Bab 7

858 15 0
                                    

(Gianna)

Entah berapa puluh kali Gianna memeriksa iPhonenya untuk melihat jika ada teks ringkas masuk tanpa dia sedar. Mungkin dia terlepas pandang! Mungkin si penerima tersalah hantar teks kepadanya dan terlepas pandang teks yang dihantar Gianna sebelum ini. Bukan baru sejam atau dua jam. Gianna berkeadaan begitu sejak pagi tadi. Rasa ini menakutkan. Kata hatinya meresahkan segenap urat saraf dan akal fikiran Gianna. Beratus kali dia menghitung angka dari satu hingga seratus untuk menenangkan perasaannya.

Kaedah itu diajar Dr. Maira kepadanya untuk menenangkan diri ketika panik datang menyerangnya. Debaran dan kegelisahan Gianna tidak reda malah semakin lama semakin membuatnya hilang punca. Sebab dia berkeadaan begini adalah jelas dan itu lebih menakutkan Gianna.

Angin malam yang bertiup sepatutnya mendinginkan namun ia seolah-olah tidak dapat menembusi kulit wajahnya. Telapak tangannya yang berpeluh dikesat pada seluar jean yang dipakai. Gianna membuka sekali lagi teks terakhir yang diterimanya sebagai balasan. Adakah dia tersalah baca? Atau adakah dia terlepas pandang mesej-mesej Emeeriz sebelum ini? Atau adakah lamaran Emeeriz itu hanya mimpi? Gianna mula meragui realiti.

Okey.

Seolah-olah teks yang dihantar Gianna itu tidak merujuk pada perkara yang penting. Balasan Emeeriz seperti Gianna menolak untuk meminjamkan buku rujukan padanya. Malah reaksi Emeeriz pada Gianna yang tidak membalas teks atau panggilannya sebelum ini lebih besar daripada kali ini. Adakah lamaran Emeeriz hanya sekadar gurauan? Atau adakah Gianna yang terlebih perasan? Mungkin Gianna yang salah faham. Pasti begitu kerana sudah dua minggu berlalu, Emeeriz masih tidak muncul-muncul sedangkan janjinya hanya pergi untuk sehari dua. Huh, Gianna! Emeeriz tidak pernah berjanji!

Sejujurnya tidak ada sebab lelaki seperti Emeeriz yang boleh memiliki anak raja sekalipun untuk jatuh cinta pada Gianna. Perempuan biasa lebih baik darinya.

Gianna is a damage goods! Benar kata Keifli, tidak akan ada lelaki yang akan memandangnya seperti sesuatu yang berharga. Kahwin? Gianna sudah semakin tamak. Angan-angannya sudah semakin berlebihan. Gianna perlukan wake up call untuk menyedarkan dia siapakah dirinya yang sebenar. Berubah tidak memadamkan masa lalu yang merupakan sebahagian daripada hidupnya.

Kemunculan Emeeriz adalah wake up call bagi Gianna kerana dia semakin lupa di mana dia berdiri di sisi masyarakat. Thanks, Emeeriz.

Udara malam dihirup. Menyerap aroma garam lautan yang menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Dia kecewa tetapi lebih baik sekarang berbanding dia kecewa nanti.

"Gianna, hai. What a good coincidence!" sapaan memaksa Gianna membuka kelopak matanya untuk memandang manusia yang menegurnya. Ikmal. Bagus. Bila dia ingin bersendirian semua perkara yang menjengkelkan datang padanya termasuk orang ini. Ikmal duduk di sisinya tanpa dipelawa. Rapat. Pervert.

"Hai." Dialihkan sedikit duduknya untuk menjarakkan diri. Ikmal sengih. Dia tahu Gianna tidak selesa namun itu tidak menghalang anak pegawai konsulat Malaysia itu daripada mengganggu Gianna.

"Ambil ni. I belanja." Dihulurkan salah satu daripada dua tin minuman yang dipegangnya pada Gianna.

"I tahu you suka coke."

"Thanks." Gianna mengambil juga. Tidak sedar dia sudah terlalu lama duduk di tembok batu berhadapan laut itu sehingga tekaknya dahaga. Penarik penutup tin ditarik dan Gianna meneguk minuman bergas itu sehingga separuh. Sambil mengerutkan kening, Ikmal tertawa kecil memandangnya.

"Wow, you memang , Gia. Selalunya perempuan berusaha untuk makan dalam jumlah yang sedikit mungkin bila di hadapan lelaki." Puji atau perli, Gianna tidak ambil peduli. Pertama, Gianna bukan perempuan berlagak ayu. Kadang-kadang dia juga perempuan kurang sopan. Kedua, Ikmal bukan lelaki di matanya. Dia cuma seorang budak yang tercabar dengan kedinginan Gianna padanya selama ini. Ikmal pelajar tahun satu namun berlagak seolah-olah senior yang lebih tua daripada Gianna.

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now