Bab 15

1.3K 30 2
                                    

Setahun kemudian.

(Gianna)

Tanpa mengendahkan orang ramai yang berada di luar pintu masuk menghadap taman KLCC, Gianna melangkah keluar dengan langkah perlahan. Headphone berjenama Beats yang disambungkan ke iPod miliknya mengalunkan lagu Run to You versi akustik. Volume dikuatkan untuk memekakkan telinganya dari dunia sekeliling. Hanya ini yang mampu dia lakukan untuk mengelakkan dirinya menjadi takut untuk berada di persekitaran yang terdapatnya ramai manusia lain. Sungguh lucu! Manusia takutkan manusia.

Gianna tidak mampu menyingkirkan perasaan gemuruhnya atau terasa terancam ketika berada di tempat yang sesak. Namun sejak dulu perasaan sedemikian seolah-olah menjadi sesuatu yang mencabar Gianna untuk terus berdegil melawan ketakutannya. Mungkin dia tidak akan pernah sembuh kerana masa lalu tidak akan pernah terpadam daripada memorinya.

Atas permintaan Gianna, perkahwinan yang sepatutnya diadakan dengan gilang-gemilang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pernikahan Gianna hanya dihadiri oleh daddy dan Puan Laila dan di pihak Emeeriz, hanya Puan Esmanira dan adik-adiknya sahaja. Oleh itu, selain keluarga tidak ada sesiapa yang mengetahui Khaleef Emeeriz dan Gianna Renaldi adalah suami dan isteri. Emeeriz tidak menunjukkan rasa tidak senang dengan keadaan itu dan Gianna terasa lebih selesa dan selamat.

Dia tidak inginkan perhatian jika masyarakat mengetahui siapakah perempuan yang menjadi isteri Emeeriz. Zon selamatnya masih utuh dan kini mereka yang berjaya menembusinya hanyalah Emeeriz selain ahli keluarga dan rakan baik Gianna. Namun, Emeeriz berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Sisa setahun pengajiannya berjalan dengan lancar. Kini, sudah mencecah dua minggu Gianna kembali ke Malaysia. Seminggu dihabiskan di tanah tumpah negeri kelahirannya, Sabah untuk meluangkan masa dengan ibu tirinya, Puan Laila. Peribadi papanya yang dingin dan kurang bercakap membuat Gianna lebih selesa dengan Puan Laila.

Sejak dulu Puan Laila yang menenangkan Gianna setiap malam ketika dia terbangun daripada mimpi buruk. Laila juga yang akan terburu-buru mengambil Gianna pulang dari sekolah ketika serangan panik Gianna menyerang. Di pangkuan wanita itu dia menangis meluahkan bebanan emosi dan Laila tidak pernah memandangnya dengan pandangan sinis. Senyuman wanita itu ikhlas. Bukan sahaja Hendrique beruntung mendapatnya sebagai isteri, Gianna dan Harry bertuah mendapat ibu sebaiknya.

Berkahwin dengan lelaki yang dia cintai, Gianna telah merangka masa depan dengan indah. Setelah cinta terputus di tengah jalan, dia tidak pernah mengharap akan bertemu insan yang mahu menerima dirinya seadanya. Ternyata masih ada insan yang simple seperti Emeeriz. Di sebalik gaya hidup dan penampilannya, Emeeriz mempunyai peribadi yang ringkas. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu Gianna. Emeeriz seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Malah, semakin lama semakin berubah cara Emeeriz melayani Gianna. Apakah yang disembunyikan lelaki itu? Perasaan curiganya ditepis pantas. Inilah sikapnya yang sering membuat orang sekelilingnya menjauhkan diri. Dan Emeeriz adalah hidupnya. Gianna tidak ingin kehilangan Emeeriz.

Linda melintasinya dan berdiri di hadapan Gianna. Pembantu peribadinya yang telah setahun mengekor Gianna ke mana sahaja dia pergi itu menundukkan badannya seketika. Gianna melurutkan headphone dari telinganya.

"Maaf, puan. Umar minta saya sampaikan pesanan Emeer. Emeer tak dapat datang untuk janji makan malam. Dia minta saya hantar puan balik sekarang."

"Kenapa?"

"Meeting Emeeriz masih berjalan lagi." Gianna menggeleng. Kadangkala dia curiga tentang tindak-tanduk Emeeriz yang seolah-olah seboleh-bolehnya mengelak untuk dilihat di tempat awam bersama Gianna. Jika di US, dia tidak pernah membatalkan janji mereka. Tetapi sejak Gianna pulang ke Malaysia, Emeeriz asyik membatalkan apa sahaja rancangan mereka untuk keluar bersama dengan alasan kerja.

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now