DINNER

1.9K 23 0
                                    

"Sayangg??? Buka lah pintu ni! Saya dh nak pergi kerja besok tau. Kalau awak perangai mcm ni, saya dh tak boleh pergi mana2 tau. Please Aqisha! Open the door!" Faiz mengetuk pintu itu berkali-kali. Sebenarnya dia ada kunci spare, tapi dia cuma nak uji isterinya.

************************************

'Kalau mcm tu, then tak payah lah pergi!!! Ergh!' Aqisha hanya duduk di katil sambil melayan lagunya yang sedang bermain di iphonenya.

"Woi!! Buka lah pintu ni! Susah ke nak dgr cakap saya? " Faiz teriak.

Faiz mula hilang sabar. Nak jadi apa, jadi lah! Faiz mengambil kunci spare yang berada di dalam laci. Dia membuka pintu itu dan menolak pintu itu dengan kuat.

"Heyy!!! Yang you nak hempas pintu tu kenapa???? " Aqisha pula yang hilang sabar. Aku tak buat apa-apa, jadi jangan lah cabar kesabaran aku! 

Faiz menarik tangan Aqisha tetapi ditepisnya. "Okay! Awak kenapa ni? Dari kita breakfast tadi sampai sekarang awak mcm ni. Cuba share dengan saya. Boleh tak?? Besok saya nak flight jauh tau. Ke awak tak bagi saya pergi sebenarnya??? " Faiz mula agak. Dia tahu bahawa Aqisha tak bagi dia pergi jauh-jauh.

"HELLO!! You nak pergi, pergi lah! Ada nampak i kisah ke?? " Aqisha menafikan isi hatinya. Berat nak bagi dia pergi! Jauh pulak tu! Seminggu pulak tu! Aduh!!! Aqisha bangun dari katil dan ingin keluar dari bilik itu tetapi Faiz sempat menarik tangannya.

"Sayang, okay! Saya janji, nnti bila saya balik, saya bawak present untuk awak. I promise! " Faiz mengangkat tangannya tanda bersumpah.

"Hey! Kan i dah cakap, I TAK KISAH! You got it?? " Aqisha menafikan isi hatinya sambil menyilangkan tangannya di perut. Ya allah! Takkan lah aku dh jatuh cinta dengan mamat ni!!! No!!!

Cuppppppp!

Faiz mencium bibir Aqisha. Aqisha terkejut sambil memegang bibirnya. Dia tercengang. Ya allah! Apa yang mamat ni sedang buat?? Dia cuba nak goda aku ke??

Faiz mendekat wajahnya di telinga dan membisik kepada isterinya.
"Saya janji.. I love you.." Faiz sempat mencium pipi isterinya.
Faiz melihat muka isterinya terbeliak. Hahahahhaha!!! 

Mereka berpelukan. Faiz mengusap belakang isterinya. Dia faham perasaan isterinya. Biasalah, suami yang bekerja sebagai juruterbang memang tak lekat di rumah. Asyik sibuk keluar negara. Tetapi, perlu ke dia memberitahu kepada isterinya tentang perkara yang sebenar?
No!! Nanti lah!

Faiz meleraikan pelukan itu. Dia memandang ke Aqisha dan menyelak rambut isterinya ke belakang.
"Malam ni kita makan luar okay? Saya belanja. "

Aqisha angguk.

************************************

Aqisha siapkan diri. Dia memakai baju blouse yang dibeli oleh Faiz semasa mereka berbulan madu dahulu. Dia bersolek ala kadar je. Alaa, nak pergi makan je pun. Okay siap!

"Dh siap???? " Faiz bertanya untuk kepastian. 

Aqisha angguk. Dia hanya membawa iphonenya sahaja. Maklumlah, tak perlu bawak handbag semua ni. Rimas!

Aqisha memasuki ke kereta audi suaminya sementara Faiz mengunci pintu rumah. Setelah selesai mengunci pintu, Faiz memasuki ke dalam kereta dan sempat mencuri pandang ke isterinya. 'Haishh! Geramnya!!'

Faiz keluar dari kediaman rumahnya. Dia hanya memerlu tekan button untuk menutup gate rumahnya. Gate automatik lah dikatakan!

"Kita nak pergi mana ni?" Aqisha bertanya untuk mendapat kepastian.

"Rahsia."
"Ishh! You ni! Tak payah lah nak berahsia-rahsia sangat boleh tak?" Aqisha menjawab. Nak berahsia-rahsia pulak mamat ni!!
"Tempat ni mesti awak suka. Nak suprise awak.."

Aqisha memuncungkan bibirnya. Ish! Kang dia bawak aku ke tempat yang tak sesuai dengan pakaian aku, mampus!

"Apa ni muncung-muncung ni? Nak saya kiss ke..? " Faiz memegang bibir isterinya yang muncung dengan jari telunjuk. Faiz sempat mencium pipi isterinya walaupun dia sedang memandu kereta.

Aqisha terkejut! Gila apa mamat ni? Sumpah kau buat aku jatuh cinta dengan kau Faiz! Aqisha memandang ke tingkap sambil memegang pipi yang dicium oleh Faiz sebentar tadi sambil tersenyum kecil.

Tiba-tiba Aqisha perasan sesuatu. Dia bawak aku pergi mana ni? Macam pernah pergi lah! Restoran yang sangat indah. Faiz memarkirkan keretanya dan membuka tali pinggangnya. Dia keluar dari kereta dan menuju ke pintu Aqisha untuk dibuka.

"Silakan tuan puteri." Faiz bergurau.

Aqisha memandang persekiraran tempat itu. Wow!!! Cantiknya!! Seperti peristiwa di China semasa mereka berbulan madu. Restoran yang seumpama hotel 5 bintang.

Faiz menyuruh isterinya memaut lengannya tetapi Aqisha mengambil keputusan untuk memaut jari jemarinya.

"Shall we?" Aqisha bertanya. Aku lapar Faiz!! Perut aku dh berkaraoke dh ni!

"Jom jom!" Faiz membawa isterinya masuk ke restoran.

A Pilot and StewardessWhere stories live. Discover now