Prolog

3K 55 2
                                    

Kakinya yang memakai kasut kulit buatan tangan oleh tukang kasut dari Perancis diletakkan di atas meja. Badannya disandarkan pada penyandar kerusi. Timbunan kepingan gambar yang berada di atas mejanya dipandang tanpa minat. Damn! Mencari perempuan untuk menemani siang dan malamnya semudah memetik jari. Tidak perlu merayu malah berpusu-pusu yang datang menawarkan diri.

Amat sukar bagi bergandingan dengan perempuan yang sama untuk tempoh yang lebih dari seminggu. Kerana mereka terlalu ramai sehingga terasa seperti sesuatu yang pelik untuknya menumpukan perhatian kepada seorang wanita. Tidak cukup makan malam atau menghadiri majlis formal, mereka dengan terlebih rela menjadi peneman di atas katilnya. Benda murah sememangnya senang diperoleh!

Akibat terlalu banyak perempuan yang nampak mahal namun palsu di luar sana, dia mengalami situasi seperti saat ini. Terpaksa memilih namun pilihan untuknya hampir tidak wujud. Bukan wanita sembarangan yang boleh menjadi isterinya. Walaupun sekadar untuk menjadi isteri demi matlamat dan impiannya. Dalam keluarganya, isteri bukan sekadar melahirkan zuriat tetapi sebagai simbol menggambarkan kejayaan suami. Di mana Emeeriz mahu mencari isteri memiliki kriteria seperti itu? Hanya mamanya yang boleh menjadi patung cendana papanya selama berpuluh tahun. Masih wujudkah perempuan seperti Puan Esmanira pada zaman serba moden ini? Bodoh! Bodoh atau pintar arwah Tun Ghazali untuk menetapkan syarat mengarut seperti itu, tidak ingin Emeeriz nilai kerana yang pasti ia menyusahkan hidup Emeeriz.

"Cantik macam mana lagi yang kau nak? Kalau perempuan yang dah ada ni tak menepati cita rasa kau, aku mengaku kalah. Kau carilah sendiri."

Mikhail menuding jari telunjuknya pada timbunan gambar. Rayyan menggelengkan kepalanya. Mengalah untuk mencari 'Cinderella' buat sepupunya. Setahun tempoh yang mereka rangka berlalu begitu sahaja dan kini mereka cuma mempunyai tempoh dua bulan untuk menyelesaikan masalah.

"Cantik tak penting. Asal aku tak pengsan setiap kali tengok dia, dah kira okey. Kalau cantik aje tapi bebal buat apa?" komennya membuat Katrina menjegilkan mata.

"Mereka bukan sekadar cantik. Yang ini, Cik Wardah. Pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di Yale University. Bapa dia menteri dan mak dia aktivis terkenal, Puan Sri... Kejap, siapa nama Puan Sri ni?" Katrina menyelak gambar yang menutup butiran dokumen yang dikepilkan bersama.

"Puan Sri Seri. Huh! Dari kecik mak dia berangan anak dia jadi Puan Sri agaknya. Impian menjadi realiti. Apa-apa ajelah. Yang ini, Dayang Azila. Anak businessman dari Brunei. Alumni University of Cambridge, jurusan ekonomi kewangan." Satu-satu gambar bersama resume disodorkan ke hadapan Emeeriz. Macamlah dia tidak melihat gambar-gambar itu sejak beberapa bulan lepas.

"Yang kecik-kecik tapi comel ni, Tengku Jubaidah. Anak..."

"Jubaidah? Are you kidding me? Masih ada orang yang menamakan anak dengan nama zaman batu macam tu?" cebik Emeeriz.

"Well, nama yang unik adalah satu trend zaman sekarang."

"Well, bagi aku tak. Aku tak rasa aku boleh hidup sebumbung dengan perempuan bernama Jubaidah." Rayyan tergeleng lagi. Semakin kecil Emeeriz di matanya.

"Banyak lagi perempuan yang tak bernama Jubaidah tapi kau tak buat sebarang keputusan, Emeer. Apa sebenarnya yang kau nak? Bijak, cantik, latar belakang hebat. Semua dah ada."

"Aku perlukan kelainan. Kelainan yang menarik perhatian orang lain dengan cara yang positif. Tak perlu sempurna, nampak sempurna dah cukup. Tak nak cantik sangat sebab itu akan menampakkan pilihan aku yang klise." Seperti Puan Esmanira yang nampak sempurna namun jika dilihat dari sudut berbeza, mamanya hanya bijak menyembunyikan kelemahannya.

"Hurm... Ada seorang yang hampir pada kriteria kau tu. Aku kecualikan dia sebelum ini sebab aku rasa terlalu jahat jika senaraikan dia sekali." Katrina membuka kekunci skrin iPad Air miliknya. Jari telunjuknya menari-nari di atas skrin sebelum alat itu didorong ke hadapan Emeeriz. Dengan cara malas, Emeeriz mengangkat iPad dari atas meja kerjanya. Matanya memandang Katrina lama sebelum dialihkan pada skrin.

