(Gianna)
Gianna sedang menarik pintu Mini Cooper biru gelap Aisya ketika ada tangan asing memaut sikunya ke arah belakang. Terkejut dengan tarikan kuat itu, Gianna pantas mengimbangkan tubuhnya dengan memalingkan badan yang terdorong ke belakang hanya untuk tersembam ke dada lelaki yang memakai jaket denim hijau gelap itu.
"Ikut I." Suara itu dia kenal! Gianna menolak tubuh itu namun lengannya dipegang ketat. Aisya yang sudah masuk ke dalam keretanya kembali keluar. Gianna dipandang dengan wajah yang penuh persoalan sebelum pandangannya dihalakan ke wajah lelaki bertopi dan berkaca mata hitam yang memegang tangan Gianna.
"Gia, kenapa ni?" Matanya masih memandang lelaki yang amat dia kenali itu walaupun soalan ditujukan buat Gianna.
"You nak apa?" Gianna tidak menjawab soalan Aisya. Sebaliknya dia menoleh pada Emeeriz. Gianna tidak tahu bagaimana lagi dia harus mengelak daripada Emeeriz sedangkan lelaki ini boleh muncul di mana sahaja dia berada.
"Tak dengar? Ikut I!" bisik Emeeriz di telinganya.
"Nak pergi mana?"
"Jangan tanya. Ikut I." Mata Emeeriz seperti api memanah ke dalam mata Gianna. Jelas sekali lelaki itu sedang marah seperti dia akan menelan Gianna hidup-hidup jika soalan sama ditanya lagi. Rasanya Gianna dapat meneka mengapa Emeeriz marah dan siapa yang dia marahkan.
"Mr. Emeer, I rasa tak patut you paksa-paksa perempuan yang tak nak ikut you. Agak kurang senang I nak biarkan you arah-arah kawan I sesuka hati. Gianna bukan sesiapa pada you," celah Aisya. Lama-lama diam, menyampah pula dia melihat cara Emeeriz.
"She's my girlfriend." Tanpa rasa bersalah dan mendongak ke langit, nadanya tenang. Namun, Gianna terasa seolah-olah batang lehernya dicekik. Cuba mengingat jika dia pernah mengaku Emeeriz sebagai teman lelakinya. Tidak pernah!
"Tak, dia bukan boyfriend I!"
"Tolonglah, Gia. I bukan hodoh untuk you mengaku secara terang-terangan tentang hubungan kita yang super romantik ni."
"Shut up." Gianna memintas pantas sebelum karut Emeeriz bertambah kritikal.
"Aisya, I balik nantilah. I ada hal lain." Gianna menepis pegangan Emeeriz ketika mengangkat mukanya untuk menoleh pada Aisya.
"Are you sure?" Ada riak curiga di wajah Aisya. Gianna senyum dan mengangguk. Dia tidak mahu mencipta babak drama yang ketinggalan zaman di tempat letak kereta itu. Gianna tidak tahu sejauh mana Emeeriz boleh memaksa namun Aisya tidak patut terlibat dalam hal yang tidak penting mana ini.
"Okey. Buku-buku you? I simpan kat meja tepi pintu bilik you ajelah."
"Terima kasih."
"Cik Aisya, I rasa tak perlu. I masih hidup lagi untuk hantar buku Gia dan orangnya sekali balik dengan selamat." Emeeriz membuka pintu kereta dan mengambil buku Gianna yang diletakkan Aisya di tempat duduk belakang kereta. Tanpa menunggu reaksi Aisya, dia menarik tangan Gianna mengikut jejaknya.
"Apa masalah you ni?" Gianna menjerkah. Emeeriz tidak mengendahkannya. Pintu Audi R8 di sebelah pemandu dibuka. Dalam masa yang sama, buku dan backpack Gianna dihumban ke dalam kereta. Barang-barang Gianna tergolek ke lantai kereta. Biadabnya!
"Helooo..."
"Masuk." Satu perkataan sahaja namun ia seolah-olah arahan yang cukup tegas. Gianna mendongak memandang lelaki itu. Cepat-cepat matanya dilarikan ketika sedar Emeeriz mencerun tajam memandang matanya.
"You tak perlulah nak tarik I sesuka hati you. Cakap ajelah kat sini apa yang you nak cakapkan. I nak balik rumah." Tidak ada sebab untuk Gianna mengikut segala kata-kata Emeeriz. Dia tidak berhutang dan lelaki itu bukan sesiapa padanya.
YOU ARE READING
Al Wazir: Permata Terindah
RomanceBacaan Awal Sahaja.. Tajuk: Al- Wazir : Permata Terindah Penulis: Zulaikha Abbas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-17-4 Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Kisah lampau menjadi gelandangan akibat dibuang ibu kandungnya, Annabe...