PUJUK

2.3K 23 0
                                    

"Saya nak awak masak untuk saya. Pleaseeeeeee..." Faiz merayu kepada isterinya dengan membuat muka yang paling comel.

"Eee, i tak reti masak. Sorry! " Aqisha menjawab dan memandang ke kaca televisyen semula.

"Alaaaaa, pleasee. Mama cakap awak reti masak ikan patin masak tempoyak. Saya teringin nak rasa masakan isteri saya." Faiz menjawab sambil menggaru dagu Aqisha.

"Ish! Masa ni lah you nak makan lah. Apalah! I tengah tengok cerita favourite i ni tahu tak?" Aqisha menerangkan satu persatu kepada Faiz.

"Hm." Faiz terus naik ke bilik dengan perasaan hampa. Aduh! Dh perut lapar ni. Takpe. Aku nak merajuk!

Aqisha hanya memerhati pergerakan Faiz. ' ish! Dia ni! Main merajuk-merajuk pulak. Hadui! Redha! Pasrah! Terpaksa lah aku tunjuk bakat aku depan suami aku.

"Okay jap! Betul you lapar ni??"
"Hm tak pelah. Awak tengok jelah tv tu. Tak payah layan saya. Saya nak tidur. Goodnight!" Faiz melambai tangan ke Aqisha.

Aqisha cemas. Dia berasa sangat serba salah. Aduh! Ish dia ni suka sangat buat aku rasa serba salah tau!

Aqisha mengejar Faiz yang sudah hampir ke bilik dan sempat menarik tangan suaminya.
"Okay! I masak! "

Faiz meleraikan tangan mereka dengan kuat. "Tak payah! Saya tak lapar."

Aqisha rasa serba salah kali yang kedua. Aduh! Okay! Aku kene gunakan bakat aku yang lain.

Aqisha menarik tangan Faiz dengan kuat dan sehinggakan tersandar ke dinding. Aqisha memerhati wajah Faiz. Tinggi mereka sebenarnya lebih kurang je. Aqisha mendekatkan wajahnya ke wajah Faiz. Kelihatan muka Faiz terkejut dengan perbuatan Aqisha itu. Peduli apa aku! Suami aku!
Dengan sepantas kilat, dia menghadiahkan kucupan ke pipi Faiz.
"I masak okay? " Aqisha menjongketkan keningnya.

Faiz mengangguk berkali-kali. Seperti lembu dicucuk hidung. Hanya ikuti segala jawapannya.
'Lahh!! Bukan susah punn nak pujuk mamat ni! Okay faham! ' omel Aqisha di dalam hati.
Aqisha menarik tangan Faiz untuk dibawa ke dapur. Faiz akur. 'Hm seksinya bini aku ni!'

"You duduk sini, i masak okay? " Aqisha menyentuh bibir Faiz untuk menyuruh dia supaya hanya perlu duduk di meja makan.

Aqisha membuka peti ais dengan senang hati. Dia mengeluarkan segala bahan-bahan yang perlu dimasak. Haih! Malam-malam mcm ni lah kau suruh aku masak ikan patin masak tempoyak! Haih! Sabar jelah.
Selepas semuanya sudah siap, tiba masanya Aqisha menghidangkan lauk-pauk itu di atas meja.

Aqisha menghidangkan semua lauk itu di atas meja makan. Faiz menguap. 'Huh! Kau jangan tetiba nak tidur pulak! Aku dh masak ini untuk kau Faiz!'
"Nah! Ouh jap! Air! " Aqisha bergegas ke peti ais untuk mengambil air sejuk.

Aqisha meletakkan air itu di atas meja. "Okay siap! Makan lah! "

Aqisha mengelap peluhnya yang melilih di dahi. Dia ingin ke bilik untuk tidur. Dah lah terlepas tengok keeping up with the kardashians. Huh! Sabar jelah! Nasib baik mamat ni pkai astro pvr, boleh record.

Faiz cepat-cepat menarik tangan Aqisha. "Nak pergi mana?"

"Nak naik atas lah. Penat lah."
"Eh! Tak boleh. Dalam rumah ni ada rules. Kene temankan suami makan. Faham? "
"Berapa banyak rules yang you cipta? Hah? Ish! I mengantuk lah! You makan lah sorg2. Okay? "
"No!!  I said no!! You must sit beside me when i'm eating! Understand?"

Aqisha akur. Dia terpaksa ikut perintah suami. Dia duduk sambil termenung. Dia teringat akan nasihat-nasihat ustaz semasa dia mengambil kursus kahwin dulu. "Taat pada suami adalah pahala free yang si isteri-isteri ni akan dapat. Tak perlu dibayar untuk mendapat pahala free ni. "

Aqisha hilang dari mengelamunnya apabila dia mendengar petikan jari dari Faiz. "Awak tak nak makan ke?"
"No! I tak makan malam. Gemuk!"
Aqisha memang menjaga pemakanannya. Dia tidak mahu gemuk. Biasalah, hidup Pramugari. Kene jaga badan.

"Alaaa, kalau awak gemuk sekalipun, saya still nak awak. Jangan risau!"

"Eeeeee, i buat semua ni bukannya untuk you. But this is for me. Kalau lah i ni gemuk, nak ke manager MAS tu still amik i kerja? You should proud that walaupun i dh kahwin, but badan i still ramping okay?" Aqisha membanggakan dirinya sendiri.

'Masuk bakul angkat sendiri' omel Faiz di dalam hati.

Aqisha menguap. Aku rasa ni dh kali yang ke-10 kot aku menguap! Bapak ngantukkkkknyaaa!!!

Faiz memandang ke Aqisha yang sudah terlentuk kepalanya ke atas meja makan. Kesiannya bini aku. Hmmm..

Selepas Faiz selesai makan, Faiz tak nak kejutkan isterinya. Jadi dia mengambil keputusan untuk mencempung isterinya dan dibawa ke dalam bilik.
Faiz meletak Aqisha dengan perlahan-lahan di atas katil. Takut dia bangun pulakkk! Faiz menyelimut Aqisha sehingga ke paras dada. Faiz membuka penghawa dingin. Dan Faiz kembali ke isterinya yang masih nyenyak . Dia menyentuh pipi mulus Aqisha sambil merenung ke bibir isterinya. 'Kalau lah aku ni ada magik untuk tahu apa perasaan kau kat aku, dh lama dh aku buat' . Tiba-tiba..

Cupppppppp

Satu kucupan dihadiahkan untuk isteri kesayangan. I love you Aqisha. So much!

A Pilot and StewardessWhere stories live. Discover now