Hari yang ditunggu-tunggu oleh Faiz sudah tiba. Hari ini adalah hari akad nikah mereka!
Semua sudah berada di masjid. Tinggal nak berakad nikah sahaja.
Faiz sempat memandang ke Aqisha yang memakai baju kurung putih serta bertudung shawl. 'Anggunnyaa' . Kali pertama dia melihat bakal isterinya memakai tudung. Sangat cantik di matanya. Ya allah! Indahnya ciptaan-Mu.
Dan Aqisha hanya mampu membalas jelingan yang tajam kepada Faiz.
"Aku nikah akan dikau dengan anakku Aqisha Kirana binti Muhd Mustapha dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai!"
"Aku terima nikahnya Aqisha Kirana binti Muhd Mustapha dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai!"
"Sah?? "
"Alhamdulillah! "Faiz menadahkan tangannya dan memalingkan kepala ke Aqisha serta mengenyitkan mata menggoda dengan perasaan gembira.
************************************
Semasa Aqisha menuju ke bantal nikah, dia sempat curi-curi pandang ke Faiz. Sangat kacak dengan baju melayu putih serta sampin songket.'Handsome jugak mamat ni. hmmmm'
"Sah??"
"Alhamdulillah!"
'Ya allah! Betul ke dia jodoh aku? Ya allah! Kenapa lah aku sedih sgt ni? Kenapa aku susah sgt nak terima bahawa dia sudah menjadi suami aku?
Noo!!!! Aku akan balas dendam! '
Aqisha memejamkan matanya. Khel...Dengusnya di dalam hati sambil menadah tangan untuk mengaminkan doa.
************************************
Setelah usai majlis akad nikah dan majlis resepsi membuatkan mereka pengantin sangat penat! Setelah semuanya selesai, Faiz mencari kelibat isterinya.' Mungkin tunggu aku dalam bilik kott! Hhmm'
Faiz menuju ke bilik pengantin. Tiba-tiba nervous pulak.
TOL TOK TOK!!!
Faiz memberi salam.
"Assalammualaikum"
Tiada sahutan. Dia mendengar pancutan bilik airnya dibuka. Isterinya sedang mandi.Dia terus baring ke katil kerana terlalu penat. Dia mendengar pancutan bilik airnya sudah pun ditutup.
Dan Aqisha terperanjat "opocot!"
"Hello! You tak reti nak ketuk pintu ke?nasib baik i pakai baju. Kalau i bogel, dapat tengok free show jelah you. Ergh!" Aqisha membebel.
"Saya dah bg salam dah. Awak yang tak dengar. Awak dh mandi ke? Baru nak ajak awak mandi sekali tadi." Faiz ketawa kecil sambil baring di atas katil.
"Euuwwwww. Ergh!" Aqisha membuat muka menyampah. 'Gelinyaaa, gatal eh suami aku ni'
Aqisha menyidai tuala basahan di balkoni. Sungguh segar angin pada malam ini. Dia memejamkan matanya. Khel...
Tiba-tiba tangan Faiz memeluk pinggang Aqisha dari belakang. Rasa creepy gila bila rasa macam duduk bersama-sama dengan lelaki yang bukan mahram kita dalam satu bilik.
"Hello! You jangan macam-macam eh? Shuh shuh! " Aqisha terkejut. Dia menolak badan Faiz ke belakang.
Aqisha tanpa pedulikan suaminya itu. Dia terus menuju ke katil dan baring. Sebelum dia tidur, sempat dia berkata kepada Faiz yang sedang memerhati isterinya di balkoni.
"You ambil bantal ni, you tidur bawah eh? Jangan harap boleh tidur sebelah i. Ni katil i. So faham-faham jelah!" Aqisha mencampak toto dan bantal ke suaminya.
Faiz redha. Mungkin isterinya belum menerimanya dengan sepenuh hati. Dia faham.
Faiz masih belum boleh tidur. Dia mengangkatkan wajahnya dan ternyata Aqisha sudah lena.
Faiz cuba mengambil totonya bawa ke atas katil dan ingin tidur di sisi isterinya. Faiz sebenarnya tak beberapa selesa bila tidur atas lantai berlapik dengan toto. Sakit badan.
Faiz merenung wajah isterinya dengan tekun. Wajah yang tiada jerawat, cerah, bersih, cantik di matanya.
'Kenapalah kau jual mahal sgt? Takpe, lama-lama nnti kau mesti cair punya. '
Faiz tekad ingin menggoda isterinya sendiri.Dengan tidak sengaja, dia cuba mengusap bibir munggil Aqisha. Sangat cantik. Tidurnya seperti anak kecil yang sedang tidur. Sangat comel.
"Khel janji suatu hari nanti Kir akan jadi isteri Khel. Itu janji Khel." Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
'KHELLLLL.....' bisik hati Aqisha.
YOU ARE READING
A Pilot and Stewardess
RomanceKhel dan Kir berkawan sejak kecil lagi. Dan masing-masing menyimpan perasaan yang sama. Hinggalah bekerja pun di tempat yang sama. Faiz Mikhel yang baru pindah dari Syarikat Royal Brunei Airlines ke Mas. Aqisha Kirana bekerja di Syarikat Mas Airline...