Bab 12

640 14 0
                                    

(Gianna)

Beberapa bulan kemudian...

Suara Justin Timberlake menyanyikan lagu My Love seiring dengan suara lelaki di sebelahnya yang turut menyanyikan lagu English itu dengan perlahan. Santai dan relaks. Tidaklah merdu sangat namun cukup sedap di pendengaran Gianna. Nampaknya Emeeriz minat pada penyanyi 35 tahun berasal dari Tennessee itu kerana dia cukup hafal untuk menyanyi dengan lancar. Sesekali Emeeriz menoleh padanya sambil tersenyum. Moodnya nampak amat baik.

Kereta yang dipandunya menyusuri jalan dengan kelajuan yang sederhana. Senyuman tidak pernah hilang dari bibir lelaki itu setiap kali Emeeriz memandangnya. Dia tidak pernah gagal untuk mencerunkan pandangannya memberi sepenuh perhatian pada Gianna ketika Gianna bertutur ataupun tertawa walaupun untuk sesuatu yang remeh.

Sikap ambil berat dan layanan Emeeriz menjerat Gianna dalam dunia fantasinya sedangkan Gianna berperang dengan emosinya sendiri yang menjerkahnya untuk kembali ke dunia nyata.

Berbulan-bulan Gianna mengikut rentak Emeeriz atau kenyataan yang lebih jujur lagi, dia membiarkan dirinya mengikut rentak hatinya. Ia perkara yang tidak pernah Gianna lakukan dengan mana-mana lelaki yang datang dalam hidupnya sebelum ini. Emeeriz seolah-olah satu kehidupan baru buat Gianna yang membiarkan dirinya bersendirian tanpa insan yang ingin dijadikan tempat meluah hati dan bebanan perasaan.

Lelaki itu bagaikan cahaya dalam kegelapan, panduan dalam kesesatan dan pautan dalam Gianna kelemasan mencari identiti dan hala tuju hidupnya. Perkahwinan yang dihulur Emeeriz terasa terlalu berharga untuk insan sepertinya. Gianna tidak pernah berfikir untuk berkahwin dan membiarkan dirinya dikawal oleh seseorang yang bergelar suami. Dia takut untuk mencuba.

Gianna tidak ingin merosakkan suasana ini namun dia perlu bersuara walaupun dia tidak pasti perkara yang bakal dia lontarkan akan merosakkan mood Emeeriz atau tidak. Tempoh peperiksaan akhir semester bakal berakhir dalam tempoh tidak kurang dua minggu sahaja lagi. Gianna sudah menerima tawaran untuk internshipnya di Malaysia. Dia akan kembali ke Malaysia seminggu selepas peperiksaan tamat dan bermakna tinggal tiga minggu sahaja lagi dia akan berada di Cambridge, Massachusetts. Gianna akan kembali kepada kehidupannya yang memerlukan dirinya untuk berdiri di atas kakinya sendiri dan sudah tentu luar dari fantasi.

Perkara pertama yang dia perlu lakukan adalah untuk tidak terus memberikan harapan kepada Emeeriz dan juga kepada dirinya sendiri bahawa bahagia itu mampu dia miliki. Hidupnya yang sunyi tidak membahagiakan namun Gianna tidak ingin menderita jika suatu hari nanti sayang lelaki itu habis ditelan masa.

"You bila nak balik Malaysia?" Gianna membuka bicara. Emeeriz memperlahankan radio keretanya. Dipandang Gianna seketika sebelum pandangannya beralih ke atas jalan raya. Mereka meninggalkan Boston untuk kembali ke Cambridge selepas makan tengah hari di rumah Emeeriz.

"Kenapa you tanya?" Berkerut dahi Emeeriz. Gianna menggeleng. Gelengannya menghebatkan lagi kerutan di dahi lelaki itu. Emeeriz dapat menangkap sikapnya dengan cepat. Gianna tidak akan bertanya hal yang tidak mengganggu fikirannya.

"I rasa I nak tinggal kat KK lepas habis study."

"I tahu yang kita tak pernah bincang benda ni tapi secara logiknya, you mestilah tinggal kat mana I tinggal lepas kahwin nanti. I dah buat persediaan untuk you, Gianna." Ada bara kemarahan pada nada itu. Gianna tahu.

"Sepatutnya I intern kat sini tapi I dapat tawaran kat Sabah." Nadanya bergetar. Harap Emeeriz tidak dapat menangkap pembohongannya. Namun melihat pada wajah Emeeriz, Gianna tahu lelaki itu tidak percaya pada kata-katanya. Untuk mengukuhkan lagi alasannya, Gianna menyambung.

"I memang berniat nak intern kat sini aje tapi I rasa lebih baik kalau I balik Malaysia lebih awal. Kebetulan I dapat surat tawaran dan government tawarkan I kerja terus lepas I graduate. Itu peluang yang cukup baik untuk I." Separuh berbohong penjelasannya. Mereka tidak akan berjumpa walaupun Emeeriz pulang ke Malaysia. Gianna akan bekerja di luar negara atau ke mana sahaja asalkan mereka berjauhan.

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now