Bab 2

1.6K 36 1
                                    

(Emeeriz)

Jinak-jinak merpati bukan perumpamaan yang sesuai untuk gadis itu kerana hanya hujung jarinya yang menguis, dia sudah dicakar agresif. Singa betina juga bukan kerana wajahnya mempunyai kelembutan dan kecantikan yang luar biasa. Iras wajah itu akan melimpahkan sayang dalam hati lelaki yang budiman dan penyayang. Pandangan matanya yang bersinar mampu melemaskan lelaki yang berdiri jauh di daratan. Jika sebelum ini, hanya kepintaran dan gayanya yang membawa Emeeriz ke bumi Cambridge. Kali ini Emeeriz akan memburunya seperti helang mencari mangsa kerana itu yang dia mahukan. Berbanding diburu, wanita yang membuatnya menjadi 'pemburu' lebih menarik di mata Emeeriz. Dia suka memburu!

Takut. Walaupun wajahnya mempamerkan senyuman sinis dan kata-kata yang berani namun hanya ketakutan yang dapat Emeeriz lihat. Peribadinya yang dingin dan memberontak seolah-olah merayu agar Emeeriz menundukkan segala keangkuhan itu. Dia mempunyai zon selamatnya sendiri yang tidak ada mana-mana lelaki yang mempunyai keberanian menembusi garis pemisah halus itu. Mungkin sebelum ini berpuluh lelaki mengalah namun kali ini dia bertemu Emeeriz Al-Wazir. Sejak awal lagi dia telah kalah namun Emeeriz masih ingin meneruskan pertarungan ini. Semua orang tahu, bukan? Bagaimana perasaan seorang yang mengetahui dirinya dibohongi, namun masih berpura-pura percaya? It's heaven! Dan kini Emeeriz berpura-pura lemah untuk meneruskan permainan yang dia ketahui pengakhirannya.

"Aku dah cakap, Emeer. Semua ni takkan menjadi." Cis! Perempuan memang suka merendahkan kemampuan jantina berlawanan. Emeeriz memekakkan telinga, memadam sekelip mata kata-kata yang tidak bermanfaat baginya itu. Katrina duduk di atas kerusi malas di sudut penthouse dengan riak, kan aku dah cakap!

"Dia totally tak bodoh macam kebanyakan perempuan yang kau kenal sebelum ni. Tapi, gila! Gianna memang perfect untuk jadi isteri kau. Dia taklah cantik mana tapi muka dia ada sesuatu yang susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Personaliti yang unik. Dan Gianna sempurna dari segi... You know what I mean."

Rayyan bersiul. Tiga orang lagi sepupunya berada di dapur. Rancangan jangka panjang ini bukan sesuatu yang mudah untuk kami. Namun untuk menyingkirkan satu-satunya duri dalam daging Kumpulan Al-Wazir, bertahun-tahun masa yang diperlukan menjadi berbaloi.

"Pervert." Hana mencelah dari dapur.

"So, macam mana rancangan kau, Emeer? Kalau dinner pun payah, nak jadikan girlfriend lagi susah. Cari ajelah perempuan lain."

"Perempuan memang ramai tapi yang sesuai hanya seorang."

"Wow. Romantik!" perli Mikhail.

"Romantik atau tak bukan persoalannya. Kau tahu sesuai yang aku maksudkan mempunyai 1001 maksud tapi perasaan bukan salah satu daripadanya. Kita dah putuskan mengapa Gianna sesuai. Dia pandai, berpersonaliti baik dan yang penting bukan Al-Wazir. Agak cantik."

"Cantik? Ahah, kau dah terpikat. Banggg!" Rayyan terkekeh. Emeeriz hanya menggeleng.

Syer warisan arwah Tun Ghazali Al-Wazir, datuk Emeeriz hanya akan menjadi miliknya sepenuhnya selepas dia berkahwin. Itu syarat utama yang perlu dia penuhi walaupun kurang masuk akal. Dengan pemilikan syer itu, Emeeriz akan menjadi pemegang syer terbesar dalam kumpulan yang mana semua pemegang syer adalah ahli keluarga Al-Wazir sendiri. Siapa pemegang saham terbesar tidak mempunyai masalah sebelum ini. Namun yang menimbulkan masalah apabila wujudnya gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut. Kata orang musuh adalah lebih baik daripada mereka yang berpura-pura menjadi sahabat namun menghunus pedang di belakang.

Menjadi pengerusi Kumpulan Al-Wazir adalah matlamatnya. Untuk melangkau sistem turutan yang kini giliran Izkandar, papa Emeeriz juga adalah impiannya sejak dulu. Jika orang mengatakan dia tamak, Emeeriz hanya akan mengangguk. Ya, dia tamak. Amarah dan dendam menjadikan dia tamak. Pernahkah mereka merasakan perasaannya? Sejak kecil dia mendengar semua yang dilakukan lelaki itu adalah untuk kebaikan dan masa depannya. Namun, semakin lama semakin ranap hidup Emeeriz. Bagi Izkandar, tidak ada seorang pun yang layak bergandingan dengan Emeeriz. Malah, pilihan Emeeriz tidak pernah betul.

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now