Selesai membersihkan diri, Aqisha mengemas baju-bajunya untuk memasuk ke dalam beg luggage. Aqisha sibuk bersolek di depan cermin. Dia mengenakan pakaian uniformnya. Aqisha memakai jam tangan dan membelek bajunya di depan cermin.Dia menguruskan rambutnya supaya lebih bergaya. 'Haih semalam cakap petang flight, tiba-tiba pagi tadi bagitahu pagi pulak ken flight.' Omel Aqisha di dalam hati. Aqisha mengeluh berat. Sesekali matanya tidak lari asyik memandang ke arah susuk tubuh yang sedang lena di atas katil. Sungguh berat untuk meninggalkan susuk tubuh itu. Aqisha nenuju ke arah Faiz dan menggocangkan sedikit lengan Faiz.
"Faiz..." Aqisha memanggil suaminya dengan nada yang lembut. Faiz tidak memberi sebarang respon.
"Faizzzz....!" Aqisha berdiri kaku sebelah Faiz dan menggoncang sedikit bahu Faiz.
"Hurmm." Faiz hanya menjawab sepatah. Aqisha membeliakkan mata tanda tidak percaya dengan respon Faiz. 'Tu je kau jawab???!!!' Omel Aqisha di dalam hati.
"I dah nak flight dah ni." Jari Aqisha masih meliar di lengan Faiz.
"Hm kay." Kepala Faiz berpusing membelakangi Aqisha. 'Please pujuk lah abang sayang. Please' bisik hati Faiz.
Aqisha masih berdiri kaku di tepi katil. Masih menunggu respon dari Faiz. 'Ni mesti kes merajuk lah ni.' Bisik Aqisha di dalam hati. Aqisha memanjat ke katil dan bersila di depan muka Faiz. Faiz hanya berpura-pura tidur padahal masih menunggu pujukan dari Aqisha.
Jari Aqisha masih meliar di mata Faiz."Ish jangan lah kacau orang nak tidur. Nak pergi kerja pergi jelah." Faiz memusingkan kepalanya membelakangi Aqisha. Aqisha membeliakkan matanya. 'Wow! Dah pandai dah merajuk sekarang mamat ni.' Bisik hati Aqisha.
Faiz menarik selimut sehingga ke paras kepalanya supaya tidak mahu dikacau ketika dia tidur. Aqisha masih tidak berputus asa. Yes! Aqisha membuka selimut dan baling ke lantai. Tangan Aqisha meraba di punggung Faiz. 'You don't know with who you messing up Faiz.' Bisik Aqisha di dalam hati sambil tersenyum riang.
"Jangan lah kacau Aqisha." Faiz menarik tangan Aqisha dari punggungnya. Aqisha masih tidak berputus asa. Dia menarik seluar track Faiz sehingga ke paras lutut sehingga ternampak boxer milik Faiz. Faiz membetulkan seluarnya dan bangun dari tidur dan bersila. Mata Faiz merenung tajam ke arah Aqisha. 'Alaa, pikir comel lah tu.' Bisik Aqisha di dalam hati.
"What? I didn't do anything Faiz...." Jari telunjuk Aqisha meliar di dada Faiz tanda ingin menggoda suaminya. Faiz masih merenung tajam ke arah Aqisha.
"Awak nak pergi kerja kan? Pergi jelah. Saya nak tidur lah!" Suara Faiz sedikit tinggi. Aqisha masih senyum dan mencuit dagu Faiz dengan lembut.
"Qisha nak pergi kerja, tak nak temankan turun bawah ke hm?" Aqisha bertanya sambil mata terkebil-kebil.
'Tak comel lah Aqisha sayang oi.' Bisik Faiz di dalam hati.
Aqisha berdiri dan berjalan ke arah sebelah Faiz. Aqisha menarik baju Faiz tanda menyuruh berdiri.
"Cepat lah berdiri Faiz! Teman Qisha turun bawah. " Aqisha mencuit baju Faiz. Faiz masih kaku dan tidak bergerak dan berpeluk badan tanda merajuk. Aqisha hilang sabar. Aqisha menarik kedua-dua bahu Faiz sehingga Faiz tersungkur jatuh ke lantai.
Aqisha gelak terbahak-bahak. "Ops sorry, serius tak sengaja. You tu lah tak nak ikut i turun. Jom lah turun Faiz! Cepat lah!" Aqisha menolong Faiz berdiri.
"Ish jangan pegang lah! " Faiz berjalan ke arah pintu dengan rambut serabai dan mencapai beg luggage milik Aqisha dengan kasar. Aqisha tersenyum. 'Tak susah pun nak pujuk mamat ni.' Bisik Aqisha di dalam hati sambil tersenyum kecil.
Mereka berdua berjalan ke arah pintu. Faiz menadah tangan. "Apa?" Aqisha berkerut dahi.
"Kunci lah." Faiz membuat muka selamba.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...