulu." Mikhel menunaikan solat dengan khusyuk. Fassih sempat membelek telefonnya sementara menunggu Mikhel selesai dari solatnya.
Setelah Mikhel usai solat, mereka pun menuju keluar dari hotel dan mengambil angin malam.
Tiba-tiba Mikhel rindu akan isterinya. Ya allah. Rindunya aku pada dia ya allah. Mikhel memejamkan matanya. Menahan rindu.
***********************************
Aqisha membelek telefonnya. " Mamat ni tak nak call aku ke??" Dia sempat mengomel sendiri di atas katil.
"Kang kalau aku call dia, macam aku pulak yang terhegeh-hegeh kat dia. Ah! biarlah" Aqisha menarik selimut ke paras dada dan melelapkan mata.
Aqisha bergolek-golek ke kiri, ke kanan, ke kiri balik, dan ke kanan balik. Bererti dia tidak boleh tidur.
"Arghhhhhhhhhhhh!!!!!!! "Aqisha menjerit sekuat hatinya di dalam bilik itu. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. "Hell no! I'm not going to love him. No means no!" Aqisha sempat mengomel sendiri.
Aqisha mengeluh berat. Dia memejamkan matanya. ' i miss you Faiz.' Dia sedar. Dia terlalu mencintai suaminya tetapi berat untuk mengakuinya. Ego menghantui dirinya.
---
Mikhel = Faiz.
Semasa dia bekerja, semua rakan sekerja akan memanggilnya Khel.Dan saya minta maaf sebab saya terlalu lama nak update. Di bulan puasa ni, saya sangat busy. Terima kasih kepada pembaca-pembaca. Terima atas vote anda. Terima kasih 1000 kali dari saya: @missfagh
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...