Uh-oh! Kakinya yang diletakkan di atas meja diturunkan ke lantai. Badannya yang disandarkan, segera ditegakkan. Gambar profil laman Facebook yang menggunakan nama Gia Renaldi itu diteliti.

"Siapa?" Reaksinya mengundang rasa ingin tahu Mikhail dan Rayyan. Kedua-dua lelaki itu menjenguk ke skrin. Mikhail mengalihkan pandangannya pada Katrina dengan wajah tegang dan Katrina berpura-pura tidak melihat perubahan wajah sepupunya.

"Rina, kau pengkhianat."

"Anyone, please! Siapa ni? Siapa?" Emeeriz tidak mendengar atau melihat suasana tegang antara dua sepupunya. Dia terlalu tergamam untuk mengalihkan pandangan walau sedikitpun dari skrin iPad.

"Gianna Renaldi. Umur 23 tahun. Pelajar tahun akhir Sarjana Pengurusan Awam di HKS. Anak kepada Hendrique Renaldi, seorang bekas jurutera yang kini membuka syarikat pembinaan kecil. Memeluk Islam pada umur 13 tahun. Antara sepuluh pelajar terbaik HKS sepanjang tiga tahun dia belajar kat sana. Dan untuk pengetahuan kau..." Katrina memandang Mikhail sekali lagi sebelum menyambung.

"Mikhail kenal dia personally. Selain dia juga junior pada Mike."

"Why? I mean, what?" Emeeriz mendongak memandang Mikhail dan Katrina bersilih ganti. Hanya seketika kerana gambar wanita berkemeja longgar biru cair itu sungguh menarik perhatiannya. Inilah! Inilah yang dia inginkan. Wanita ini hanya bergaya ringkas namun tarikannya setaraf dengan mereka yang memakai barang kemas seperti patung peragaan bergerak.

"Gianna tak boleh," komen Mikhail.

"Kenapa? Itu soalan aku sejak tadi."

"Kau tak kenal dia sepertimana aku kenal dia. Kali pertama aku berjumpa dengan dia, Gianna berada dalam situasi yang tak sepatutnya. Memang Gianna lebih baik daripada perempuan-perempuan dalam gambar yang ada atas meja ni tapi please, Emeeriz. Kalau kau masih fikirkan aku ni sepupu kau, lupakan niat kau tu."

"Am I that bad for her?"

"Very bad," jawab Mikhail tanpa jeda. Emeeriz melepaskan tawa kecil. Dia meletakkan kedua-dua belah lengannya di atas meja sambil masih memandang Mikhail dengan senyuman. Diserikan dengan kesinisan.

"But, I want her." Pandangannya mencabar Mikhail membantah. Mencabar dan dicabar, itu adalah perkara yang paling Emeeriz gemar. Mikhail memejamkan matanya seketika sambil menghela nafas dalam.

"Kita bukan manusia yang baik, Emeer. Kita dah mempermainkan banyak perasaan perempuan. Kau dan aku tahu perbuatan itu jahat tapi ia bagaikan hiburan bagi kita. Tapi kita tak pernah bermain dengan permainan yang kita dah tahu, dah kenal. And that is Gianna! Sesuatu yang aku dah kenal. Tak seronok." Kata-katanya kejam namun Emeeriz dapat melihat ia dituturkan bersama emosi. Auuuw... So sweet!

"Ini bukan 'permainan kita'. Ini permainan aku. Kau boleh jadi penonton kalau kau ada masa terluang tapi Bianna orang yang aku cari."

"Gianna." Katrina membetulkan. Emeeriz mengangguk.

"Gianna, it is. Apa-apa ajelah. Dia perempuan yang layak jadi menantu Izkandar, spesies manusia paling sombong sekali abad ini. Spesies yang secara saintifiknya pernah pupus pada zaman firaun. Rina, kau tahu apa yang kau patut buat untuk aku jumpa Gianna secepat yang mungkin. Aturkan seperti satu kebetulan. Yang selebihnya, aku akan uruskan sendiri."

"Anggap semuanya dah beres." Katrina senyum.

"Damn!" Mikhail menendang kaki meja sebelum menapak keluar dari pejabat Emeeriz. Katrina dan Rayyan diam seketika. Merasai impak kemarahan Mikhail. Namun, bergaduh perkara biasa bagi mereka lima sekawan. Malangnya, Nadzim tidak dapat ikut serta hari ini kerana mempunyai tournament inovasi di Tokyo. Jika tidak, lengkap semuanya.

"Wait. What's her name again? Suhana?"

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now